32 - Pilihan Sukar

2.1K 181 39
                                    

[MEDIA]

******
******

"Hanna," panggil Fir.

"Hmm," sahut Hanna.

"Hari ni aku free. Class cancel. Kau ada nak pergi mana-mana ke?" soal Fir. Sekilas dia pandang Hanna sebelum sambung membasuh pinggan mangkuk di singki.

"Hmm, ada kut." Hanna alih pandangan dari telefon.

"Aku cadang nak pergi jalan-jalan kat taman aje la petang nanti. Rindu pulak nak sedut oksigen Malaysia."

Tergelak Fir mendengar jawapan Hanna. Dirasakannya kelakar.

"Aih, kat LA sana takkanlah takde oksigen kut? Atau... Kau sedut kentut orang LA untuk bernafas?" Fir bersarkastik.

"Kepala wotak kau!"

Serentak mereka berdua ketawa.

"Serius kau nak jalan-jalan kat taman je? Aku boleh je bawak kau pergi jalan-jalan kat shopping mall atau mana-mana tempat yang kau nak pergi."

"Malaslah aku. Membazir duit je," jawab Hanna. Jalan-jalan kat pusat beli belah sama je dengan kat taman. Bezanya, guna duit atau tak. Baik lagi hirup udara segar kat taman je.

"Okay. Up to you."

Setelah selesai mencuci pinggan, Fir ayunkan kakinya menuju ke arah Hanna yang sedang bersenang-lenang di meja makan. Bukan Hanna yang malas mahu tolong, tapi Fir yang tegah. Biarpun Hanna tuan rumah.

Fir faham kawannya itu masih terasa letih. Katanya, jet lag tak hilang lagi. Dia tahu Hanna memang lambat nak adapt dengan suasana baru. Lama-lama biasalah tu.

"Weh," panggil Fir lagi.

"Hmm," sahut Hanna selepas mensisip sedikit segelas air sirap.

"Aku nak tanya sikit ni. Sikit je, tak banyak pun. Kau jangan marah tau." Riak serba salah terpancar di muka Fir. Dia bermain-main dengan jari-jemarinya.

"Sejak bila kau pandai mintak izin bagai ni? Nak tanya, tanya aje la."

Tercetus tawa kecil Hanna. Pelik dengan perangai Fir. Sejak bila entah jadi perempuan melayu terakhir nak minta izin bagai. Sedangkan selama ini pun Fir main tembak terus soalan tanpa salam. Mesti soalan serius ni, fikir Hanna dalam hati.

"Kenapa dulu... Kau tiba-tiba je setuju nak pindah LA? Takkanlah hanya sebab abang kau dapat tawaran kerja kat sana?" soal Fir dengan penuh hati-hati. Takut Hanna sensitif dengan soalannya.

Serta-merta air muka Hanna berubah riak. Seperti yang dia agak. Lambat-laun, mesti Fir akan tanya juga. Tapi, sesuai ke kalau aku ceritakan semuanya buat masa sekarang?

Ya, kejadian malam yang mengerikan itu.

Lupa pula Hanna yang dia masih belum ceritakan apa yang terjadi masa tu pada Fir. Sebab Hanna fobia sangat-sangat ketika itu. Tak sanggup dia nak ingat apa yang jadi malam itu dan ceritakan pada Fir.

"Kau... Kau ada sembunyikan sesuatu daripada aku ke, Hanna?" Penuh mengharap wajah Fir. Meminta agar Hanna ceritakan sesuatu yang dia tak tahu.

Kerana Fir masih ingat lagi beberapa bulan sebelum Hanna dan Hairul berangkat ke Los Angeles. Seratus lapan puluh darjah Hanna berubah perangai. Banyak mendiamkan diri. Termenung sana, termenung sini. Kadang-kadang, mata Hanna kelihatan sembap. Macam baru lepas menangis.

Lepas tu, duduk berkurung dalam bilik je. Apa yang dia buat dalam bilik tu, Fir pun tak boleh nak agak. Kalau keluar bilik pun, turun makan je. Itulah yang Fir selalu perhatikan tiap kali datang melawat. Banyak kali juga Fir tanya Hairul tapi katanya tak ada apa-apa, cuma stres je.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now