11 - Pelawaan

2.5K 235 43
                                    

[EDIT]

Langkah diayun menuju ke perpustakaan. Entah kenapa hari ini Hanna rasa nak menimba ilmu di situ. Sekarang ini waktu rehat dan kebetulan dia puasa sunat. Jadi cadangnya, dia nak pergi surau. Bolehlah solat dhuha. Tapi surau digunakan pula. Ada orang luar datang. Entah program apa, tak tahu pula dia. Malas nak tanya.

Perpustakaan la pilihan terakhirnya. Kalau diikutkan, lama juga dia tak jejak kasih memburu buku di perpustakaan. Maklumlah, sibuk belajar semedang di kelas. Cikgu semua fokus untuk SPM saja. Mana ada dah sesi NILAM untuk pelajar tingkatan 5. Ada tu ada but who cares? Duh.

Boleh saja pergi perpustakaan sendiri waktu rehat tapi mana ada lagi benda kedua terpenting kat dunia ini selain makanan. Yang pertama, mestilah nyawa. Hahah.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk, udara dingin daripada pendingin hawa menyapa muka Hanna. Antara tujuan kedua dia datang ke sini. Ya, dia kempunan mahu merasa pendingin hawa.

"Haih, rasa mengantuk pulak hari ni..." gumamnya. Belakang tapak tangan kiri dibawa ke mulut. Menahan kuapan disebabkan kantuk yang maksima.

"Takde orang jaga kaunter ke?" soalnya perlahan apabila terpandangkan kaunter berdekatan pintu masuk yang kosong. Tiada pengawas perpustakaan yang bertugas.

Malas nak ambil tahu, Hanna cuma berlalu begitu saja.

Mata yang terasa lesu dililaukan ke sekeliling. Ingin mencari meja yang agak tersorok daripada pandangan orang. Nak beradu sekejap. Sekejap pun bolehlah. Tak jadi nak menimba ilmu sebab tak bawa timba. Hahah, hambar.

Apabila sudah jumpa tempat yang diingini, laju kaki Hanna melangkah.

"Nice spot!" soraknya perlahan.

Meja yang terletak di hujung sudut menjadi pilihan. Sememangnya terlindung daripada orang ramai disebabkan rak buku besar yang menjadi penghadang.

"Jangan terlajak tidur sudah." Hanna tersengih sendiri.

Sambil pandang sekeliling, penuh berhati-hati dia duduk tanpa membuat kerusi berbunyi. Lalu, dia me'landing'kan kepalanya setelah selesa dengan posisi duduknya.

Sedar tak sedar, akibat terlalu mengantuk, entah berapa milisaat dia terbang ke alam tidur.

🍘🍘🍘


"Argh! Semak betullah kutu-kutu tu! Tak senang aku nak tidur. Sial," luah Shareez kasar. Rambut yang tersedia maklum sudah serabut diserabutkan lagi. Geram.

Mana tak puas hatinya dia apabila Zarif dan mangkuk-mangkuknya tadi sekali lagi ingin cari gaduh dengannya. Orang tengah syok tidur atas pokok, boleh pula si lahanat Zarif selamba itik je baling batu kecil ke arahnya. Mujur kena kaki, bukan kepala. Kalau kena kepala, memang mampus dia kerjakan Zarif habis-habisan masa itu juga.

Dan sekarang, Shareez cuma fikir nak cari tempat lain untuk tidur. Tak ada mood nak bergaduh dengan budak-budak tak matang seperti Zarif. Buang masa. Tidur lagi bagus. Jam di tangan dikerling seketika. Tinggal 10 minit sebelum waktu rehat tamat. Banyak masa lagi.

Kaki panjang Shareez terhenti saat bertembung dengan jalan mati. Baru sedar dia sudah sampai di hujung koridor. Mata ditala ke kanan sebelum perlahan naik ke atas. Terpampang besar papan tanda bertulis 'Perpustakaan'.

"Bolehlah," ujarnya.

Tanpa membuang masa, pintu dikuak ke dalam. Laju kakinya melangkah masuk dan diatur menuju ke hujung perpustakaan, tempat yang tak menjadi lalu-lalang orang ramai. Tanpa sengaja, dia terdengar suara-suara yang saling berbisik. Pasti tentang dirinya.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now