Bab 1 - Perjumpaan Kawan Lama

7.7K 229 6
                                    

"Eryn! Cepat siap! Hari ni kita kena jumpa kawan lama papa! Dah pukul 8:30 pagi tau! Kita jumpa dengan dia pukul 7:00 pagi! Dah lah mandi setengah jam!" Jerit Datin Arina kepada anak bongsunya. Eryn Elisa. Berumur 18 tahun.

"Kejap lah mama! Sikit je lagi ni!" Jerit Eryn kembali lalu membuka pintu.

"Cantik nya anak mama!" Puji Datin Arina. Kembang Eryn.

"Anak mama memang cantik pun." Balas Eryn lalu melangkah turun.

"Ish, budak ni. Pantang dipuji! Nanti masuk bakul angkat sendiri pula." Datin Arina bercekak pinggang sambil membebel sendirian. Akhirnya Datin Arina membuka langkah.

"Awak ni dah kenapa? Pagi pagi dah membebel." Tanya Dato Ahmad kepada isterinya yang dari tadi tidak senang duduk.

"Anak kesayangan awak ni lah. Bersiap bukan main lama." Jawab Datin Arina lalu menjeling Eryn.

"Dah lah. Jom cepat. Dah lambat ni nak jumpa dengan Rashid." Kata Datuk Ahmad lalu bangun dari kerusi dan menuju ke luar rumah ke dalam kereta.

"Dah. Eryn pergi dulu kalau mama nak sarapan, sarapan lah dulu." Eryn terus lari dari Datin Arina sebelum dia membebel. Kuat betul mamanya membebel.

Sampai nya mereka di office Datuk Ahmad.

"Maaf lah Rashid. Mesti lama tunggu." Kata Datuk Ahmad lalu memeluk kawan nya.

Eryn hanya duduk dan memandang ke luar tingkap. Tiba tiba seorang lelaki mungkin berumur dalam lingkungan 20an duduk di sebelahnya sambil makan kuih.

"Kriuk~ kriuk~" perut Eryn berbunyi kuat sehingga menghentikan suapan kuih lelaki itu.

'Ya Allah, apasal lah aku tak makan tadi? Meleleh pula tengok lelaki itu makan!' kata hati Eryn.

"Ermm.. awak nak?" Tanya lelaki itu sambil menghulurkan kuih pau kepada Eryn. Mata ibubapa Eryn dan lelaki itu tertumpu pada mereka.

"Boleh juga. Terima kasih." Jawab Eryn lalu mengambil kuih pau yang diberi.

"Sweetnya kamu berdua ni!" Kata Datin Arina teruja. Selepas itu, mereka kembali berbincang tentang sesuatu.

"Hai, nama saya Ryan." Lelaki bernama Ryan membuka bicara.

"Hai, nama saya Eryn." Eryn agak gementar berdepan dengan lelaki itu.

"Ryan, Eryn ada sesuatu yang kami ingin katakan. So, please don't make a scene here. Kami ingin satukan Ryan dan Eryn." Kata Datin Arina.

**************************

Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now