21 - Jatuh Hati atau Jatuh Sakit?

2.5K 234 28
                                    

[Edited]

"Assalamualaikum! Oh, assalamualaikum!" ucap Hanna. Pintu diketuk berkali-kali. Hampir lima minit dia tunggu jawapan dari dalam. Tapi tiada sahutan langsung. Hanna tidak berputus asa. Dia bagi salam dan ketuk pintu lagi.

"Eeii alien ni! Takkan tidur lagi kut? Dah tengah hari buta ni," bebel Hanna geram. Matahari dah terpacak macam mahkota atas kepala, takkan tak bangun lagi kut? Kalau Hanna ketuk kuat lagi ni, tak mustahil pintu ini akan pecah kena penangan dia.

"Assala—"

Belum sempat Hanna habiskan salamnya, pintu dibuka dari dalam. Muncul wajah seketul Shareez. Mukanya kelihatan tidak bermaya dan pucat. Rambut juga serabai macam baru lepas bergusti dengan harimau.

Aih, baru bangun tidur ke?

"Waalaikumussalam. Hmm, nak apa?" soalnya dingin. Mata digosok-gosokkan. Sinar mentari membuatkan matanya rasa pedih.

"Err... bo-bos baru bangun tidur ke? Ni, kenapa muka bos pucat, macam tak sihat je? Dah 2 hari bos tak datang sekolah. Bos okay ke?" tanya Hanna prihatin.

"Kenapa? Rindu aku ke?" Bibir pucat Shareez ukir senyum nakal. Tengah tak sihat pun, sempat lagi nak berulat bulu dengan Hanna.

Masam acidic terus muka Hanna. Dia berpaling ke arah lain sambil tangannya bersilang, memeluk tubuh.

"Buat apa nak rindu-rinduan bagai? Rindu tak berbalas, buat apa?"

Kata-kata Hanna yang bernada perlahan itu sempat telinga Shareez tangkap. Terangkat tinggi keningnya. Dia senyum.

"Siapa kata rindu kau tak berbalas?"

Hanna gigit bibir. Bukan maksud dia mahu kata dia rindu pada lelaki itu. Jujur dia dah tersalah cakap. Shareez pun satu. Dengar aje. Hanna ketawa dalam hati. Dia? Nak rindu alien tak cukup zat tu? Gila.

"Ehem! Haa lupa pulak saya nak tanya. Kenapa bos tak datang sekolah eh? Dua hari pulak tu! Bos sakit ke? Sakit apa? Teruk tak?" soalnya bertubi-tubi. Sengaja Hanna ingin menukar topik.

"Aku cuma demam sikit je," jawab Shareez lemah.

"Oh. Em, saya datang ni nak tengok-tengokkan bos. Saya ingatkan... kut-kutlah bos jatuh pengsan dalam rumah ke. Dahlah bos tinggal sorang-sorang..."

Risau juga Hanna apabila Shareez tidak hadir ke sekolah selama dua hari. Dan, Shareez langsung tak keluar rumah, menambahkan lagi kerisauan Hanna. Buatnya mati anak orang dalam rumah tu? Haa tak pasal-pasal jiran sebelah pula dipersalahkan sebab tak ambil tahu.

"Aku okay aje la. See? Dah sihat dah ni. Tak payahlah kau risaukan aku. Kau pergilah balik," kata Shareez. Terbatuk-batuk dia.

Bercekak pinggang Hanna. "Sihat apanya kalau dah batuk teruk macam tu? Ni... bos dah makan ubat ke belum?"

"Belum. Aku tak suka ubat," balas lelaki itu. Muram mukanya selepas dengar perkataan 'ubat'. Benci.

"Tak suka ubat? Eeii bos ni macam budak-budaklah. Degil betul! Orang nak cepat sihat kenalah makan ubat. Kalau tak, mana nak sihatnya?" Membebel panjang Hanna tak ubah seperti mak orang. Dia memang pantang kalau orang sakit tak nak makan ubat. Buat tambah sakit je buat apa? Haih.

Sejak jadi hamba sementara Shareez, Hanna sudah makin terbiasa memanggil Shareez 'bos'. Dia lagi rela panggil sebegitu daripada kena panggil Shareez 'abang', like euww.

Ulangan, like euww.

Shareez tak endahkan bebelan Hanna itu. Dia paling tak suka dipaksa makan ubat. Dah dia tak suka, nak buat macam mana? Pokoknya, dia memang tak suka ubat. Rasuahlah dengan sejuta ringgit sekalipun, dia tetap tak mahu makan ubat.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now