DAKG-31

20.7K 870 25
                                    

Malam itu Datin Serina serta Dato' Zikri mengambil keputusan untuk tidur di rumah menantu mereka memandangkan sudah lama mereka tidak berjumpa.

Dian tersenyum sampai ke telinga apabila di beritahu oleh Fahmi tentang hasrat mereka itu.Rindu sungguh dia pada mama dan papanya.Selama tiga bulan berkahwin,dalam sepuluh kali sahaja mereka datang kerumah Dato' Zikri.

Tapi..Dian dan Fahmi apalagi,kelam-kabut angkut mana yang perlu masuk dalam bilik Fahmi then bilik Dian dikunci masa Dato' Zikri dan Datin Serina sibuk di ruang tamu.Huh!Nasib tak kantoi.Kalau tak memang dah kena flying kick dengan Dato' Zikri.

Datin Serina,Dian serta Farhana yang sibuk join sekaki itu sedang memasak di dapur untuk hidangan makan malam.

Ehem!Pembetulan..Bukan sibuk,tapi kebetulan.Petang tadi Farhana saja datang ke rumah abangnya untuk melawat kakak iparnya,tengok2 ibu dan bapa mertua abangnya ada sekali,terus dia join sekaki lah dah alang2.Haa..Macam tu cerita dia.

Dapur menjadi gamat dengan suara mak dara dan anak2 dara.(Dian still dalam golongan anak dara tau.Heh.) Kalau dah nama pun perempuan, boleh buat dua kerja dalam satu masa.Tangan memasak, mulut dok pot pet pot pet menyembang..Tapi ada jugak sebelah tangan kacau senduk, sebelah lagi kacau sudip,mulut pulak dok menyembang.Itu namanya tiga kerja dalam satu masa!Itulah kehebatan perempuan..Hahaha..

"Lepasni nak masukkan apa aunty?"soal Farhana yang sedang terkial-kial menumis bawang itu.Minyak yang sesekali terpercik itu menambahkan lagi kekialannya.😂

Datin Serina tersenyum melihat Farhana yang kelihatan kelam-kabut itu.Dian disebelah tersengih.

"Haa..Lepasni masukkan sambal yang dah diblend.Lepastu masukkan gula sikit."jawab Datin Serina.Di tangannya terdapat sayur sawi yang baru lepas dibasuh.

"Macam ni lah Dian dulu.Memang fail bab2 memasak.Tapi lepas dah belajar, jadi teror memasak sekarang."kata Dian sedikit bangga.Huh!Kalau bukan si MJ komander pencen tu yang mengajar,memang sampai sekaranglah dia tak pandai memasak. Makan luarlah hari2..

"Ana kena pandai memasak.Nanti dah kahwin,kena ikat perut suami dulu,lepastu baru ikat kaki dengan tangan dia."kata Datin Serina membuatkan ketiga-tiga mereka ketawa.

"Hamboi mama..Dahsyat betul punya petua."kata Dian bersama sisa tawa.

"Tak adalah..Mama bergurau je.. Kamu ni Farhana..Belajar memasak. Si Danial tu tak suka makan kat luar. Susahlah nanti kalau Ana tak belajar memasak dari sekarang."

Kata2 Datin Serina membuatkan Farhana tersedak.Terasa darah terus menyerbu kemuka.Dian tersengih seperti kerang busuk.

"Eceh..Malulah tu.."usik Dian sambil mencucuk-cucuk bahu Farhana.

"Mana adalah!..Dian ni saja je."marah Farhana sambil menjegilkan mata kepada Dian.Semakin galak Dian ketawa.

"Betul apa yang aunty cakap.Ana tak payah nak cover lah..Aunty tahu.."kata Datin Serina sambil tersenyum.Terus membulat biji mata Farhana.Macam mana Datin Serina tahu?Dia terus memandang Dian.Dian menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

Ah!Kantoi!Macam mana Datin Serina tahu?Selama tiga bulan sejak dia berjumpa Danial Azim di mall itu,hanya tiga kali aja mereka berjumpa.Itu pun sekali di mall,kali kedua semasa perkahwinan abangnya dan kali ketiga di kedai makan!Tapi tak termasuk dengan aku stalk dia!Macam mana Datin Serina tahu aku syok kat dia ni?!

"Aunty tak kisah kalau kamu jadi menantu aunty.Lagi aunty suka.Tapi itulah..si Danial tu keras hati sikit.Sejak.."Datin Serina tidak menghabiskan ayatnya apabila Dian menggeleng tidak membenarkan cerita itu terbongkar.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now