DAKG-5

25.2K 1K 16
                                    

Pagi itu,majikannya yang terlebih 'baik' itu menurunkan perintah untuk dia menyediakan kari ikan,sayur bayam masak air,dan sambal belacan sebelum dia pergi kerja.Okay..Kita throwback..

Dian sedang mengemop lantai rumah sambil menyanyi lagu 'Pujaan Hati' dari Kangen Band

Hei pujaan hati
Apa khabarmu..
Ku harap kau baik baik saja.
Pujaan hati
Setiap malam aku berdoa
Kepada sang Tuhan
Berharap cintaku jadi kenyataan
Agar ku tenang meniti kehidupan
Hei pujaan hati..pujaan hati...
Pujaan hati..pujaan hati..

Mengapa..

Tengah syok nyanyi lagu jiwang sampai tang korus ada suara yang menyibuk.Kenapa part korus?

"Aku nak kau buat kari ikan,sayur bayam masak air dan sambal belacan untuk lunch aku hari ni.Sharp pukul 1.15 aku nak makanan semua dah terhidang atas meja.Kalau tak..aku cincang kau."kata Fahmi a.k.a majikan Dian.Dian memerhati majikannya atas bawah.Kacak jugak tuan aku ni.Ish!Dian!Apa lu merepek ni?Okay,dia kena menjawab.Tapi tak sempat nak jawab katanya dipotong lagi.

"Aku upah kau bukan suruh buat konsert dengan suara sumbang kau tu.Buat kerja tu betul2.Aku nampam ada habuk walau sebesar zarah aku cincang kau."dan pintu utama pun ditutup.Enjin kereta Nissan GTR berwarna biru diluar kedengaran dan tak sampai seminit bunyi itu hilang.

Dian hanya mendongkol tak puas hati.

'Taguna punya majikan!Tak habis2 nak cincang aku!Apa dia memang suka cincang orang ke?Ke dia ada cita2 nak jadi butcher,tapi sesat jadi CEO?'baru dia tahu Fahmi merupakan CEO syarikat Magnificent Holdings,merangkap kawan perniagaan papanya.

Okay,end of throwback dan berbalik pada hal sekarang.

Walaupun menu itu tersangatlah mudah,semudah sos ABC satu,dua,tiga,Dian dah macam kucing nak terberanak.Tak duduk diam!Rasa macam nak lempang aja muka ni guna pinggan letak roti bakar tadi.'Itulah Dian..Dulu time mama nak ajar masak tak nak..Sekarang apa dah jadi?Menyesal tak sudah.'bebel Dian dalam hati.

Dian!Fikir!Fikir!Macama mana sekarang ni?Pegang kuali pun tak pernah.

Eh!Pernah lah.Yang kau pergi lempang mamat buasir dengan kuali tu apa?Dah tak reti nak duduk diam macam kena buasir.Apa lagi, pelempang kuali sulung aku bagi. Sampai melekat la bentuk bontot kuali kat pipi dia.Lepas kejadian tu terus tak jumpa dah.Haha..tenang hidup.

Apa yang kau merepek ni Dian?Tak payah bak throwback.Sekarang fikir macam mana nak masak?

Dalam dok tawaf satu meja makan tu,tiba2 sebiji mentol muncul atas kepalanya.Auta la kau ni author.Okay2..i.d.e.a.IDEA!

Telefon iphone 6s diambil.Nama Mia ditekan.1..2..3

"Mia!Tolong aku!Huaaaaa!!


•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••



"Kau ni Dian.Itulah..Anak dara kena pandai masak.Tengok macam aku.Gadis melayu terakhir."kata Mia bongkak plus takbur.Dian sepak kepala Mia.Tak habis2 dengan kebelagakan dia tu.

"Kau tak payah nak berlagak sangat boleh tak?Aku ni bukan tak pandai masak.Cuma..aku malas aja nak belajar masak.Yang aku tahu pukul orang,pegang pistol,parang aja."kata Dian slumber.

"Ish2..Kau kena belajar Dian.Nanti kau nak kahwin macam mana?"

"Apa yang kau merepek ni?I still young okay?"

"Iyalah Dian oi..Ha ni kau panggil aku mencemar duli dekat rumah majikan kau ni nak suruh aku masak ke?"soal Mia.Matanya diarahkan ke Dian.Dian tersengih.

"Hehe..Ha'ah.Aku nak kau tolong masak kari ikan,sayur bayam masak air,dan sambal belacan..Aku tau kau teror bab2 masak ni."kata Dian sambil mengelip-ngelipkan mata.Pujuk lah tu..

"Dah lah Dian.Tak lalu aku tengok muka kau tu.Nasi ayam yang baru masuk perut aku ni rasa macam nak terkeluar balik aja.Muka macam lembu tercekik durian."

"Kau ni kan!Aku libas kau guna penyapu tepi pintu tu baru tau!Cepat lah weh!Nanti si 'buta' tu balik mati aku dapat tau kau ada kat sini."Dian menyeludup masuk Mia ke dalam rumah majikannya itu dengan memberi alasan pada security bahawa Mia ialah kawannya dan telah diberi kebenaran oleh majikannya itu.Pandai tak?Heh!Tengok kaki la!

"Okay2!Let's start!"
Maka bermulalah bunyi sudip bertemu kuali dan pisau bertemu pelandas dan..Okay2..tak ada dan dah.


Sorry bab ni pendek.Atas tu kereta nissan GTR Fahmi.Mesti ada yang tak sabar nak tengok rupa Dian and of course Fahmi macam mana kan?Tunggu..hehe..And sorry for the typo!

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now