20 - New Ship

2.2K 276 42
                                    

"Ini je ke gambar yang abang tangkap?"

Shareez angguk.

"Serius ah? Lain yang Nani suruh, lain pula abang buat. Hesh!"

"Abang ni biar betul? Punyalah banyak benda lain nak ditangkap, ini je?"

"Hmm," jawab Shareez acuh tidak acuh. Tangan diseluk ke poket seluar. Muka kekal kosong. Acah macho gitu.

"Memang dah tak ada benda lain yang lagi lawa ke abang nak tangkap? Aida tengok ada je banyak benda cantik yang boleh ditangkap."

"Entahlah," jawab Shareez pendek.

"Bagi Nani pun, memang cantik semua gambar ni. Angle pun lawa. Lighting also not bad..."

"... tapi masalahnya... kalau setakat satu subjek je buat apa?"

Aida dan Nani sama-sama melepaskan keluhan kecil. Haih, nasib baik senior! Kalau tidak, mereka ganyang Shareez cukup-cukup. Ada ke patut tangkap gambar satu benda je? Tak patut betul!

"Takkanlah majalah sekolah kita tahun ni penuh dengan gambar ini je?"

"Siapa kata abang nak bagi semua gambar ni untuk masukkan dalam school magazine?"

Saling berpandangan dua gadis itu.

"Habis tu? Abang nak buat apa dengan semua gambar ni?" soal Aida musykil. Banyak gila kut gambar ini.

"Ada la."

Senyuman misteri Shareez membuatkan Aida dan Nani saling berpandangan sekali lagi. Mereka hantar pandangan : apa kena dengan senior kita ni?

"Abang akan bagi gambar ni. Tapi... korang kena pilih satu je. SATU SAHAJA. Pilih cepat sikit. Abang ada hal ni. 1... 2... 3... 4..."

Menggelabah mereka berdua apabila Shareez memulakan pengiraannya. Apalah senior mereka ni. Ini dah jadi kes buli ni! Kejam.

"Yang ni, yang ni jelas sikit."

"Weh pilih yang ni la. Tu tak lawa sangat sebab ada orang photoboom kat belakang tu."

"Hmm... ni? Aida, yang ni lawa gila weh. Lagi cantik sebab dia senyum."

Namun, cepat sahaja Shareez bertindak. Dia merampas gambar tersebut daripada Nani. Kedua-dua gadis itu toleh ke arah Shareez.

"Biar abang decide."

Masam mencuka muka Nani.

"Eeii abang ni! Kata tadi suruh pilih!"

"Entah apa-apa entah!" Aida turut sokong Nani. Haih, sabar je la dengan senior samseng ni.

Shareez menatap gambar satu persatu. Mahu memilih gambar apa yang patut dia berikan untuk dimasukkan dalam majalah sekolah.

"Nah! Okaylah, abang pergi dulu. Bye!"

Segera mereka berdua menatap gambar tersebut selepas sahaja Shareez beredar dari situ. Kemudian, Aida berpeluk tubuh sambil memandang Nani.

"Nani, kau tak rasa pelik ke?"

"Rasa pelik? Pelik apanya? Lawa apa gambar ni. Haa jelas pulak tu," puji Nani dengan senyuman puas.

"Bukan pasal tu la! Aku peliklah weh. Apasal dia tangkap gambar Kak Hanna je? Padahal, boleh je tangkap gambar orang lain. Banyak lagi maskot yang menarik."

Nani pandang Aida dengan muka keliru.

"So? She's pretty what..."

"Aish! Kak Hanna memang lawa pun. Aku tahu tu. Tapi kenapa senior kita tu hanya tangkap gambar Kak Hanna je?"

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now