Bab 18 - Lelaki Tak Guna

3K 119 5
                                    

"Baru tahu ke suami awak ni romantik? Dah, jom turun dah pukul berapa ni. Matahari pun dah naik." Kata Ryan lalu membuka pintu bilik untuk isterinya dan dia pun keluar juga.

"Pengantin baru dah turun." Kata Datin Arina apabila melihat Eryn dan Ryan turun dari tangga. "Ni Eryn masak ke? Sebab Mak Jah kata bukan dia yang goreng nasi ni. Nasi ni pun sedap saja." Sambung Datin Arina. Eryn hanya mengangguk.

"Ni nak pergi mana? Ehh.. kejap. Sebelum tu, sejak bila anak mama pandai pakai shawl? Setahu mama, kalau Eryn pakai shawl, mesti senget dan tak kena dengan baju." Datin Arina sudah mengeluarkan kepakarannya iaitu melihat penampilan anaknya.

"Bukan Eryn yang pakai sendiri, Ryan yang pilih dan pakaikan." Jujur Eryn menjawab. Baru first day kahwin, romantik semacam.

"Ohh... Ni mama nak tanya, kamu berdua, bila nak pergi honeymoon?" Tanya Datin Arina. Eryn dan Ryan tersedak apabila Datin Arina bertanyakan begitu. Ryan dengan pantas mengambil tisu dan beri kepada Eryn. Eryn hanya mengambil tisu itu dan lap mulutnya.

"Minum air tu." Kata Ryan. Eryn hanya menurut.

"Bila?" Tanya Dato' Ahmad pua.

"Bila? Bila apa? Ohh.. Nantilah kitaorang fikirkan." Kata Ryan. "Hmm.. Eryn awak kata nak keluar. Jom saya hantar." Sambung Ryan. Sengaja mahu mengelak sari Datin Arina dan Datuk Ahmad.

"Ok, jom." Terus Eryn dan Ryan bangun.

"Pergi dulu, mama, papa." Kata Ryan lalu salam tangan Datin Arina dan Dato' Ahmad. Begitu juga Eryn.

Semasa mereka sedang berjalan di salah satu pusat beli belah pada pukul 11 pagi, seorang pekerja RR Company terserempak dengan Ryan.

"Assalamualaikum, Tengku Ryan." Tegur seorang lelaki yang bekerja di bawah Ryan. Namanya Adam. Mereka berjabat tangan.

'Tengku? Aku tak pernah tahu pula, Ryan ni tengku. Aku mesti find out walau apa-apa cara sekalipun. Mesti dia rahsiakan dari aku ni.'  Kata hati Eryn. 

"Waalaikumussalam, Adam. Tak payah lah panggil saya tengku bagai." Terus Ryan menjawab salam yang diberi oleh Adam.

"Maaf, saya lupa. Saya dengar tengku..., eh maksud saya, Ryan dah kahwin. Maaflah tak sempat datang. Apa-apa pun selamat pengantin baru. Mana isteri awak?" Soal Adam.

"Terima kasih. Ni lah isteri saya." Jawab Ryan. 

"Eryn?" Soal Adam.

"Abang Adam!" Eryn sedikit jerit kerana tidak begitu mempercayai siapa yang di depan matanya. Lelaki yang pernah dia beri peluang, lelaki yang pernah dia cintai, lelaki yang pernah memberinya harapan palsu dan lelaki yang pernah tinggalkan dia waktu dia amat memerlukan lelaki itu. Yang lebih parah, lelaki yang telah berkahwin dengan seorang perempuan bernama Alisa. Seorang sepupu perempuannya yang telah mengkhianatinya.

"Ryan, jom pergi." Kata Eryn tegas lalu menarik lengan Ryan.

"Eryn, please. Let me explain. Abang sayang Eryn. Eryn dah salah faham." Begitu berani Adam berkata begitu di depan suami Eryn sendiri.

"Tak faham. Apa ni? Eryn. Adam." Tanya Ryan.

"Jom pergi dari lelaki tak guna ni!" Marah Eryn lalu menarik lengan Ryan. Ryan pun ikut.

"Eryn!" Panggil Adam lalu mengejar Eryn dan Ryan. Eryn dan Ryan terlebih dahulu masuk ke dalam kereta lalu memandu. Adam cuba untuk mengejar. Malangnya, tidak dapat. Namun, dia tidak akan mengalah.

Flashback

Di sebuah taman bunga, Alisa, Eryn dan Adam duduk sebangku. Adam di tengah, Alisa di sebelah kiri dan Eryn di sebelah kanan.

"Apa yang penting sangat sampai abang dengan Alisa nak jumpa?" Tanya Eryn. Sudah lama Adam menjadi kekasihnya.

"Eryn, abang pilih jalan untuk kita berpisah. Ini yang terbaik. Lagipun, ibubapa Eryn tak suka abang." Terus Adam menyatakan tujuannya.

"Mana ada ibubapa Eryn tak suka. Cuma Eryn ni muda." Eryn mempertahankan dirinya.

"Kau tu dah tak laku lah. Dia dah cintakan aku bukan kau. Kau pergi jelah." Alisa menyampuk.

"Betul ke?" Soal Eryn.

"Eryn abang minta maaf, abang...." Tidak sempat, Adam menghabiskan kata-katanya, Eryn terus lari.

"Don't worry about her, sayang." Kata Alisa sejak itu Eryn tidak pernah berjumpa mereka hingga sehingga hari ini.

End Flashback

**********************

Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now