12 - Booking

2.4K 267 16
                                    

[EDIT]

"Woi," panggil satu suara.

"Woi. Pekak ke?"

"Woi."

"Tak dengar ke? Woi."

"Woi."

"Woi. Aku tengah panggil kau ni."

"Aku tahu kau dengar tapi kau buat-buat pekak."

"Woi."

Pen diletak kasar di atas meja. Rengusan geram dilepaskan sekali. Hanna dah tak tahan. Sumpah rasa nak meletup segala kemarahan yang disimpan. Orang nak belajar pun tak senang. Rosak program ana. Eeii, sabar je la!

Laju Hanna pusing belakang. Cemberut habis wajahnya.

"Apa?!" soalnya kasar.

Diam. Bebola mata Shareez menala ke atas. Seolah berfikir.

"Nama aku bukan woi la. Tu yang aku malas nak toleh. Apa kau nak?"

Tadi beriya sangat panggil dia tapi boleh buat tak tahu pula lelaki itu. Telinga makin rasa berasap. Tak mustahil bertukar warna hitam nanti. Ya Allah, sabar Hanna. Sabar!

"Aku bosan ni. Temanlah aku.
Sebelum aku ditemankan 'benda' lain." Shareez buat muka kesian. Raih simpatilah kononnya.

Hanna julingkan matanya ke atas. Drama.

Ya, sekarang ini tak ada P&P. Cik Liana ada mesyuarat, memang tak masuk kelas ah cite dia. Jadi, pengawaslah yang bertugas jaga semua kelas. Walaupun tak nampak macam bertugas. Dari tadi lagi, dua pengawas bertugas menjaga kelasnya tak habis-habis flirt dengan gadis-gadis rakan sekelasnya.

Sempat Hanna menjeling mereka semasa menelaah pelajaran tadi. Mana nak fokusnya dia apabila terdengar hilaian tawa kaum perempuan itu. Mengganggu ketenteraman awam betullah. Lawak antarabangsa apa entah si dua ekor pengawas itu keluarkan.

Ditambah pula dengan Shareez yang menyahut namanya tak henti. Ada la dua tiga orang yang jeling menjeling. Malu tu, usah katalah. Bukan Shareez la namanya kalau tak memalukan dia di depan manusia lain.

"Kau tak ada kerja yang nak dibuat ke? Ulang kaji ke buat homework ke... Tahu tak, SPM tak lama je lagi?" bebel Hanna. Namun, dia tetap juga akur. Dipusingkan kerusinya ke belakang, menghadap lelaki itu.

Mujur juga Eira tak datang hari ini. Kalau tak, confirm dia ditembak dengan soalan, pakej sekali mata sepet dan muka curiga : Kau ada apa-apa ke dengan budak New York tu?

Haa, mampus. Nak goreng apa?

"Ada."

Shareez menongkatkan dagunya dengan kedua-dua belah tangan sambil memandang Hanna tepat. Dia ukir senyuman manis, menampakkan lesung pipitnya.

"Mana kerjanya? Tak buat apa pun." Dah kenapa mamat ni duk tenung aku? Hanna mula rasa resah semacam. Entah kenapa.

"Tengah buatlah ni."

"Buat apa? Hirup oksigen?" sindir Hanna, sarkastik.

"Tengah pandang pemandangan indah depan mata."

"Ha. Ha. Kelakar sangat. Belajar buat lawak kat Youtube eh?" perli Hanna. Muka dibuat-buat selamba. Walhal, debaran di dada bagai nak gila. Serius dia boleh jadi gila layan mamat tiga suku seorang ini.

Hanna sambung membuat ulang kaji addmath. Nak saja disebamkan mukanya terus pada buku tulis addmath yang agak nipis. Asalkan dapat tutup muka, kira okaylah tu. Entah kenapa mukanya rasa panas tiba-tiba.

"Rajin betul kau. Cikgu takde pun, kemain lagi studi. Macam tak boleh studi kat rumah," ujar Shareez senada.

Hanna sengaja buat-buat tak dengar. Perli akulah tu. Tahulah dia pandai. Score exam gempak gila padahal tak pernah nampak studi pun. Pelik do mamat ni.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now