30 - Selamat Tinggal

2.1K 175 63
                                    

"Shh. Shh. Shh. Jangan menangis. Kau tahu tak, aku paling benci dengan- perempuan yang suka menangis ni? Baik kau diam sebelum aku tembak mata kau yang cantik ni," ugut Zul. Muncung pistol diusap-usapkan pada mata Hanna.

Nak gugur jantung Hanna apabila dapat merasakan muncung pistol betul-betul di kelopak matanya. Seolah bila-bila masa sahaja peluru akan keluar dari pistol itu. Mengambil nyawanya on the spot.

Takut dengan ugutan Zul, cepat-cepat Hanna menguatkan semangatnya. Cuba menahan air mata daripada mengalir keluar lagi.

"Aku- akan bagi kau- peluang- untuk hidup. Nak?" cadang Zul dengan suaranya berbunyi seperti orang psiko. Pistol milik Zul bermain-main di kepala Hanna yang dilitupi tudung.

Hanna memberi pandangan tidak percaya. Peluang? Biar betul?

Tipulah kalau dia kata dia tak mahu hidup lagi. Jujur, Hanna masih belum puas berbakti di muka bumi Allah ini. Entah cukup atau tidak bekalan amalan dan pahalanya.

Sekiranya dia tolak tawaran itu, berbaloi ke dia mati ditembak oleh lelaki itu? Dan sekiranya dia terima pula, masih selamat ke dia nanti? Boleh ke dia hidup aman selepas ini walaupun lelaki itu memberinya peluang untuk hidup?

"Aku tanya ni. Jawablah! Kau nak ke tak nak?!" soal Zul kasar.

Dicengkam rahang Hanna sekuatnya. Geram pula dia apabila perempuan itu diam, tak memberi respons pada soalannya tadi.

Buat bodoh pulak. Aku tembak betul-betul karang, bersepai jugak kepala kau kat sini. Zul melampiaskan marah dalam hati.

Berkerut kening Hanna menahan sakit. Rasa nak pecah tulang rahangnya apabila diperlakukan sebegitu.

"Aku nak jawablah ni. Lep- lepaskan aku dulu," pinta Hanna tersekat-sekat kerana rahangnya dicengkam kuat. Mata Hanna merenung tajam lelaki di depannya ini.

"Okay." Zul akur lalu melepaskan rahang Hanna.

Hanna memegang dan mengurut-urut sedikit rahangnya. Sakit.

"Kalau aku kata aku nak, apa aku dapat? Dan, kau janji yang kau takkan ganggu hidup aku kalau aku setuju?" Hanna balas soalan lelaki itu dengan soalannya pula.

Zul berpeluk tubuh. Muncung pistol ditalakan di bawah dagu. Memikirkan jawapan untuk soalan gadis itu.

Tajam mata Hanna mencerlung pada penjenayah kejam itu dan pistol di bawah dagunya. Kalaulah dia tertembak diri dia sendiri, kan senang? Ah, tapi semestinya takkan terjadi punya ah. Cepat-cepat Hanna buang angan-angan yang tidak akan pernah kesampaian itu.

Mata Hanna ditalakan pula ke arah Iman yang berada tidak jauh dari situ. Kelihatan dia sedang sibuk menghisap rokok dengan giannya. Berkepul-kepul asap rokok menari di udara.

Haih, mencemarkan udara betul la! Kalau asap tu kau telan, tak apalah jugak. Udara tak tercemar, nyawa orang lain pun terjamin. Nak mati, pergilah mati sorang-sorang dengan asap rokok tu. Sempat lagi Hanna mengutuk dalam hati.

"Okay, aku lepaskan kau."

Terangkat kening Hanna. Itu je?

"Tapi-"

Cis. Ada saja ketapian di situ.

"-kau kena jadi 'makan malam' untuk kawan aku ni dulu. Din, amacam? Aku rasa budak ni sesuai dengan kau." Zul toleh kepala ke arah Iman. Meleret senyuman sinis Zul.

Jelas terpancar riak terkejut pada wajah Iman. Bukan main terkejut dia sehingga puntung rokok terlepas jatuh ke atas lantai tar.

"Ka-kau gila ke apa?!" Naik seoktaf suara Iman. Tidak semena dia tarik Zul jauh dari situ. Untuk berbincang tentang hal gila tersebut.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now