Bab 14 - Termenung

2.7K 138 3
                                    

Keesokan paginya, Eryn seperti tak ada mood. Dia selalu mengelak dari berjumpa dengan Ryan. Alasan hanyalah ada perkara penting perlu dilakukan. Hari berganti hari, akhirnya,Eryn sudah tekad mahu berbincang tentang kahwin dengan Ryan. 

Eryn pun keluar, tepat-tepat semasa Eryn keluar, Ryan diruang tamu.

"E-eryn." Panggil Ryan. Dia sedikit ragu-ragu adakah perlu untuk memanggil Eryn pada waktu ini. Bukan apa, sudah berapa kali dah Eryn mengelak diri daripadanya.

 "Ni, kita kena bincang tentang hal kita." Kata Ryan. Eryn mengangguk dan menuju ke tempat Ryan duduk.

"Ok. Pertama, kita kena pergi ukur baju. Baju pengantin." Sambung Ryan.

"Selepas itu, kita kena set  tarikh akad nikah." Hanya suara Ryan sahaja yang bercakap. Eryn hanya termenung. Tidak tahu lah sama ada dia dengar ke tidak.

"Then, kita kena buat kad jemputan kahwin lagi. Persiapan kahwin kena beli. Hantaran pun kena beli juga tau. Tema pun tak ada lagi tu. Banyak lagi benda yang kita kena buat tau."Kata Ryan lagi.

"Eryn, dengar tak?" Soal Ryan apabila Eryn hanya diam di situ dan tidak memberikan apa-apa respon.

"Hah? Dengar. Pukul berapa kita nak ukur baju? Nanti awak panggil saja saya. Semua saya akan settle kan. Nanti awak panggil je. Pukul berapa nk beli hantaran dan pukul berapa nak buat semua tu. Saya masuk bilik dulu tau. Assalamualaikum." Memandangkan maih lagi pagi, jadi Eryn mahu berehat. Kemungkinan nanti dia akan dengar saja apa yang Ryan cakap.

Selepas solat zuhur, Ryan terus mengetuk pintu bilik Eryn.

"Eryn, awak dah siap ke belum? Saya nak ajak awak ni. Memandangkan banyak benda yang perlu kita beli, kita gerak awal." Kata Ryan. Eryn membuka pintu. Ryan sungguh terkejut dengan penampilan Eryn yang sangat cantik di matanya.

"Ok, jom." Terus Eryn berjalan menuju pintu keluar diikuti Ryan.

Semasa di mall, Eryn banyak termenung. Ryan tidak mahu mengganggu privasi Eryn. Jadi, dia belum lagi menanyakan soalan tentang itu.

Semasa memilih baju di salah satu butik pengantin terkenal di itu, Eryn  hanya berdiri dan termenung. Biar tukang jahit baju yang membuat kerjanya. 

Selepas Ryan dan Eryn siap diukur, tukang jahit bertanya, "Baju nanti warna apa?"

"Eryn, awak nak warna apa?" Rya bertanyakan soalan itu kepad Eryn. Tetapi Eryn masih termenung.

"Eryn? Eryn?!" Panggil Ryan. Suaranya ditinggikan sedikit. Dia juga sedikit geram dengan Eryn.

"Hah, ye?" Tanya Eryn.

"Awak nak warna apa??" Tanya Ryan masih lagi bersabar dengan perangai Eryn yang kerjanya asyik termenung saja.

"Ermm..... warna putih je." Jawab Eryn.

Masa mereka dipusat beli belah lama la juga. Dari pukul 2 hingga pukul 5 petang. Masih ada banyak benda lagi untuk dibeli. Tetapi Ryan kasihankan Eryn yang penat berjalan mereka pun pulang.  

Di dalam kereta, 

"Eryn, saya nak tanya awak ni. Kenapa sejak dua menjak ni kerja awak asyik termenung je?" Tanya Ryan. Dikala itu, Eryn baru habis termenung. Baru nak sambung, Dah di tanya soalan.

"Tak ada apa. Cuma saya kurang sihat sikit." Jawab Eryn. 

"Dengan orang lain. Awak boleh tipu. Tapi bukan dengan saya. Baik awak jujur dan berterus terang. Itu jalan yang paling mudah." Kata Ryan.

"Sebenarnya, saya terfikir tentang mama dan papa saya. Diorang ingat saya lagi tak, lepas buang saya?" 

***************

Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz