BAB 46

20.8K 843 34
                                    

Assalammualaikum readers2 yang sis sayang..Maaf sebab update lambat..🙏Saya agak bz minggu ni.

Ap2 pun hope enjoy n jgan lupa tekan star kat bawah tu.😉

Luv u all😘



####

Dian berjalan-jalan seorang diri di sekeliling kawasan rumah Uncle Shah.Bosan pula dia rasa..Alongnya tak dapat ikut kerana ada hal di sekolahnya di Malaysia.

Langkahnya diatur mengelilingi pokok2 yang tinggi.Tak adalah tinggi mana.Dalam 9 kaki macam tu.

Tiba2 hidungnya terbau sesuatu yang harum.Sungguh harum.Kakinya laju melangkah ke arah tersebut.Tanpa Dian sedari,dia sudah melangkah jauh ke dalam.Bunyi daun kering yang dipijak memenuhi kawasan itu.Dalam dua minit dia berjalan,dia tiba di suatu tempat yang sungguh cantik.

Matanya membulat teruja.Mulutnya membentuk huruf 'O'.Apa yang ada di depan matanya ketika itu sungguh cantik!Sebuah kawasan yang kecil, dipenuhi dengan bunga2 Peony!
Terdapat juga sebuah tasik kecil di tengah2 kawasan itu.Kakinya melangkah perlahan meredahi ruang2 di antara bunga peony di situ.

Dia duduk di atas tanah sambil memetik bunga peony berwarna merah jambu.Bunga itu dibawa ke hidung lalu dihidunya.Wangi!

Tak sangka di sebuah rumah yang sungguh besar itu terdapat taman bunga kecil yang tersembunyi.Dia meluangkan masa di situ hampir 5 minit sebelum dia sedari seperti ada seseorang memerhatinya.

Dia menoleh ke arah pokok2 di tepi taman itu.Kelibat seseorang sedang berdiri kelihatan dari jauh.Entah kenapa Dian tidak takut pada kelibat itu.Dia bangun menghadap orang itu.

"Keluarlah!"kata Dian kuat.Jarak antara tempatnya berdiri dari orang itu agak jauh,kira2 7 meter.Namun kelibat itu tidak bergerak.Dian garu kepala.Baru dia teringat dia berada di Italy.Maknanya kelibat tu mungkin akan keluar kalau dia berbahasa Italy?

Baru sahaja dia nak main hentam je bahasa Italy,kelibat itu keluar dari celah2 pokok.Seorang lelaki lingkungan umur belasan tahun berdiri di situ.Lelaki itu memakai baju hitam berkolar V dan berseluar jeans warna hitam.Matanya berwarna kelabu tajam menikam anak mata hazel Dian.

Dian memandang lelaki tersebut tanpa berkelip.Itu anak Uncle Shah..

"Kau buat apa kat sini?"soal Fahmi sebelum melangkah ke arah Dian.Dian terpana seketika.

Mamat ni boleh cakap melayu?Serius?!

"Hah?"soal Dian tak percaya. Terangkat kening Fahmi.

"Aku cakap melayu pun kau tak faham?Ke kau nak aku cakap Italy baru kau faham?"soal Fahmi sinis.Dian mencebik.

"Salah ke saya datang sini?"soal Dian sambil bersilang tangan.Dia rasa umur lelaki itu berbeza kira2 5 tahun darinya.Bermakna kalau ikut di negara Malaysia,Fahmi sudah bersekolah di sekolah menengah.

"Salah."jawab Fahmi dengan pandangan mata membunuh.Dian cuak seketika.Riak muka lelaki itu seperti ingin membunuhnya.

Apa yang dimaklumkan oleh papanya,Uncle Shah merupakan rakan karibnya.Jadi,mungkin lelaki ini sepertinya?Anak ketua gangster?Dian pasti lelaki itu anak ketua gangster memandangkan rumah Uncle Shah penuh dengan lelaki2 berpakaian hitam yang berkeliaran di keliling rumah.Seperti rumahnya juga.

"Kenapa salah?"soal Dian.

"Ini tempat aku."jawab Fahmi sebelum berjalan ke arah tasik.Dia berhenti betul2 di tepi tasik sambil memasukkan tangan ke dalam poket. Dian mendengar Fahmi menghembuskan nafas kuat sebelum memejamkan mata.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now