Bab 30 - Along

2.1K 102 3
                                    

"Kau?!" Tanya Ryan dengan nada yang tinggi sedikit.

"Ya, aku ni. Tak rindu?" Tanya Farish selamba. Ryan kaku.

"Nak peluk?" Farish mendepakan tangan. Ryan memeluk Farish. Sekejap je lah. Nanti kena label gay pulak.

"Nak kiss??" Tanya Farish.

"Kiss otak kau." Ryan menolak muka Farish yang mendekatinya.

"Rindu gila aku dengan kau, Far." Kata Ryan. Arrys dari tadi hanya memerhati lalu duduk. Sudah lenguh kakinya. Nasib baik di wad ini tiada orang. Satu katil satu bilik.

"Yan, aku pun rindu kau!" Balas Farish.

"Kau dari dulu memang suka panggil aku Yan kan. Tak berubah!" Kata Ryan lalu mereka berdua tertawa kecil.

Di sebalik tawa, ada seseorang sedang menelefon seseorang. Ia berkata,

"Tengku, dia dah balik."

_______________________________________

"I ada dengar yang Eryn accident." Kata Alya sambil menyedut minumannya. Tiba - tiba Aniq tersedak dan hampir menyemburkan air yang dalam mulutnya. Cepat - cepat Aniq menelan sampai terbatuk - batuk.

"Eh, you ni. Minumlah betul - betul. Hish!" Alya terus mengalihkan pandangannya. Terlihat seorang lelaki yang kacak lagi bergaya sedang memandangnya dengan kenyitan mata dan senyuman yang mampu menggoda wanita. Alya termenung untuk seketika.

"Hey! I tanya ni, kenapa dia accident?!" Terperanjat Alya mendengar suara Aniq yang menjerit di telinganya. Lagi panas hati Aniq melihat Alya dan jejaka itu membalas senyuman.

"You jangan nak menggatal eh!" Awal - awal lagi Aniq memberi amaran.

"Kenapa you ni?! Bukan you ke yang tak suka kan I? Ni life I. Suka hati I lah! Dan I dah tak nak ada kaitan apa - apa dengan you. I dah penat! You tahu dah penat! I try to steal you attention but you? Pentingkan Eryn. I tak pentingkan? K, fine! I hate you!" Berkaca mata Alya. Dia terus keluar dari restoran itu. Terlihat Aniq cuba mengejarnya juga, tetapi tidak dihiraukan. Lelaki tadi juga ingin mengejar tak kesahlah jika satu restoran atau satu Malaysia sekalipun memandangnya. Tidak dapat lagi dia mengawal marahnya. Dia pernah menyayangi lelaki tersebut tetapi lelaki itu? 

Dengan tiada arah tuju Alya berjalan sambil mencari teksi. Sehinggalah dia terlanggar seorang lelaki. Lelaki itu terus pergi dan apabila Alya jatuh, ada lelaki lain yang menolongnya.

"Eh, are you ok?" Tanya lelaki itu dengan prihatin.

"I'm ok. Eh, you yang dekat restoran tu tadi kan." Teka Alya.

"Aah." Ringkas jawapan lelaki itu. "May I know you?" Tanya lelaki itu.

"Yes. Ok. Nama saya Alya, Nur Alya Afrina." Kata Alya.

"Nama saya...."

"Alya!"

_______________________________________

"Ryan, dah lewat malam ni. Pergilah balik. Along boleh jaga Eryn. Esok datang lagi." Kata Arrys. Kasihan lihat Ryan yang asyik-asyik terlelap saja.

"Eh, tak apalah. Ryan ok." Tolak Ryan.

"Tak payah mengada. Korang berdua boleh balik. Boleh aku jaga Eryn." Sengaja sahaja Farish mengenakan Ryan.

"Kau jangan, isteri aku ni." Ryan sudah naik berang manakala Farish sudah tergelak seperti orang gila. Arrys juga tertawa perlahan.

"Aku tahulah." Jawab Farish dengan ringkas.

"Macam ni lah. Along hantar Ryan. Biar Farish jaga Eryn sekejap. Kejap je tak lama. Lepas hantar Ryan, along pergi hospital." Cadang Arrys.

"Kereta Ryan macam mana pula?" Tanay Ryan.

"Sebenarnya, aku nak pakai kereta kau. Kitorang datang sini pun naik kereta Rys. Takkan aku nak duduk satu kereta dengan dia lagi kot." Kata Farish.

"Aku pun tak nak kau jadi abang ipar aku. Tak apa lah, esok lepas kerja, aku ambil kereta aku kat sini." Kata Ryan.

"Kedekut." Kata Farish.

______________________________________

Keesokan harinya,

"Hmmm.... Mama, mama ingat along tak?" Tanya Ryan sebelum Tengku Rashid turun.

"Along mana ni?" Tanya Tengku Rina pula.

"Tengku Nurul Arrys..."

"Banyak kali papa kata, jangan pernah sebut nama tu! Kenapa Ryan ni?!" Tiba - tiba papa muncul disebalik pintu dapur.

Tapi macam mana papa marah dia, dia tetap anak papa. Darah daging papa." Ryan mula pertahankan Arrys.

"Dia pilih jantan tu, lepas tu lari dari rumah, jantan tu tinggalkan dia, terhegeh-hegeh nak balik sini. Jangan harap. Papa dah benci dia. Atas apa yang dilakukan oleh dia. Papa tak ngaku anak papa. Malu papa ni nak letak mana. Nak sorok mana muka papa. Dia sengaja menconteng arah ke muka papa dengan mama." Kata Tengku Rashid dengan marah.

"Lepas itu, papa ambil Ryan sebagai anak angkat papa. Ryan sedih papa. Sanggup buang darah daging dan ambil darah daging orang lain. Ryan lagi sedih papa pilih malu dari anak sendiri. Ryan tak tahu nak cakap apa." Kata Ryan. Tengku Rashid dan Tengku Rina tercengang.

____________________________________

Yow,yow,yow apa cerita. Saje update panjang 700+ words tak panjang sangat. Maybe after this will be more busyy. Sorry kalau lepas ni you guys terpaksa tunggu lama.

Vote★
Comment ~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now