43 - Rahsia Hati

1.5K 132 41
                                    

Hanna merenung cincin platinum bertatahkan sebutir berlian di jari manisnya. Sungguh, dia masih tak percaya kini dia sudah menjadi isteri Shareez. Secara sah. Secara halal.

Baru pagi tadi, majlis ijab dan kabul berlangsung. Masih terngiang-ngiang lagi di telinganya suara garau Shareez melafazkan akad nikah. Sekali lafaz saja. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar dengan izin Allah.

Sebenarnya, tak seberapa sangat pun acara akad nikah mereka. Sekilas orang lain pandang, mesti ada yang ingat mereka kahwin koboi. Ataupun, kahwin terpaksa disebabkan kena tangkap khalwat.

Tapi jujur, Hanna tak kesah. Pedulilah. Dia juga masih belajar. Tak perlu nak buat besar-besaran, kenduri bagai. Akad nikah saja sudah memadai. Lagipun, malulah kalau ada orang tahu dia dah kahwin. Muda-muda lagi dah jadi isteri orang. Takut apa pula kata orang nanti.

Yang datang tadi pun hanya orang terdekat saja. Hairul, Fir, Eira, Remy, Iwan, iaitu pembantu peribadi Shareez dan ibu bapa Iwan. Cukuplah setakat beberapa orang yang tahu. Sampai masa, insyaAllah, mungkin lepas Hanna sudah habis belajar, barulah hebahkan.

Hanna membuang pandangan ke luar tingkap. Suasana sepi yang mengisi ruang di dalam kereta tak diendahkan. Dia hanyut dalam dunianya. Fikir itu. Fikir ini.

Betul ke apa yang aku buat ni? Betul ke keputusan aku kahwin dengan dia?

Hati Hanna kembali digigit keraguan. Masih dalam proses nak terima hakikat, sebenarnya. Hakikat yang dia sudah terikat dengan Shareez.

Dirasakan pernikahan mereka terlalu drastik, bagi Hanna. Minggu lepas kata setuju, minggu ni dah kahwin. Nampak gelojoh benor, kan? Hahah. Orang lain tunang 10 tahun, belum tentu kahwin. Agaknya inilah kut orang kata jodoh.

Namun, Hanna setuju saja apabila Shareez tetapkan pernikahan mereka pada hari ini.

Dah bila mamat tu cakap dia dah booking Tok Kadi sehari selepas kau cakap setuju. Tok Kadi tu pula cakap dia free hari ni je. Kau nak cakap apa lagi? Haih...

Mengingatkan itu, Hanna geleng kepala secara mental dalam minda.

Ya, itu dia. Shareez Haikal. Dengan perangainya yang tak terjangka. Berpisah tiada, guys.

Setuju tu setuju juga, asalkan Shareez minta izin daripada Encik Kamal, iaitu ayah Hanna terlebih dahulu. Apapun, restu orang tua paling utama. Barulah berkat rumah tangga.

Tapi Shareez terpaksalah minta izin melalui telefon sahaja. Kerana Encik Kamal yang menetap di London tak dapat datang Malaysia disebabkan flight delay atas sebab ribut kuat yang melanda. Nak buat hari lain, Tok Kadi dah booking. Jadinya, Hairul la jadi wali sanggup untuk Hanna memandangkan tiada lagi saudara lelaki yang lain.

Wali sanggup? Pun boleh. Hahah.

Entah apalah agaknya Shareez katakan pada Encik Kamal sehinggakan ayahnya itu terus kata setuju. Tak ada buat ujian penilaian apa semua, terus setuju. Even dah bagitahu yang dia dan Shareez hanya mampu kahwin koboi buat masa sekarang pun, ayahnya boleh lagi bagi green light. Pelik, kan?

Tiba-tiba, timbul rasa ingin tahu dalam diri Hanna.

Hanna kerling Shareez di sebelah. Tampak suaminya tenang memandu, fokus memandang hadapan. Sepatah haram tak keluar suara sedari tadi. Barangkali tak ada benda nak cakap.

Erk!

Baru Hanna perasan mereka berdua tak bercakap langsung sejak bertolak dari masjid tadi. Dan sekarang, tiba-tiba dia rasa janggal sendiri.

Maybe I should start a conversation first? Hanna bercadang dalam hati.

"Awak," panggil Hanna. Debaran di hati cuba diusir.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now