6 - Samseng ke?

2.9K 269 39
                                    

Hanna pejam mata serapat-rapatnya. Bibir digigit kuat. Tahan, Hanna. Tahan!

"Ah, pedih... Pedih..." lirih suara Hanna menyeringai kesakitan. Kain sekolah digenggam kuat.

"Ala sikit lagi aje ni. Tahanlah. Bukannya teruk sangat luka kau ni pun."

Khusyuk Zarif sapukan ubat pada telapak tangan kiri Hanna yang luka. Penuh berhati-hati dia rawat perempuan itu. Nasib baik dia dah biasa buat kerja ni memandangkan dia selalu terlibat dalam pergaduhan. Sudah menjadi perkara biasa baginya.

Sempat juga Zarif menjeling sedikit wajah Hanna. Akhirnya, berpeluang juga dia untuk berada sedekat ini dengan Hanna. Tersenyum bahagia Zarif. Serius Hanna nampak sangat comel bila pejam mata macam tu.

Kenapalah kau cute sangat, Hanna?

"Okay, dah siap."

Eh, cepatnya? Hanna buka mata. Dibelek-belek tapak tangannya yang berbalut. Kurang sikit rasa sakit. Terima kasih kepada si pembalut, hahah. Baik hati betul si ketua samseng sorang ni tolong balutkan luka aku. Kemas pula tu! Bagus, bagus. Hanna memuji dalam hati.

"Thanks sebab tolong rawat luka tangan aku ni. Susahkan kau je," ucap Hanna ikhlas. Walaupun nada suaranya kedengaran janggal, tapi dia ikhlas.

Kemudian, Hanna bingkas bangun. Nak balik kelas. Sekejap saja lagi waktu rehat akan berakhir. Nanti terlambat pula nak sampai kelas.

Dahlah lepas ni subjek Kimia. Mengamuk sakanlah Puan Wong kalau pelajar lambat masuk kelas masa subjek dia. Tak sanggup Hanna nak tadah bebelan 6.5 skala ritcher cikgu tu. Dahlah banyak membebel. Lepas tu ton suara tinggi mengalahkan bunyi mesin pengisar. Tak mustahil boleh bertakung tahi telinga.

Zarif menggunakan kelebihan ketinggiannya dengan menghalang Hanna di muka pintu. Hanna ke kiri, Zarif ke kiri. Hanna ke kanan, Zarif juga ke kanan.

Dah buang tebiat ke mamat ni? Atau... Entah-entah, dia ada niat lain tak?

Air muka Hanna serta-merta berubah namun sempat dikawal. Tak mahu nampak seperti dia takut dengan lelaki itu. Jangan takut, Hanna. Lagi kau takut, lagi suka dia.

Habis tu, apa aku nak buat sekarang ni?

Hanna cuba beranikan diri. Dia pura-pura buat muka marah. Haruslah tayang muka garang sikit.

"Ish, tepilah! Aku nak balik kelas. Dah lambat ni. Tepi!"

Permintaan Hanna diendahkan. Tak mahu berganjak dari situ. Zarif garu kepala yang tak gatal. Terpancar mukanya yang seolah keliru, seperti mahu mengatakan sesuatu. Otak Zarif buntu mahu mencipta ayat yang sesuai. Takut Hanna tak faham.

Aduh... Macam mana nak cakap eh?

"Aku... Err, aku... Aku nak mintak maaf kat kau," luah Zarif.

Hah?! Mamat ni dah kenapa, duh? Tiba-tiba je nak mintak maaf, apahal? Dia ada buat salah kat aku ke? Rasanya dia tolong aku ada la. Jadi, kenapa lelaki itu minta maaf padanya? Hanna tertanya-tanya.

"Mintak maaf? Err... Untuk apa?" soal Hanna.

Zarif berdehem sekejap sebelum mengambil nafas secukupnya. Cuba dikumpulkan kekuatan untuk menceritakan hal itu. Hal yang membuatkan dia rasa serba salah sehingga sekarang.

"Sebab... Terlanggar kau kat mall hari tu."

Makin tak faham Hanna dibuatnya. Apa sebenarnya Zarif merepek ni? Kali ini, bertambah blur muka Hanna. Lost.

"Aku... Aku tak sedar yang aku sebenarnya... Aku mengaku aku salah masa tu sebab terlanggar kau," sambung Zarif lagi.

Menggunung rasa malu Zarif sekarang ni. Memang tak terkata tingginya. Habis jatuh maruah dia sebagai seorang lelaki pada hari ini dengan rasminya.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now