DAKG-15

21.3K 929 10
                                    

Dian membelek pantulan dirinya di cermin.Dia pusing ke kiri,kemudian ke kanan pula.Kemudian dia pusing ke kiri semula.Nak berangan jadi puteri raja ke?Dalam mimpi ajalah..

Kemudian dia mengeluh perlahan.
Baju pengantinnya itu warna krim!Dian nak baju pengantin warna hitam ataupun warna merah.

Tiba2 langsir dibelakangnya ditarik.Dian berpusing.Refleks seseorang apabila terkejut.Fahmi yang sudah lengkap berpakaian pengantin iaitu baju melayu berwarna krim berserta dengan sampin warna yang sama itu dipandang tajam.

"Kau ni lain kali bagilah signal dulu!Berdehem ke,bagi salam ke,apa ke.Ni tak,main terjah je!Dibuatnya aku tak siap lagi?Macam mana?!"soal Dian marah.Nasib baik dia dah lengkap berpakaian.Kalau tak siap lagi?Pengsan!Siapa pengsan?Dian kasi pengsan dulu sama itu king kong lah!

Namun,Fahmi bagaikan tunggul di hadapannya.Kaku.Matanya tidak berkelip memandang Dian.

'Mamat ni dah kenapa pandang2 aku macam tu?Nak kena tumbuk ke apa?'

"Hello...Aku cakap dengan siapa ni?Hoi!"jerit Dian dan serentak dengan jeritan itu badan Fahmi terhinjut sedikit.

"Kau apahal jerit2?"soal Fahmi nak menutup malu.Dia tahu Dian perasan yang dia memerhati dirinya.

"Kenapa aku jerit?Yang kau tu dah kenapa pandang2 aku?"soal Dian.

"..well..Aku tahulah aku ni cantik.Kalau ya pun jangan lah pandang macam tu.Malu I.."kata Dian lagi dalam nada gedik yang sengaja dibuat-buat.Sengaja mahu mengusik Fahmi.Eleh..Macam dia tak tahu yang Fahmi tadi dok syok pandang dirinya yang cantik ni sampai tak berkelip-kelip mata tu.

"Cantik?Hello..You're not my taste.Nak muntah ada lah!!"jawab Fahmi seraya buat muka nak muntah.Lidahnya sengaja dikeluarkan.

Dian mencebik.'You're not my taste konon!Pigiiiidahh!Habis tu yang kau tenung aku sampai nak kasi tembus baju sekali2 dengan badan aku tu apa?Poyo aja lebih.'

"Ya?So,kau ingat kau tu handsome sangatlah?Kau tu dari kulit kepala sampai hujung jari kaki kau tu tak ada satu pun yang aku tertarik la!Kau lagilah not my taste!"balas Dian.Hah!Ambik kau!Kau ingat kau tu handsome sangat wahai Tengku Fahmi Shah Bin Dato' Muhammad Shah?Dian Amelyn Binti Dato' Zikri tak terpikat langsunglah dengan kau!

Fahmi rasa tercabar.Tak pernah2 ada perempuan yang mengatakan dirinya tak handsome.Rasa dirinya tak cukup kacak untuk menarik perhatian semua gadis iaitu minah didepannya ini.Tak pun minah didepannya ini...

"Kau kata aku tak handsome?"soal Fahmi.Dian memeluk tubuh lalu mengangguk.

"Kau ni song.."

"Hoi!Kau jangan berani cakap aku macam tu eh?Aku normal lah!Nak kena tumbuk ke?"marah Dian.Dia sudah berdiri tegak dihadapan Fahmi sambil menayangkan penumbuknya dihadapan muka Fahmi.

'Macam tak tahu king kong ni nak cakap apa.Agak lah nak tuduh aku yang cun ni bengkang bengkok.'

Fahmi gelak sinis.Dian menurunkan penumbuknya dan bercekak pinggang.

'Mamat ni dah kenapa?Mula2 kaku macam tunggul,lepastu buat muka macam nak muntah,then dia cakap aku song..ahh!Lupakan!Lepastu gelak sinis pulak!Gila ke apa?'

"Aku tak boleh percaya kau ni anak ketua gangster.Dengan perangai kau yang macam budak darjah satu."kata Fahmi sinis.

"Kau cakap aku apa?Budak?Kalau aku macam budak2 pun apa masalahnya?Ganggu kau ke?"soal Dian geram.
Matanya tajam memandang anak mata kelabu Fahmi dihadapannya.
Kepalanya terpaksa didongakkan kerana Dian hanya separas bahu Fahmi.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin