DAKG-30

21.1K 856 32
                                    

Pejam celik,celik pejam sudah genap tiga bulan usia perkahwinan mereka. Tak ada apa2 perkembangan.Tapi mereka makin berbaiklah.Tak adalah selalu bergaduh.Selalu bergurau senda.Tapi bila dah masuk part mulut siapa paling puaka, memang dua2 tak nak mengalah.Dua2 nak tunjuk siapa mulut paling puaka.Tak faham betul.

Cuma Dian rasa Fahmi seorang yang protective.Nak keluar kemana je mesti kena maklumkan. Lepastu mesti ada dia sekali dan tak boleh keluar sorang2.Kadang2 dia sendiri rasa pelik dan rimas cuma dia biarkan sahaja.Perangai lelaki itu memang macam itu agaknya.Jenis control?Tak..Jenis protective.Entah kenapa dia rasa selamat.

Dian menjeling Fahmi yang duduk di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen itu.Fahmi tidak pergi ke kerja memandangkan hari ini hari Ahad.Dian menyambung semula kerja mengemop lantai.

'Huh!Tak puas hati betul.Aku sorang je yang kena buat kerja?Dia tu dah cuti tolonglah aku buat kerja.Ni selamba badak dia je makan choki choki sambil layan hagemaru lagak bos besar dalam rumah ni.Ingat aku ni bibik ke apa?'

Eh?Memang kau bibik pun Dian.Dan memang dia bos besar dalam rumah ni pun.Tak ingat ke kau setuju jadi maid dia dulu?Tup tup kahwin dengan dia.Rasa macam nak rendam kepala dalam besen letak sabun ni je.Kenapalah aku boleh setuju kahwin dengan mamat malaun ni?Huh!Perangai mengalahkan king kong kena sawan.

"Jeling2 apa?Nak kena cucuk dengan garfu ni?"soal Fahmi tiba2 sambil mengangkat garfu di tangan.Dian yang sedang mengemop itu terkejut dek suara Fahmi.Memang mamat ni ada mata lain ke?Macam mana dia boleh nampak?

"Mana ada aku jeling2.Perasan."Dian mencebik lalu menyambung semula mengemop lantai.

"Apa yang perasan?"soal Fahmi.Dia kini sudah menoleh memandang Dian yang sedang gigih menonyoh lantai itu.Dia tersenyum sinis.

"Kau lah perasan!"jawab Dian geram tanpa memandang Fahmi yang dia sedari sudah memandang tepat ke arahnya itu.

"Kenapa pulak aku nak perasan?"soal Fahmi lagi.Dian yang sedang mengemop lantai mula naik berang.Dia berhenti mengemop lalu memandang Fahmi tajam sambil sebelah tangannya bercekak pinggang sebelah lagi memegang kayu mop.

Mamat ni nak kena ke apa?Ada jugak mop ni jadi rambut dia nanti!Ala2 Bob Marley gitu baru tahu.

"Sebab kau cakap aku jeling kau!Perasan!"jawab Dian bengang.Dia menghentakkan sedikit kakinya.Kemudian dia menyambung semula kerja.Matanya sempat menjeling Fahmi tajam..

"Ada aku cakap kau jeling aku ke?Aku tanya kenapa jeling2 je."

Booommmm!!!Rasa macam seketul batu besar jatuh menimpa Dian. Mukanya berubah merah bak cili.Telinga mula berasap.Mamat ni kalau tak kenakan aku tak sahkan??!

"Fahmiiii!!!"jerit Dian.Fahmi sudah tergelak sakan.Dian mengorak langkah menghampiri Fahmi.Dah lagak pembunuh bersiri aja gaya. Cuma pembunuh bersiri pegang pisau atau pistol ditangan,tapi Dian pegang mop.Memang lunyai Fahmi sikit lagi kema libas dengan barang mop.

Fahmi bingkas bangun lalu mulalah adegan kejar-mengejar.Sorang dah macam kena kejar dengan anjing gila.Sorang lagi dah macam minah sawan terlepas dari tanjung rambutan.Kalau nampak kat doktor sakit jiwa mahu diheret Dian masuk TR.

"Kau sengaja kan?Kau jangan ingat kau boleh lari!!"jerit Dian sambil mengejar Fahmi.

"Kalau boleh,tangkaplah,lembap!Bluekkk!"kata Fahmi sambil menjelir lidah.Dian makin panas hati.Ada ke dia panggil aku lembap?Memang nak kena sula dengan batang mop agaknya!Dian mempercepatkan lariannya.

Tiba2 Fahmi berhenti.Bukk!Dian yang tak sempat brek melanggar belakang badan Fahmi.

"Adoi!"Dian memegang mukanya. Huh!Badan keras macam batu!Sakitlah gila!Kalau ye pon bagilah isyarat nak berhenti.Ni tahu brek je.Patah hidung macam mana?

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now