Bab 22 - Tolong!

2.8K 113 7
                                    

"Apa awak nak buat ni?!" Tanya Eryn dengan marah sambil berjalan ke belakang.

"Janganlah, marah. Sayang." Kata Aniq sambil tersenyum jahat.

"Dahlah, Aniq. Kita dah tak ada apa-apa. Hentikan semua ni." Rayu Eryn.

"Kenapa awak tinggalkan saya?! Apa kurangnya saya dengan Ryan. Kalau awak nak saya jadi romantik, saya boleh jadi romantik macam dia. Malah lebih lagi. Saya cintakan awak dulu. Saya kenal dengan awak dulu. Saya yang tolong awak lupakan Adam. Kita pernah janji kan. Nak kahwin." Kata Aniq dengan suara sayu. "Lepastu, Ryan datang, senangnya dia rampas awak daripada saya!" Suara Aniq bertukar menjadi marah.

"Ya." Balas Eryn sambil menutup matanya dan dahinya berkerut. Aniq melihat Eryn. "Kita pernah janji." Sambung Eryn lalu membuka mata dan melihat Aniq. "Tapi bukan jodoh. Awak kena terima. Kita pernah janji nak kahwin tapi saya tak boleh. Saya minta maaf. Tolonglah jangan ganggu kami lagi. Saya percaya yang awak akan jumpa perempuan lebih baik dari saya. Let me go." Kata Eryn. Aniq tidak puas hati dia menarik lengan Eryn ke salah sebuah bilik. Aniq mengunci pintu bilik. Alya masih bersama Ryan diruang tamu. Sudah banyak kali Eryn bertanya. "Aniq awak nak buat apa ni?" Tetapi Aniq tetap diam. 

"Saya nak rosakkan awak! Bila awak dah rosak, memang confirm lah Ryan tak akan suka awak. Macam saya tak tahu dia belum sentuh awak lagi kan." Kata Aniq Lalu tergelak. Eryn terdiam dan memandang lantai. Aniq memandang Eryn. Dia dapat menangkap sesuatu.

"No!" Jerit Aniq dengan kuat. Alya juga turut mengeluh. Kerana jeritan Aniq boleh mengejutkan Ryan. Habislah perancangan mereka. Alya meninggalkan Ryan dan terus pergi ke bilik di mana ada Aniq dan Eryn.

"No, no, no! Jangan cakap dia dah sentuh awak!" Alya dapat mendengar perbualan mereka terus dia menyepak pintu itu sehingga terbuka dan serbu Eryn.

"Woi, perempuan!" Jerit Alya. Eryn hanya melihat ke arah Alya, begitu juga Aniq.

"Kau ni memang perempuan murahan eh?!" Marah Alya.

"Aku yang perempuan murahan ke kau? Sekurang-kurangnya Ryan dah seratus peratus milik aku. Kau tu tidur dengan Aniq tak malu pula!" Balas Eryn. Alya geram lalu menyerang Eryn. Aniq hanya menjadi penonton.

"Tolong! Tolong! Aaaaaa!!!!!!!" Jerit Eryn sambil membalas pukulan Alya.

"Tak ada siapa nak tolong kau." Kata Alya lalu tergelak.

Tiba-tiba seorang lelaki dan seorang perempuan datang. Lelaki itu mula bertumbuk dengan Aniq. Perempuan itu pula menyerang Alya yang memukul Eryn.

Ryan juga turut terjaga di sofa di ruang tamu. Dia memegang belakang kepalanya. Berdarah. Dia dengan tidak larat menaiki tangga apabila mendengar kekecohan. Disebalik pintu ternampak mereka berempat. Dengan sedaya upaya yang ada dia menyorok dan menelefon polis.

"Tolong. Ada kes rompak. Tolong datang dengan segera." Kata Ryan sambil berbisik. Tiba-tiba, Aniq ditumbuk dan jatuh ke sebelah Ryan. Dia sempat merampas telefon Ryan dan hempaskan ke lantai. Pecah telefon Ryan. Aniq dengan muka berlebam, ingin menumbuk Ryan tetapi. Lelaki yang tidak dikenali tadi terus menolaknya. Aniq dengan lemah bangun menyentuh luka dibibir dan memegang siku.

"Alya, jom pergi!" Kata Aniq.

"Nantilah. I tak puas lagi pukul diorang ni." Balas Alya dengan suara tergedik. Lelaki tadi menolak Alya sehingga jatuh tepat-tepat di sebelah Aniq.

"Hish! Pesal you ni dayus sangat?" Soal Alya dengan tergedik. Tetapi apabila melihat muka lelaki itu....

"Oh my! Handsomenya dia!!" Gumam Alya.

"Ok takpe. Tapi ingat, you! Adalah my next target!" Awal-awal sudah Alya warning sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah lelaki tadi. Dasar player!

Mereka berlari meninggalkan rumah apabila terdengar siren dari kereta polis yang berdekatan.

"Thanks, Haikal." Kata Ryan. Perutnya masih rasa senak raaa disepak.

"Eryn tak apa-apa ke?" Tanya Ryan.

"Dia ok. Kak Lyn ada dengan dia." Jawab Haikal.

"Mari saya bawa boss ke hospital." Ajak Haikal.

"Suruh Kak Lyn dengan Eryn ikut." Pesan Ryan.

"Kak Lyn!" Panggil Haikal. Kak Lyn dan Eryn muncul di muka pintu.

"Jom pergi hospital." Kata Haikal.

****************************

Hey readers!!! I am really sorry for the late update.... Haikal dengan Kak Lyn ni siapa pula ya? Apa plan Aniq dan Alya ni?? Apalah nak jadi ya? Saksikan nanti kedatangan orang baru. Takdela baru sangat. Tapi karekter dia kurang pula.

Keep voting★
Keep comment~

Suamiku Mr. RomanticHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin