40 - Gelap

1K 137 61
                                    

"Daddy, mummy... Fya nak buat pengakuan."

Ina bingkas bangun. Perasaan marah yang dipendam sejak tadi bagaikan terasa meluap-luap. Benci tahap melangit apabila melihat muka minta simpati Sofya, saingannya itu. Tak sangka Sofya berjaya mendapatkan Shareez dengan cara kotor sebegini.

"Haa cepatlah mengaku salah kau tu! Tak payahlah nak pura-pura baik depan Pak Long dengan Mak Long lagi," provok Ina setelah lama Sofya berdiam. Namun, Ina tidak dipedulikan.

Semua di situ masih ternanti-nanti apa yang Sofya mahu katakan.

Hanna la yang paling berdebar. Jantungnya rasa nak meletup. Air liur ditelan pahit. Hatinya rasa tak enak tiba-tiba. Seperti ada sesuatu benda buruk yang lagi dahsyat yang akan berlaku.

Datin Rozita menghampiri satu-satu anak tunggal perempuannya itu. Dipeluk dan diusap-usap bahu Sofya.

"Kenapa ni, sayang? Fya tak nampak ke apa yang jadi sekarang ni? Fya kalau nak cakap apa-apa, lain kali je la eh? Mummy tahu Fya penat. Pergi naik atas, lepas tu rehat ya? Hal ni, biar mummy settlekan."

Sofya menepis tangan Datin Rozita daripada bahunya.

"No, mummy. This time, I will settle this problem by myself. Fya tak nak abang Haikal seorang je that has to be blamed on sedangkan Fya pun terlibat sekali. That is so unfair, right?"

"Hmm... Suka hati Fya la." Datin Rozita mengalah. Malas nak menghalang anak gadisnya itu. Dia duduk semula.

Sofya kalih pandangannya ke arah wajah-wajah yang berada di situ. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"First of all, Fya nak mintak maaf atas apa yang jadi memandangkan Fya pun terlibat sekali dalam hal ni. Fya dengan abang Haikal tak ada apa-apa hubungan pun. But I admit it, Fya sukakan abang Haikal lebih daripada seorang abang. Even himself, aware about it. Dan pasal gambar-gambar tu..."

Sofya berjeda sekejap. Nafas dihela lagi. Dia cuba mengumpul kekuatan.

"... It's true. Malam tu, memang Fya dengan abang Haikal ada pergi club. He said he wanted to release tension so he asked me out and brought me along. We had fun, drunk together sampailah-"

"No, daddy! She's lying! Reez tak pernah jejak kaki pergi tempat haram macam tu!" Shareez pandang ayahnya yang jelas kelihatan bengang.

"Diam!" Memetir suara Dato' Hamid. "Let her finish first. Daddy nak dengar dari mulut Fya sendiri. It's not fair kalau dengar cerita kamu seorang je."

Tak puas hati, Shareez mendengus geram. Nak tak nak, terpaksa dia akur.

"Continue, Fya," pinta Dato' Hamid.

Sofya angguk lalu menghela nafas panjang. Diramas-ramas tangan yang terasa sejuk dengan peluh dingin.

"That night, he was too drunk so he couldn't drive us home. And then, Fya decide tidur hotel je la. Bila Fya hantar abang Haikal pergi bilik dia, dia suruh Fya teman dia tidur. And... We slept together."

Mata Shareez beralih, menikam mata Sofya. Dia hantar pandangan tak percaya.

"You slept with him?!" Riak muka Dato' Hamid jelas nampak terkejut. Dia tak sangka sampaikan jadi sebegitu sekali. Sangkanya, sekadar mabuk-mabuk di kelab.

"Fya! Fya sedar tak Fya cakap apa ni?!" Datin Rozita sudah naik gila meroyan. Dua kali ganda tak percaya.

Yang lain turut terkejut dengan pengakuan Sofya. Ina cuma diam tak berkutik. Masih lagi menghadam kata-kata Sofya itu. Kak Ifa dan Kak Wati pula saling berbisik itu ini. Rancak bergosip.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now