7 - Malu 7 Keturunan

2.6K 304 22
                                    

"Alaa... Abang tak boleh hantar sendiri ke? Hanna malaslah," rungut Hanna.

Mata masih statik pada kaca televisyen sambil duduk bersila di atas sofa. Tangan pula sibuk menyuap snek keropok Mr Potato ke dalam mulut. Kacau je orang nak layan Running Man. Abang ni memang tak boleh tengok orang senang ke? Hish... desis Hanna dalam hati.

Bercekak pinggang sambil berdiri, Hairul ketawa kecil. Lalu, digelengkan kepalanya.

"Alahai... Abang cuma suruh hantar makaroni cheese ni kat rumah sebelah aje pun. Bukannya jauh. Tak sampai 30 langkah. Tu pun susah sangat ke? Dah hantar, lepas tu balik. Habis cerita."

"Susah! Sangat sangat susah bagi seketul Hanna. Otak Hanna ni dah bagi arahan, suruh dua kaki Hanna ni duduk diam dan layan Running Man je," balas Hanna keras. Masih berdegil.

Bibir Hairul mencebik tanda menyampah. Macamlah takde siaran ulangan. Internet kan ada? Tengok je la kat Internet. Apa susah? Hesh, budak ni... Otak Hairul ligat bekerja, memikirkan taktik lain pula.

Ahah! Hairul senyum jahat. Keningnya diangkat-angkat. Ngehngeh!

"Patutlah Hanna nampak makin gemuk je lately ni. Rajin betul adik abang seorang ni ternak lemak, ya? Eeii, malulah nak mengaku adik! Dah tu, pemalas lagi. Patutlah gemuk..." sindir Hairul, sarkastik. Sengaja ingin menguji reaksi Hanna.

Satu.

Dua.

Tiga!

"OKAY FINE! I'LL DO IT. Once again you mention that word, Hanna akan kerat 14 badan abang," ugut Hanna geram. Memang pantang kalau orang kata dia nampak gemuk. Sensitif!

Menjuling mata Hairul ke atas seraya sengih mengejek. Tak gentar dengan ugutan adiknya itu. Persis angin lalu saja. Tak ada efek apa pun.

"Uuu, takutnya! Anak gajah dah mengamuklah. Habislah rumah ni roboh nanti," seloroh Hairul. Meledak tawanya Seronok dapat menyakat satu-satu adiknya itu.

Mencuka habis muka Hanna. Murung dengan lawak tak berapa menjadi abangnya itu. Nampak macam abang aku ni lama dah tak mintak kena hempap dengan peti sejuk agaknya, teka Hanna dalam hati.

"Malas Hanna nak layan orang yang otak hilang soket ni. Dah tu, gelak syok sendiri dengan lawak hambar dia tu." Hanna sambung jamah Mr Potato. Matanya menala semula pada televisyen.

Tawa Hairul reda serta-merta. Tak puas hati sebab dipulau oleh adik sendiri. Ah, pedulilah. Baik aku pergi mandi, cadangnya. Badan pun dah berlengas. Seharian menghabiskan masa di tapak projek, berpeluh satu badan. Maklumlah, cuaca panas.

"Okaylah. Abang nak naik atas. Nak mandi. Ingat! Jangan lupa bagi kat dia pagi esok! Kalau abang tahu Hanna kelentong, jangan haraplah abang nak masak untuk Hanna lagi. Pandai-pandailah Hanna cari makan sendiri." Sempat Hairul mengugut sebelum mengayunkan langkah ke tangga.

"Monyet!" jerit Hanna geram.

Bergema tawa besar Hairul semasa naik ke tingkat atas. Puas mengenakan adiknya. Itulah... Pemalas lagi! Nak kena ugut, baru jalan.

Hanna di tingkat bawah, hanya mampu mengeluh. Apalah nasib hidup aku... Tak habis-habis kena menghadap si chipsmore expired tu. Pasrah, pasrah...

🍵🍵🍵

"Reez sihat je, ma. Alhamdulillah. Everything was fine here. Tahu-tahulah anak mama ni. I'm tough and independent, okay!" ujar Shareez ceria. Bukan main semangat lagi nadanya.

Tergelak kecil Datin Mariam di hujung talian. "Yelah, yelah. Mama tahu tu. Glad to hear you're doing fine there."

Shareez bingkas bangun dari meja belajar. Langkah diatur ke katil. Punggung dilabuhkan lalu dihempaskan tubuhnya di atas katil. Bahagian badan yang terasa sengal-sengal sudah mula reda apabila dapat merasa keempukan katilnya.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now