25 - Terang Lagi Bersuluh

2.3K 191 8
                                    

[MEDIA]

******
******

"Saya mintak maaf, datin. Saya cuma menjalankan tugas saya sahaja. Ini semua amanat daripada arwah Tuan Azman sendiri. Dah tertulis dalam wasiat tu, jadi, saya tak boleh buat apa-apa."

Datin Rozita bingkas bangun. Dia merengus kecil. Meja ditepuk. Geram. Tak puas hati. Bengkak hati sebaik sahaja kata-kata peguam itu menyapa telinganya.

"Encik Daus, takkanlah nak biar budak mentah tu pegang harta banyak macam tu? You, janganlah duduk diam je! Do something, Dato' Hamid!" bentak Datin Rozita. Tak puas hati.

Dato' Hamid hanya diam. Selesa sebegitu. Tiada apa lagi yang perlu dia katakan lagi. Tahu yang dia tak berhak mengeluarkan sebarang bantahan. Lagipula, itu amanat arwah ayahnya sendiri.

"Hei, you lawyer kan? You rasa logik ke budak mentah tu dapat uruskan syarikat kita ni? Silap-silap, boleh lingkup tahu tak?!" Datin Rozita menjerkah lagi. Naik turun nafasnya mengeluarkan amarah.

Encik Daus masih kekal tenang. Riak wajah biasa-biasa. Tak berminat mahu membalas kata-kata wanita itu.

Tepukan yang kuat pada meja mengejutkan Datin Rozita. "Awak ni dah kenapa?! Meroyan tak tentu pasal. Staf dengar nanti, buat malu aje," marah Dato' Hamid.

Dari tadi lagi, dia cuba bersabar sebaik mungkin dengan isterinya itu. Tiba-tiba sahaja mahu melenting tak tentu pasal.

Datin Rozita diam menikus. Tak berani memandang wajah bengang si suami, dia pura-pura menekan-nekan skrin telefonnya.

Baru tersedar bahawa dia tak dapat kawal perasaannya tadi. Begitulah perempuan. Lumrahnya, sukar mengawal emosi.

"Encik Daus, teruskan." Dato' Hamid mempersilakan peguam itu meneruskan pembacaan wasiat arwah ayahnya. Tidak mahu membuang masa lagi.

Encik Daus angguk. Bacaan diteruskan.

Tangan digenggam kuat. Rengusan dilepaskan secara senyap-senyap. Geram tak terkata. Datin Rozita menjeling tajam ke arah mereka berdua. Dia menyumpah-nyumpah di dalam hati.

Bibirnya merekah dengan senyuman sinis. Otak Datin Rozita mula merencana macam-macam. Walau dengan apa cara sekalipun, dia harus dapatkan apa yang dia nak selama ini.

Apa cara sekalipun.

******
******

Jeritan nyaring bergema. Nak runtuh binaan rumah dibuatnya dek jeritan yang agak kuat itu.

Terkocoh-kocoh Hairul naik ke tingkat atas menuju ke bilik adiknya. Takut apa-apa terjadi pada Hanna. Bilik diserbu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Kenapa ni, kenapa ni?" Panik Hairul bertanya. Risau.

Hanna angkat muka. Rambut panjangnya yang kusut dibetul-betulkan. Memang dah tak ada beza dengan hutan. Serupa dengan rambut Hantu Kak Limah.

Hanna menyapu air mata di pipi. Hidung yang berhingus dikesat dengan tisu.

"Stres. Abang, Hanna stres. Ada dua minggu je lagi nak trial. Hanna rasa Hanna tak sempat nak pulun semua syllabus. Lagi-lagi, addmath. Susah gila, bang!" adu Hanna.

Matanya berair lagi. Tisu dicapai.

"Banyak lagi yang Hanna tak hafal, bang. Bio, fizik... kimia lagi. Agama, sejarah... huaaa banyaknya! Macam mana kalau Hanna fail?" Hanna merengek lagi kuat. Mengenang nasibnya.

Fikiran negatif mula menerpa minda. Macam-macam perkara yang dia takutkan.

Hairul ketawa. "Buat penat je abang jadi Usain Bolt tadi. Ingatkan ada benda buruk jadi kat adik abang sorang ni, rupanya..."

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now