DAKG-32

18.7K 892 17
                                    

Farhana menjeling sekilas jam loceng di atas meja kecil di sebelah katil.Jarum jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Tekaknya terasa perit. Dahaganya..Patutlah dia rasa dahaga kerana sebelum tidur tadi dia tak sempat minum air.Lepas berborak dengan Fahmi dan Dian,dia terus naik atas untuk tidur.

Dia bangun lantas memulas tombol pintu.Kakinya perlahan-lahan menuruni tangga kerana rumah itu gelap gelita.Hanya lampu kecil di tangga itu menerangi laluannya.

Peti sejuk dibuka lalu sebotol air sejuk diambil.Dia melangkah ke arah kaunter dan mengambil gelas lalu dituangnya air ke dalam.Dia berasa sangat lega apabila air sejuk itu membasahi tekaknya.

Sebaik sahaja dia tunduk,dia terkejut kerana sepasang mata coklat sedang memandangnya tajam.Hampir melayang gelas di tangannya kerana terkejut yang amat.

"Danial!Awak buat apa?!Terkejut saya!"tengking Farhana dalam keadaan berbisik.Takut ayah,mama, serta abang dan kakak iparnya dengar.Mahu pakat2 berjemaah turun ke dapur.

Danial Azim yang sedang menongkat dagu di kaunter itu menghulurkan gelas kepada Farhana.Farhana memandang gelas itu tanpa perasaan.

"Nak apa?"soal Farhana

Sempat Farhana menangkap dengusan Danial Azim.

Danial Azim hanya memandang Farhana tajam tanpa menjawab.Anak mata lelaki itu berwarna coklat,tetapi apabila disinari sedikit dengan cahaya bulan dari tingkap,warna anak mata lelaki berubah menjadi keemasan.Farhana terpegun seketika.Meremang sedikit bulu romanya.Kelihatan seperti harimau sedang berada di hadapannya sekarang.

Tiba2 gelas lelaki itu dihentakkan sedikit.Bahu Farhana terangkat.Baru dia perasan,sudah hampir 15 saat dia tenung anaj nata lelaki itu.

Farhana menuang air ke dalam gelas lelaki itu dengan tergesa-gesa.Nasib baik tak tertumpah.

Danial Azim meneguk air perlahan-lahan.Sempat Farhana memerhati Danial Azim.Walaupun keadaan agak gelap,rambut coklatnya yang sedikit messy kerana baru bangun tidur tetap boleh dilihat.Bajunya pula t-shirt coklat lengan pendek berleher V.Seluar? Farhana tak nampak kerana Danial Azim sedang duduk di kaunter bertentangan dengannya.Tak mungkin dan mustahil Farhana nak jenguk tengok dia pakai seluar apa.Itu gila namanya!

Ya Allah Farhana.Sempat lagi kau ushar anak teruna orang.Dia mengetuk kepalanya.

Tapi..Tak sangka dia boleh bangun sama waktu dengan lelaki itu.Jodoh ke?Ahaks..

"Kau tak takut ke sorang2 kat dapur ni?"soal Danial Azim tiba2 sambil meletakkan tangannya yang sedang memegang hujung gelas di bawah dagunya.

Farhana terkebil-kebil.Dia tanya aku ke?Farhana menoleh ke kiri dan ke kanan.

"Aku tanya kau.Bukan aku tanya hantu sebelah kau tu pun."

Farhana menjeling tajam lelaki itu.Apa kau fikur aku ni penakut ke?

"Takut?Tak takut pun.Lainlah adik awak tu."jawab Farhana sambil tergelak kecil. Teringat kembali perbualan dia dengan Fahmi tadi.Rupa2nya kakak iparnya itu penakut gelap!Tak padan dengan anak ketua gangster!

Danial Azim tersenyum sumbing. Farhana terpana.Kenapa semua yang lelaki itu buat semuanya menarik perhatian dia?

Sah!

Sah!

Sah kau dah meroyan!

"Dah...Saya nak naik atas.Nak sambung tidur."Farhana ingin cepat2 pergi dari situ.Tak betah dia dufuk lama2 di situ.Mahu jantungnya meletup kerana dari tadi jantungnya asyik berdebar sakan bila matanya bertembung dengan mata lelaki itu.Farhana laju2 melangkah ke peti sejuk,menyimpan semula botol air tadi.Apabila dia berpaling, Danial Azim sudah tegak berdiri di hadapannya.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now