8 - Peminat Misteri

2.5K 236 28
                                    

Tiba-tiba Hanna terasa seram sejuk nak menghadap orang yang nak jumpa dengan dia tu. Saspens. Lelaki pula tu! Buatnya jadi apa-apa yang tak elok ke? Tak ke tempah maut namanya?

Ah, tiba-tiba rasa nak patah baliklah tapi kalau memang ada perkara penting orang tu nak bagitahu haa macam mana? Aduh...

"Nervousnya! Ya Allah, mintak-mintaklah tak jadi apa-apa." Hanna berdoa dalam hati.

Nafas dihela panjang sebelum melangkah masuk ke dalam library. Library sekolah ini ada dua tingkat. Satu tingkat untuk buku rujukan dan satu lagi tingkat untuk buku-buku cerita dan novel. Lebih baik asing. Senang hidup.

Hanna menuju ke tingkat atas. Ingin mencari novel. Niat dah lain dah tu. Maklumlah, hantu novel. Nafsu nak membaca novel membuak-buaklah pula. Tak apa, layankan sajalah.

"Hm... banyak jugak novel-novel baru, eh? Nak datang selalulah lepas ni." Hanna sengih sendiri. Kalau tak, jangan haraplah nak jejak kaki ke library. Memang haramlah weh kalau tak ada sebab yang kukuh.

Hanna pandang rak di kiri dan di kanannya. Nak pilih mana satu yang menarik perhatian. Lupa terus niat asalnya tadi. Novel punya pasal, Hanna lupa tujuan asalnya datang ke sini.

Dibelek-belek semua novel di situ. Membaca sinopsis dahulu di setiap belakang buku sebelum beralih ke novel lain. Kebanyakan novel di situ tak menepati cita rasa Hanna. Sama saja jalan cerita. Semestinya genre pun semuanya sama. Cinta. Euw.

"Laa... kat sini kau rupanya. Buat penat je aku tunggu kau kat tingkat bawah." Hanna toleh pandangan ke arah suara garau itu.

Zarif?! Erk! Apa dia buat kat sini? Eh, kejap! Dia ni ke orang yang nak jumpa aku tu? Ceh, ingatkan secret admire aku, si Prince Charming AZ tu!

Apa lagi lelaki ini nak? Mesti mahu minta Hanna maafkan dia pasal hari itu. Semakkan mood orang je la dia ni. Hesh.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" soal Hanna. Straight to the point, senang. Tak ada la terbuang masa dia. Masa itu emas, tahu?

Zarif garu kepala lalu berdehem perlahan. Kejap buka mulut, kejap mengeluh perlahan.

"Aku cuma nak... err, mi-mintak maaf kat kau pasal..."

"Pasal tu... aku dah maafkan kau dah so, itu aje kan motif kau nak jumpa aku? Alright, aku pergi dulu. Tumpang lalu." Hanna meminta izin untuk lalu di situ selepas cepat-cepat dia menghabiskan kata-katanya. Hanya situ sahaja yang dia boleh lalu memandangkan ada satu lorong sahaja.

Apabila Hanna melepasi Zarif, lelaki itu pantas menarik pergelangan tangan Hanna. Menahan perempuan itu pergi. Zarif tekad mahu selesaikan masalah dengan Hanna hari ini juga.

Tersentak Hanna apabila lelaki itu berbuat demikian.

"Hei, apa pegang-pegang ni? Tak boleh cakap elok-elok ke sampai nak pegang tangan anak dara orang? Eeii, lepaslah!" berang Hanna. Dikawal suaranya supaya tidak didengari orang lain. Mujur Hanna dan Zarif berada di tempat yang agak tersorok.

Perlahan Zarif lepaskan tangan Hanna. "Okay okay. I'm sorry again. Aku, aku cuma nak..."

Hanna terasa tangannya ditarik ke belakang pula oleh gerangan siapa entah. Hanna pun tidak tahu memandangkan perkara berlalu dengan pantas. Apalah nasib dia hari ni, asyik kena tarik je. Ingat dia teh tarik ke apa?

"Don't you dare to touch her. Ever."

Hanna cam suara itu. Shareez?! Eh, kejap! Dah kenapa dia ada kat sini? Ah, dah bertambah satu lagi masalah!

Zarif ketawa sinis. "Eh, kau apahal? Suka hati akulah. Bukan awek kau pun! Asal kau semak kat sini? Tak puas lagi ke nak gaduh dengan aku? Haa jom ah!"

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now