Bab 31 - Sanggup ke?

1.9K 84 4
                                    

Sudah beberapa minggu Ryan menghilangkan diri. Ibubapa Ryan juga sedih atas perlakuan Ryan. Tetapi itu juga bukan salah Ryan.

Tengku Arrys pula? Dia sudah beberapa kali datang ke rumah Tengku Rashid dan Tengku Rina. Tengku Rashid terlalu berat untuk menerima Tengku Arrys kembali.

Sedang Ryan melawat Eryn, tiba-tiba Farish masuk ke dalam wad Eryn sambil membawa makanan. Hampir jatuh makanannya apabila melihat Ryan di dalam wad itu.

"Yan." Perlahan Farish menyebut nama Ryan. Sungguh dia bersyukur dapat berjumpa dengan lelaki yang selama ini hilang tanpa jejak apatah lagi khabar berita.

"Far." Ryan yang terdengar seakan ada orang memanggilnya terus menyebut nama pemanggil itu.

Sebelum Ryan bangun, Farish menyerbu Ryan. Dia meletakkan makanan.

"Yan. Mana kau hilang sebelum ini?" Tanya Farish.

"Aku rasa tak sesuai untuk kita cerita di sini. Jom, pergi somewhere." Balas Ryan. Kebetulan Tengku Arrys juga baru masuk ke dalam wad.

Tengku Arrys kaku. Tetapi dia tetap mahukan penjelasan daripada Farish. Dia faham akan perasaan Ryan. Jadi, dia membenarkan mereka pergi tanpa berkata apa-apa.

_______________________________________

"Aku rasa aku tak boleh, Far. Susah aku nak cakap ni. Aku harap sangat semua faham. Kau jangan desak aku. Aku memang sakit hati juga. Tapi aku tak rasa aku boleh kembali pada mak ayah aku. Diorang dah buang along, Far. Aku nak kitorang bersatu. Seperti keluarga di luar sana." Kata Ryan sambil melihat keindahan pantai dan berdiri di atas pasir. Cuaca pun redup. Manakala Farish pula duduk di atas batu yang berhampiran dengan Ryan. Ryan tidak memandang langsung muka Farish ketika bercakap.

"Kau tak boleh salahkan diorang juga. Aku pun tak nak masuk campur hal keluarga korang ni. Aku berharap sangat aku boleh tolong tapi tak boleh." Farish bersuara perlahan.

"Kau kena tolong aku. Aku ada satu cadangan." Kata Ryan. Dia menoleh ke arah Farish dengan muka simpati.

"Kahwin dengan kakak aku."

"Weyh!" Jerit Farish.

"Ya Allah. Mana boleh weyh. Mungkin dia lebih tua dari aku. Aku dengan kau pun tua setahun saja." Sengaja Farish memberi alasan walaupun memang dia suka dengan Tengku Arrys.

"Weyh. Dia sebaya dengan kaulah." Balas Ryan.

"Errr..." Farish semakin hilang kata.

"Okay. Aku kahwin dengan dia." Farish bangun lalu melangkah pergi. Ryan yang mendengar, memanjatkan kesyukuran kepada Allah lalu mengejar Farish.

"Far. Terima kasih weyh." Ucap Ryan sambil berjalan.

"Tak apalah. Mana tahu kakak kau jodoh aku ke." Sengaja Farish berkata begitu lalu terus berlari ke keretanya.

"Far, Far." Kata Ryan sebelum menuju ke arah keretanya juga.

________________________________________

Di hospital,

"Rys, Far nak jumpa Rys dekat kafe bawah ni." Pinta Farish. Tengku Arrys memandang Tengku Ryan. Tengku Ryan mengangguk tanda pergilah.

"Okay." Jawab Tengku Arrys. Dia mengekori langkah Farish sehingga ke sebuah meja. mereka hanya memesan dua gelas jus sebagai pembasah tekak jika mereka berbual.

"Okay. Pertama Far nak cakap tentang kita." Farish terus mulakan bicara.

"Tentang kita? Kita kan kawan." Balas Tengku Arrys. Farish mengeluarkan sebuah kotak berwarna merah yang bersaiz kecil dan berbentuk hati. Farish membukanya dengan muka berharapan maka muncullah sebentuk cincin permata.

Sebenarnya Farish sudah lama jatuh cinta dengan Tengku Arrys. Sudah lama fikir ingin melamar. Hari inilah harinya.

"Far, keluarga Rys kan..."

"Far tahu tapi Rys kena bagi peluang untuk kita." Kata Farish.

"Okay. Rys setuju. Rys harap ini benda betul yang Rys akan buat dan I really hope I will never regret it." Kata Tengku Arrys.

"Don't worry, dear. You won't." Kata Farish lalu mereka berdua pergi ke wad Eryn.

________________________________________

"Eryn, it's been a month. I miss you so much, darling. Please, wake up. I need you, sayang." Ucap Ryan menahan rasa peritnya tanpa Eryn di sisi.

"Ryan, tolong I." Alya muncul di sebalik pintu wad Eryn.

"You tak nampak ni ke?" Tanya Ryan sambil menunjuk ke arah Eryn.

"I know. But please." Rayu Alya. Ryan bangun lalu mengekori langkah Alya. Dia sempat menghantar mesej kepada Farish:

Farish, aku keluar kejap. (Kalau dalam masa satu jam aku tak balik, kau call polis) 👈 sekadar gurauan. Seronok kau dating dengan kakak aku eh😜😜😜.

Send!

"Text siapa?" Tanya Alya semasa merada di dalam lif.

"Oh ya, my friend." Jawab Ryan. Mereka membisu. Sampai di sebuah kafe yang berdekatan dengan hospital.

Mereka memesan air yang sesuai dengan tekak. Mereka mula berbicara apabila pelayan perempuan yang asyik merenung Ryan tadi pergi.

"Okay. Now what?" Soal Ryan.

"Aniq. Dia.... I don't know what's wrong with him." Kata Alya.

"Means?" Tanya Ryan tidak faham.

"Haritu, I ada jumpa seorang mamat hot ni tau. Lagi hot dari Aniq. Bila dia pandang I, Aniq marah I depan orang ramai you. Dia kata, 'you jangan menggatal eh!'." Cerita Alya dengan gaya mengejek Aniq.

"Maybe dia jeles." Kata Ryan.

"Jeles? Cinta hati dia Eryn lah. Bukan I." Balas Alya selamba.

"Ehem!" Sengaja Ryan berdrhem menyedarkan kesilapan mereka.

"Sorry!" Lalu Alya tertawa kecil. Entah apa yang lawak, Ryan ikut ketawa bersama.

Seseorang memerhati mereka dari jauh. Penuh dengan perasaan marah, benci dan dendam.

"Dia, aku punya!" Marah seseorang lalu mengoyakkan gambar Ryan dan Alya di bahagian tengah. Memisahkan mereka. Gambar Alya di simpan dalam poket tetapi gambar Ryan di koyak sehingga menjadi sampah yang tidak berguna.

"Satu hari nanti!" Seseorang itu berkata lagi sambil mengeluarkan sebilah pisau yang kecil tetapi tajam.

_______________________________________

Selama berminggu juga saya menghilang. Sorry lama tak up. Ni hw x siap lgiiii. Belanja satu bab 850+ ni. Btw, siapa laki tu??😵😵 Bila Eryn nak sedar? Ryan dengan Alya akan rapat ke?? I need your opinion. Nak Ryan dengan siapa? Eryn? Alya? Batrisya? Or waiter tadi? Ahaks. Nak Eryn dengan siapa? Ryan? Haikal? Aniq? K di sini saja.

Vote ★
Comment ~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now