2 - Makhluk Baru

4.1K 408 50
                                    

Cik Liana menepuk tangannya dengan kuat berkali-kali. Cuba meraih perhatian pelajar-pelajar kelasnya yang bising mengalahkan bising pesakit-pesakit hospital mental.

"Okay, kelas! Perhatian, semua! Dengar sini, dengar sini! Hari ni kita ada pelajar baru. Dia baru pindah sini dari New York tapi masih lagi original orang Malaysia. Jadi, kamu semua–" Kata-kata Cik Liana dipotong.

"Lelaki ke perempuan, cikgu?"

"Cikgu, cikgu! Handsome tak?"

"Wuuu, budak New York!"

"Halah... Budak baru je pun! Tu pun nak kecoh. Halamak korang ni menggelabah ah!"

Hanna cuma pasang telinga saja. Namun, mata masih tertancap pada buku di atas meja di depannya. Tangannya masih ligat menyelesaikan soalan matematik tambahan yang susah. Bukan setakat mencabar otak tapi juga mencabar kesabaran kalau tak dapat jawapan yang betul.

"Diam, diam! Bawa bertenang, kelas! Hesh kamu semua ni tak reti menyabor ke? Udoh le cikgu penat naik tangga 3 tingkat ni. Nak layan perangai tak semengah kome lagi! Mangkor teman macam ni," bebel Cik Liana dalam loghat Perak.

Riuh satu kelas dengan tawa yang bergema. Tahu sangat yang bila guru kelas mereka geram, mesti membebel dalam loghat negeri kelahirannya itu. Mereka juga tahu yang Cik Liana tak marah pun sebenarnya.

"Alaa cikgu... Jawablah! Lelaki ke perempuan, cikgu?"

"Haah, cikgu. Cepatlah cakap!"

Cik Liana cuma menggeleng sebelum akhirnya bersuara. "Lelaki."

"Wuuuuu..."

Satu kelas bersorak. Makin riuh rendah suasana. Yang perempuan lagilah. Berbisik pun dah macam melalak. Seronok sangat gamaknya.

Macamlah Justin Bieber nak datang, wahai saudari sekalian. Eh, kalau Justin Bieber pun... aku kesah apa? Hanna mencebik dalam hati.

"Hah, masuklah. Jangan malu-malu. Kenalkan diri kamu kat diorang ni," pinta Cik Liana bersama senyuman mesra.

Lelaki itu melangkah masuk ke dalam kelas dengan bersahaja. Suara kaum perempuan makin galak. Menjerit, melalak dan seangkatan dengannya.

Segera Cik Liana menyuruh semua pelajar supaya senyap dan bawa bertendang. Eh, bawa bertenang.

Saat suasana menjadi sunyi, angin sepoi-sepoi bahasa yang tumpang lalu menjadi latar bunyi. Semua mata tertumpu kepada lelaki itu.

Pelajar baru itu melilaukan matanya ke arah semua pelajar kelas itu. Kemudian, dia bersuara.

"Shareez Haikal."

Suasana kelas kembali bising kerana pelajar-pelajar perempuan sibuk memperkenalkan diri masing-masing kepada pelajar baru yang bernama Shareez Haikal itu.

Kecuali Hanna. Dia lebih selesa melayan perasaan sekarang ini. Bunyi bising tak dipedulikan.

Takkan macam tu je cara dia perkenalkan diri? Hanna mencebik di dalam hati.

Sombong. Itu yang dapat Hanna nilaikan sekarang. Suara garau yang dingin itu membuatkan dia tertarik untuk melihat bagaimana rupa jejaka itu.

Mana tahu kut-kut rupa dia macam ais. Suara dingin, muka pun dingin.

Saat Hanna angkat muka, membulat matanya melihat cara pemakaian lelaki itu.

Baju, agak serabai. Mungkin tak ada seterika kat rumah. Rambut, warna perang. Original atau tiruan, tak pasti. Kalau tiruan, mungkin tersalah mandi air karat di longkang rumah.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now