DAKG-35

20.6K 876 12
                                    

"Tak sangka kau dah kahwin.Asal tak bagitahu kitorang.How dare you.." Balqis berkata dalam nada berjauh hati.Dian menggaru kepala yang tidak gatal.

Ni lagi satu hal nak bagitahu sebab dan musabab.Si king kong ni lah.Asal lah dia bocorkan rahsia?Aku jugak yang kena menjawab soalan2 KBAT yang sah2 menguji minda,jiwa,dan raga ni.

Dian menoleh sekilas ke arah Fahmi.Dia sedang berbual bersama-sama Danial Azim,dan Muazzamar. Konco2 ayahnya hanya berdiri di sebelah mereka bertiga.

Itu lagi satu hal.Dah lah datang dengan berkot hitam bagai.Lepastu pakai cermin mata hitam.Muka dah lah menakutkan.Kalau si Fahmi tu tak apa lagi.Muka macho.Si Jijo,Boby, Malik,Fikri dengan dua ekor lagi tu dah gaya muka pembunuh bersiri aja tengok.Dengan parut panjang kat muka.Rambut memang kikis gaya gangster.Dian tepuk dahi.Adoii..

Ini pertama kali identiti keluarganya terdedah sedikit.Sebelum ini kalau mengambil keputusan,Dato' Zikri dan Datin Serina hanya datang berdua tanpa bodyguard.Danial Azim pula ketika itu masih bersekolah dan tak sehandsome sekarang..

"Amboi..Sudah2 lah pandang suami kau tu.Soalan aku kau tak jawab lagi."Balqis berkata lalu menepuk bahu Dian.Dian sedikit tersentak.

"Hah?Oh..Em...Aku kahwin memang tak jemput siapa2.Mia sorang je yang tahu..Ala..Buat majlis kecil-kecilan.. Jemput adik beradik dengan sepupu sepapat je."jawab Dian lancar. Memang dia kahwin buat majlis kecil-kecilan sahaja.Itu pun sebab tak mahu rahsianya terbongkar.

"Ohh..Mudanya kau kahwin.Tapi untunglah kau dapat suami kacak, bergaya,tinggi,putih,mata kelabu,ada lesung pipit pulak tu..Memang perfect lah.Sesuai sangat dengan kau."

Mana baldi?Baldi?

Dian nak muntah hijau dengar kata2 Qis itu.Kacak?Bergaya?Tinggi?Putih?Lepastu siap sempat usha warna mata dengan lesung pipit lagi?

Tapi memang Dian tak boleh nafikan Fahmi memang kacak,bergaya,tinggi, putih dan perfect orangnya..Luar ajalah perfect..Perangai?Macam perangai bapak segala jin!Jin tanah,jin angin,jin api,jin air,semua ada dekat dia!Mulut tak pernah tak sinis.Ada je nak cari pasal tiap2 hari..Huh!

"Haha..Itulah pasal.Eh tapikan Dian!Siapa enam orang yang pakai kot hitam datang sekali dengan laki kau tu?"soal Firash.Dian berpandangan denga Mia.Ah sudah!Soalan yang paling nak dielakkan.Nak aja Dian jawab,

'Oh..Diorang tu konco2 ayah aku.Ayah aku ketua gangster.'

Mahu kecut perut diorang dengar.

"Oh..Diorang tu pekerja2 ayah aku.Diorang memang rapat dengan aku."jawapan paling selamat Dian keluarkan.Fuh!Memang macam jawab soalan KBAT!

"Ohh.."mereka serantak bersuara.

"Eh tapi asal sorang tu ada parut panjang dekat muka eh?Takut aku tengok!"soal Balqis pelik.Okay..Minah ni kalau tak banyak tanya tak boleh ke?Ada aku sumbat dengan bunga peony..Eh eh!Tak boleh!Sayang bunga ni!Ada aku sumbat bunga ros ni dalam mulut kau baru tahu.

"Dia rempit lepastu jatuh longkang. Muka dia terkoyak pastu kena jahit 12 jahitan."jawab Mia sadis.Dian menahan ketawa.Terkoyak?Dahsyat betul bahasa minah ni.

Agak2 kalau mereka tahu parut itu berpunca dari libasan pedang samurai yang hampir2 membutakan mata si Boby tu,apa reaksi mereka?

"Ohh.."lagi sekali mereka serentak bersuara.Dalam hati Dian berdoa tak ada lagi soalan yang diaju kepadanya oleh rakan2nya itu.

"Kau pulak Mia!Sejak bila ada boyfriend ni?"soal Qis sambil mengangkat-angkat kening.Rakan2 yang lain juga turut tersenyum senget.

Mia memandang Dian untuk membantunya.Dian pula tersengih sambil memberi pandangan
'Pandai2 lah kau jawab Mia..Aku tak boleh tolong..'

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin