EPILOG

29.7K 1.2K 121
                                    

4 tahun kemudian..

Suasana rumah Tengku Muhammad Shah pada pagi itu dipenuhi dengan saudara mara dan ahli keluarga terdekat.Tak lupa juga dipenuhi dengan lelaki2 berkot hitam dan bercermin mata hitam dan lelaki2 yang berketurunan Italy dan memakai baju kot coklat gelap.Geng Mafia n Geng gangster..Masing2 ada personaliti masing2..

Danial Azim yang segak bergaya mengenakan baju melayu berwarna nude dan samping berwarna hitam duduk di hadapan tok kadi.Dadanya berdebar sakan mendengar kata2 Tok kadi di hadapannya itu.Sesekali soalan diajukan oleh tok kadi itu dijawab dengan penuh yakin!Ceh!

Dian duduk bersimpuh di sebelah kakak ipar to be nya yang anggun mengenakan pakain pengantin berwarna sedondon dengan alongnya.Wajah gadis itu berseri-seri tetapi dapat dilihat ada riak teruja dan gementar di situ.

Dalam hati Dian mengucap syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya alongnya yang hati batu dan sentiasa ada aura gelap pada perempuan itu akhirnya memutuskan untuk mengakhiri zaman bujangnya dengan Farhana a.k.a adik suaminya.

Huu..Itulah dah cakap dulu.Jangan benci,nanti lama2 sayang..Hehe..

Dian memerhati alongnya yang sudah berpeluh itu.Dia ketawa perlahan.

Gangster2 pun cuak jugak tau bila nak kena lafaz akad.Kau ingat hape?

Matanya dilarikan memandang suaminya yang terchenta bersama seorang kanak2 lelaki berusia 2 tahun di dalam pangkuannya.Dian tersenyum apabila melihat telatah suaminya melayan kanak2 tersebut.

Tengku Addrian Shah Bin Tengku Fahmi Shah.

Permata hatinya.

Nope.

Permata hati mereka berdua.

Setelah 3 tahun berkahwin,akhirnya Dian membuat keputusan untuk mempunyai anak.Sepanjang mereka belajar diluar negara,Dian tidak dibenarkan untuk mengandung memandangkan dia baru sahaja belajar dan susah untuk ada anak.

Jadi setelah balik ke Malaysia dan atas desakan papa,mama,daddy dan mummy,dan juga persetujuan mereka berdua,mereka membuat keputusan untuk memiliki anak.

Dan..Addrian,cucu pertama dalam keluarga gangster dan keluarga mafia.Hoho..Pewaris kuat.

"Danial Azim bin Zikri."

Suara tok kadi menyebut nama alongnya mematikan lamunannya.

"Saya"

Farhana di sebelah semakin menguatkan genggaman di tangannya.Sejuk gila!

"Aku nikahkan dikau dengan Tengku Farhana Binti Tengku Muhammad Shah dengan berwalikan aku,ayahnya dengan mas kahwin seribu satu ratus satu ringgit tunai."

Terdengar Danial Azim mengambil nafas sebelum berkata.

"Aku terima nikah Tengku Farhana Binti Tengku Muahammad Shah dengan mas kahwin seribu satu ratus satu ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah!Sah!Sah"serentak para saksi mengesahkan akad itu.Dian menarik nafas lega.Farhana sudah menitiskan air mata kegembiraan.Dengan sekali lafaz,Farhana sudah sah menjadi isteri kepada Danial Azim a.k.a kakak ipar Dian.Juga Danial Azim sudah menjadi adik ipar kepada Fahmi.

Kelakar pun ada.Abang kahwin dengan adik,adik kahwin dengan abang.Keluarga 69.Pusing2 je..Haha..Kiranya Dato' Zikri dan Datin Serina hanya mempunyai seorang besan iaitu Tengku Muhammad Shah dan Tengku Hasmah.Dan nanti bila raya,balik tempat yang sama.Keluarga tak berkembang!Nak buat macam mana kan?Dah jodoh..

Danial Azim menoleh memandang Farhana bersama senyuman di bibir.Kemudian dia membuat riak bangga kepada Dian sambil mengangkat-angkat kening.

Dian mencebik sebelum tersenyum dan membuat thumbs up.Fahmi yang perasan dengan kelakuan mereka hanya tergelak.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now