Bab 3 - Salah Faham

3.7K 160 3
                                    

"What?! Awalnya! Saya tak sedia! Orang yang nak kahwin boleh tunggu 6 bulan. Tapi orang kena kahwin paksa kena tunggu 6 hari. Apa ni?" Rungut Eryn.

"Entahlah. Mama saya kalau dia kata A, A lah. Tak boleh langsung tukar jadi B. Saya nak tanya ni, awak sekolah lagi tak?" Tanya Ryan.

"Sekolah. Tahun depan last sebab saya ambil diploma." Jawab Eryn. Dengan gaya over.

"Ohh kat ILP la ni.... Awak ada boyfriend?" Tanya Ryan. Nak tahu juga. Bakal isteri dia ni, dah berpunya ke?

"Tak ada. Awak pula?"

"Tak ada. Cuma ada ex girlfriend je. Hmm... Ni nak belok mana ni?" Tanya Ryan apabila jumpa simpang.

"Oh.. kanan." Jawab Eryn.

"Hmm.. Eryn. Mama saya kata lagi dia dan mama awak dah edarkan kad kahwin kita dekat sekolah awak, dan tempat kerja saya. Itu bermakna semua orang dah tahu tentang kita." Kata Ryan.

"Hah?! Kenapa cepat sangat?" Tanya Eryn. Ryan hanya mengangkat bahu.

"Dah sampai. Nanti jangan lupa nak pergi beli persiapan kahwin." Kata Ryan.

"Thanks. Ok. Pukul 3 nanti saya free. Awak ambil ya. Ok bai." Balas Eryn lalu keluar dari kereta.

Selepas Eryn masuk ke dalam rumah, Ryan sandar di kerusi pemandu.

"Ya Allah. Aku suka dia. Indahnya dunia dapat memiliki seseorang yang aku sayang." Ryan memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Lalu dia terus menuju ke syarikat milik bapanya. Dia bekerja sebagai CEO syarikat RR Company.

Setelah masuk ke dalam syarikat bapanya, semua staff di situ mengucapkan, 'Selamat di ijab kabul kan, bos.'

Semasa Ryan membuat kerja, seorang perempuan cantik, free hair dan pakaiannya seksi seperti tak cukup kain masuk ke dalam pejabat Ryan.

"Ryan Idham!" Panggil perempuan itu lalu menuju ke arah Ryan. Dan duduk tanpa di jemput.

"Nak apa lagi Alya?" Tanya Ryan matanya masih melihat file kerja. Tak sanggup tengok perempuan bernama Alya itu dengan baju tak cukup kain. Terdedah sana, terdedah sini.

"Apa ni?!" Marah Alya sambil melemparkan sekeping kad kahwin  Ryan. Lagi panas hatinya apabila yang nak kahwin tu Ryan.

Di jemput hadir:
Nur Alya Afrina dan keluarga

Tuan/Puan/Cik/Encik/Dato'/Datin

Ke majlis perkahwinan putera kami dengan pilihan hatinya Nur Eryn Elisa

Ryan Idham ❤ Nur Eryn Elisa

Pada 6 Ogos 2015 pada pukul 9:00 pagi. Doakan mereka bahagia hingga hujung hayat mereka.

Lagi panas hati Alya. Kenapa Ryan pilih Eryn, dan bukan dia? Siapa Eryn tu pun dia tak tahu.

"Apa masalah nya? Alamat rumah pun ada. Semua complete and lengkap." Ryan jawab dengan selamba.

"Salah pengantin. Patut nya Ryan Idham ❤ Nur Alya Afrina. Bukan Nur Eryn Elisa." Kata Alya dengan gedik.

"Betul lah. My future wife name is Nur Eryn Elisa."

"Ryan. I love you..." Belum sempat Alya mahu habiskan ayatnya, Ryan sudah bersuara.

"Jangan pernah sebut perkataan tu pada I. Yang boleh sebut perkataan tu hanya my wife je. Sebab perkataan tu sangat jijik jika u yang cakap."

"Ryan. I minta maaf. I kena perangkap. Bukan I yang nak. Sorry sayang." Alya dengan gediknya mengungkit kisah lama. Sambil bermain dengan jari jemari Ryan. Namun Ryan menarik tangannya.

"I nak pergi. Bai. Banyak lagi barang yang belum siap untuk perkahwinan." Ryan sudah menutup file kerja dan mula bangun.

"I nak ikut." Alya terus bangun mengikut langkah Ryan. Dia ternampak seseorang berjalan menuju bilik pejabat Ryan lalu Alya pura pura jatuh di atas Ryan dan Ryan menyambut. Lalu seseorang membuka pintu.

"Ryan, mama nak..." Kata kata Rina mak kepada Ryan terhenti melihat perbuatan itu.

*******************

Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now