36 - Pembubaran Rahsia

1.9K 183 52
                                    

Usai menyiapkan kerja-kerja di dapur, Hanna berkira-kira mahu rehatkan diri di halaman rumah. Giliran Fir pula yang uruskan kerja menyediakan dessert untuk tetamu. Kalau bab buat pencuci mulut, memang Hanna tak berapa nak reti. Awal-awal lagi, dah angkat bendera putih. Hohoh.

Dan sekarang ini, dapatlah dia berehat sekejap. Sambil-sambil itu, boleh juga ambil angin. Biarpun udara waktu malam sejuk, tapi Hanna tetap sukakannya. Nyaman. Tenang.

Punggung dilabuhkan di kerusi batu. Hanna duduk, memeluk lututnya. Perlahan, keluhan halus dilepaskan. Fikiran yang kosong mula menerawang dengan kejadian tadi. Apa yang jadi tadi, semuanya membuatkan perasaannya bercampur baur. Apa yang Hanna baru dapat tahu tadi, dirasakan dunianya bercelaru seketika.

Shareez Haikal? Tuan Muda sebenarnya adalah Shareez Haikal? Shareez Haikal yang dia kenal sewaktu di bangku sekolah dulu? Shareez Haikal yang tiba-tiba menghilangkan diri tanpa sebarang berita?

Ya, Tuan Muda adalah Shareez Haikal yang Hanna pernah kenali dulu. Mahu saja Hanna nafikan kenyataan tersebut tapi dia tak mampu. Walaupun Tuan Muda berbeza sedikit daripada Shareez Haikal yang Hanna kenali dulu, kenyataannya tetap sama. Hanna tak mampu nak tolak kenyataan itu. Tiada siapapun yang mampu.

Sewaktu Hanna mahu menghantar minuman ke meja makan, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Shareez Haikal di hadapan tetamu. Termasuk di hadapan dia. Kerana terlalu rasa terkejut, terlepas jua dulang dari genggaman sehinggakan jatuh berderai semua gelas.

Begitu jugalah hatinya. Terasa bagai direntap. Terkejut tak terkata.

Kenapa Shareez Haikal perlu muncul lagi dalam hidup aku? Untuk mengajar macam mana rasa sakitnya sukakan seseorang yang pernah tinggalkan kau secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab? Untuk mengajar macam mana rasa sakitnya berjumpa semula dengan seseorang yang pernah kecewakan kau?

Sakit? Itu yang Hanna rasakan sekarang ini. Sakit. Sangat-sangat sakit.

Tapi tahu tak apa lagi rasa sakit yang lagi sakit daripada rasa sakit yang ni?

"Aku rindu dia. Rindu sangat-sangat," ucap Hanna perlahan. Cukup jelas untuk pendengaran sendiri saja.

Bila kau rindukan dia tapi kau rasa kau tak berhak buat macam tu sebab kau dengan dia tak pernah ada apa-apa hubungan istimewa pun. Seolah kau kena pendamkan saja rindu tu seorang diri atau paksa diri buang perasaan rindu tu jauh-jauh.

Sakit? Sakit. Sangat-sangat sakit.

Senyuman sinis terukir di bibir Hanna.

Mentang-mentang si dia pernah sukakan kau, kau expect dia akan rindukan kau sama macam mana kau rindukan dia? Entah dia suka kau lagi ke tak. Entah-entah dia dah berpunya dah, Hanna oii. Entah-entah girlfriend dia dua kali ganda hot daripada kau.

Separuh hati Hanna mengejek, memperlekehkan diri sendiri supaya jangan perasan.

Perlahan, Hanna meraup mukanya. Rasa kusut, serabut semua ada. Argh! Tak, tak! Dia tak patut rindukan lelaki itu. Shareez Haikal adalah Tuan Muda dan Tuan Muda adalah majikannya. Profesional, Hanna. Profesional!

"Haih!" keluhan kecil terlepas. Sekali lagi, wajah diraup.

Ya Allah... Kenapalah aku rindukan orang yang salah pada masa yang salah? Atau, aku yang sebenarnya salah dalam hal ni?

"Eeii! Kenapalah aku bodoh sangat?" marah Hanna, tak puas hati dengan dirinya sendiri.

Siap hentak kaki lagi. Kalau boleh, nak saja Hanna flip table. Tak pun, ketuk kepala berkali-kali kat bucu meja batu di hadapannya sekarang.

Mengenangkan pertemuan dengan Shareez siang tadi, Hanna terasa bodoh sangat. Macam mana dia boleh tak cam langsung yang Tuan Muda itu adalah Shareez Haikal? Kenapa dia tak sedar langsung akan itu?

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now