29 - HELL-O

2.1K 194 33
                                    

"Kejadian mengerikan yang telah berlaku pada hari Sabtu lepas iaitu seorang wanita berumur 20-an yang menjadi mangsa gangguan seksual, rompakan sekaligus dibunuh oleh dua orang suspek menjadi bahan bualan terhangat yang viral antara para netizen. Mangsa, Dameena Mohd Aizad dikatakan-"

"Oh, ini ke yang viral kat internet tu?"

"Haah, yang inilah. Serius kejam gila weh apa yang jadi kat perempuan tu. Tak berperikemanusiaan langsung dua orang yang bunuh perempuan tu. Seriously, they deserve to die."

"Aku nak tahu ni. Cuba cerita kat aku, apa yang jadi kat perempuan tu?"

"Orang kata, aku dengar ceritalah en- mula-mula dia kena culik lepas tu kena rogol dengan dua orang jahat tu. Habis semua barang berharga dia, orang jahat tu ambil. Lepas tu, perempuan tu kena tembak kat- kepala, mulut, perut dan last sekali kat- kemaluan dia. Aku tak tahulah betul ke tak tapi serius ah kejam gila."

"Astaghfirullahaladzim..."

Faizul Abdullah, 27 tahun dan Muhd Imanuddin Darius, 18 tahun, disyaki merupakan suspek dalam kes ini dan masih lagi dalam pencarian pihak polis. Sesiapa yang mempunyai maklumat dikehendaki tampil ke balai polis berdekatan bagi memudahkan pencarian pihak polis. Orang ramai di luar sana dinasihatkan agar berhati-hati dan peka akan keadaan sekeliling, terutamanya kaum wanita. Sekian laporan-

"Jomlah balik. Aku mengantuk ni."

"Malam ni aku tidur rumah kau, boleh? Aku takutlah."

"Ceh! Penakut betul la kau ni. Dah, jom cepat! Nanti terlepas teksi pulak."

Jauh di sudut restoran, ada seseorang yang matanya tidak lekang langsung dari televisyen sedari tadi. Dia membetulkan hoodie di kepala. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Didail nombor seseorang.

"Tengok tak berita tadi?"

"Hmm. Kenapa? Takut?"

"Takutlah, sial. Aku tak nak masuk penjara. Mak dengan adik-adik aku macam mana nanti?"

"Rilekslah, bro. Macam tak biasa buat kerja ni. Ini baru mangsa kelima weh, apalah sangat. Kita kena buat banyak lagi. Masyuk weh masyuk!"

Gigi dikancing rapat. Geram. "Masalahnya, benda ni dah jadi viral, kau tahu tak? Kalau kau tak rogol dia, kalau kau tak tembak dia berkali-kali, mesti benda ni akan jadi jenayah kecil je. Tapi, macam ni pulak jadinya. Silap-silap, bukan polis je cari kita tapi satu Malaysia cari kita, tahu?"

"Kalau kau penakut sangat, pergi bunuh diri je la. Senang. Kau yang nak sangat join aku, terima je la padahnya."

"Aku bukan penakut tapi aku tak nak mak aku dapat malu. Aku tak nak dia kecewa dengan aku."

"Habis tu? Kau nak aku buat apa? Jadikan kau Perdana Menteri?"

"Tolonglah weh. Buat something. Aku tak nak masuk penjara. Dan, takkanlah selamanya aku kena hidup macam orang pelarian? Mesti kau pun tak nak, kan?"

"Hmm. Jap, jap. Aku rasa aku tahu apa nak buat."

"Apa?"

"Kita tukar identiti baru. Aku ada member yang boleh tolong. Lepas settle semua ni, cepat-cepat kita pindah ke luar negara. Hidup mewah kat sana nanti."

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now