Bab 10 - About Eryn

3.1K 142 3
                                    

Eryn menceritakan segala yang telah berlaku. Ia mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk cerita. Ryan berasa bersalah. Dia seperti ingin mengaku itu salahnya. Sungguh dia menyesal.

"Maafkan saya. Semuanya salah saya. Kalau saya boleh terima hakikat. Kalau saya tabah dan tak marah. Kalau saya...." Kata kata Ryan berhenti apabila Eryn mencelah, "Bukan salah awak pun. Benda ni takkan terjadi kalau saya terima."

Masing masing tersenyum. Mereka bertentang mata. Tiba tiba, kedengaran enjin kereta yang di bawa oleh Pak Samad pemandu Tengku Rashid sudah masuk ke kawasan rumah. 

"Awak, pleasa rahsiakan saya tak nak mak dan ayah awak tahu yang awak dah tahu. Please." Rayu Eryn.

"Okay." Jawab Ryan lalu menutup pintu bilik Eryn.

Lega hati Eryn kerana Ryan tidak begitu marah terhadapnya. Ryan yang baru keluar terkejut apabila disergah Tengku Rashid, "Eh, Ryan. Buat apa tu?"

"Nothing." Jawab Ryan.

"Ohh.. kenapa duduk situ? Ada barang Ryan ke dalam stor?" Giliran Tengku Rina bertanya.

"Tak ada lah. Ryan naik dulu." Kata Ryan tergesa gesa lalu naik.

Di bilik, Ryan terdiam apabila sudah tahu rahsia bilik bawah. Kenangan pahit kini memutar kembali di dalam fikiran. Tetapi dia sudah tekad, tekad untuk membantu Eryn dengan membeli rumah baru. Ryan tergesa gesa keluar. Tengku Rina yang melihat anaknya secara tiba tiba saja bertanya, "Ryan, nak pergi mana?"

"Err... Keluar kejap." Jawab Ryan lalu pergi sebelum papanya pula bertanya.

*********

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, Ryan masih lagi tidak pulang ke rumah. Timbul rasa risau di hati Tengku Rina.

"Hish.... Mana Ryan ni? Takkan tak balik lagi." Kata Tengku Rina sambil menjenguk ke luar tingkap. Tengku Rashid melihat Tengku Rina dengan pelik.

"Awak ni, macam tak kenal anak awak tu, kejap lagi balik lah." Tengku Rashid sambung melihat telefon pintarnya. Tengku Rina menoleh ke arah suaminya.

"Saya tahulah. Tapi apa masalah sangat sampai kena balik lambat?" Tanya Tengku Rina. Tiba-tiba terdengar bunyi enjin kereta. Apabila Ryan masuk, "Ryan pergi mana? Kenapa balik lambat? Apa yang penting sangat?" Bertubi tubi soalan keluar dari mulut Tengku Rina.

"Ryan jumpa kawan. Lepak dengan kawan tak perasan dah pukul 6. Ryan naik dulu lah. Penat, nak mandi." Laju saja Ryan menjawab lalu pergi ke biliknya. Tepat Eryn keluar bilik dengan berpakaian untuk keluar. Ryan juga turun kembali untuk mengambil fail yang tertinggal dalam kereta.apabila mereka bertemu, Tengku Rina mula gelisah.

"Ry... Ryan...." Panggil Tengku Rina lembut sambil gagap. Ryan senyum.

"Takpe Ryan faham." Kata Ryan ringkas. Ryan mengambil fail yang tertinggal dalam kereta lalu pergi ke biliknya.

"Eryn nak ke mana?" Tanya Tengku Rina. Dia tahu dia patut jelaskan segalanya.

"Nak pergi rumah kawan. Lepas maghrib Eryn balik. Eryn pergi dulu." Cepat cepat Eryn keluar takut disoal.

**********

"Ryan, we need to talk!" Kata Tengku Rina. Tegas. Ryan yang sedang menaip sesuatu di atas laptop nya di atas meja di ruang tamu, terhenti.

"About what? Ryan rasa tak perlu cakap apa apa dekat mama. Mama yang perlu terangkan semuanya dekat Ryan. I don't need to talk but, you need to talk!" Ryan menerangkan apa yang terbuku di dada.

"Okay, yes. Memang mama ada simpan Eryn dekat sini tapi...."

"Ryan bukan nak tahu tentang tu, Ryan nak tahu kenapa mama rahsiakan semua ni. Tu je. By the way, Eryn told me everything. Now, I just want you to explain to me why did you do not tell me about this?" Ryan masih dengan lagak tenangnya walau sedang mengawal marah. Baginya, bergaduh tidak akan menyelesaikan masalah.

"Ok. Mama cuma takut Ryan marah itu je." Jawab Tengku Rina.

"Ok. Mama nampak Ryan marah? Nampak Ryan nangis?" Tanya Ryan. Mukanya amat serius.

***********************

Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now