Bab 9 - Terbongkar

2.9K 140 0
                                    

Keesokan paginya, Ryan cuba untuk membuka bilik bawah tetapi berkunci. Dia pun hanya membuat lagak biasa ke dapur. Dia tanya Tengku Rina, "Mama, kenapa bilik bawah kunci?"

"Mama dah kunci sebab bilik bawah dah jadi stor." Jawab Tengku Rina selamba. Ryan mengangguk.

"Mama, Ryan rasa Ryan rindu Eryn sebab semalam Ryan nampak Eryn dekat persekitaran rumah kita." Terus terang Ryan berbicara. Tengku Rina berhenti menyedok nasi goreng ke pinggan dan memandang Tengku Rashid. Tengku Rashid juga berhenti membelek surat khabar dan memandang Tengku Rina.

"Ohh... Biasalah tak boleh lagi nak lupakan. Papa faham." Tengku Rashid mencelah. Ryan cuma makan seperti biasa.

Selepas makan, Tengku Rina dan Tengku Rashid ada hal. Jadinya, mereka terpaksa ke tempat kerja dengan segera.

"Ryan tak nak ikut?" Tanya Tengku Rina tenang.

"Tak. Ryan ada banyak kerja nak buat." Jawab Ryan biasa.

"Kerja? Kerja apa?" Tanya Tengku Rashid pelik. Setahunya, Ryan bekerja sebagai CEO syarikat RR Company dan bekerja dengannya.

"Proposal. Banyak lagi kena tandatangan." Bohong Ryan. Dia mahu tahu apa yang tersirat di dalam bilik bawah.

"Ouh. Ok. Papa dan mama pergi dulu." Kata Tengku Rashid walau masih ada rasa ragu ragu dengan keputusan anak lelakinya.

Selepas memastikan Tengku Rashid dan Tengku Rina sudah tiada, Ryan mula mencari kunci bilik bawah. Eryn yang masih dalam bilik bawah sudah pucat darah apabila mendengar Ryan tidak ikut ibubapanya keluar. Inilah padahnya bangun lambat.

Apabila Ryan sudah jumpa kunci tersebut, dengan tergesa gesa dia membuka pintu. Eryn tidak tahu mahu buat apa. Dia hanya terlentang atas katil sorok bawah selimut.

Akhirnya, Ryan dapat membuka pintu bilik tersebut. Dia terus masuk. Dia cari Eryn disekeliling namun tiada. Tiba-tiba, dia ternampak kaki seseorang di bawah selimut di atas katil. Terus Ryan menarik selimut tersebut. Eryn pasrah. Dia hanya redha apa yang akan jadi.

"Eryn? What are you doing here?" Tanya Ryan lembut. Eryn dengan laju duduk di tepi katil.

"I'm sorry. I know after what I did to you..." Kata kata Eryn terhenti.

"Saya tanya awak buat apa kat sini?" Ryan mengulang soalannya.

"Saya tumpang rumah mak ayah awak." Jujur Eryn.

"Whyy?" Tanya Ryan.

"Sebab atas apa yang saya buat dekat awak. Mak ayah saya buang saya." Jawab Eryn. Mukanya pandang ke bawah.

******************

Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now