Bab 16 - Janji

2.8K 135 4
                                    

"Okay, sekarang mana barang-barang persiapan kahwin yang Ryan beli tadi?" Tanya Tengku Rina.

"Dalam kereta. Nanti Ryan ambil." Jawab Ryan.

"Tak payah. Suruh je Pak Mat atau Mak Mah ambil." Kata Tengku Rina. Barang yang dibeli boleh dikatakan banyak. Kerana hampir 3 jam mereka di dalam pusat beli belah.

Tiba-tiba, terdengar Eryn batuk di dalam bilik. Ryan terus mendapatkan Eryn. Begitu juga dengan Tengku Rina.

"Eryn, ok tak?" Tanya Ryan. Sungguh lelaki itu risau tentang Eryn.

"Jangan risau saya ok. Cuma pening sikit." Jawab Eryn lalu duduk. "Dah jomlah bincang pasal kahwin." Sambung Eryn lagi.

"Tak payahlah awak tak sihat sangat, nanti lepas awak betul-betul sihat kita bincang ya." Pujuk Ryan.

"Ryan, Ryan tak bagi Eryn makan ke sampai pengsan?" Tanya Tengku Rina yang dari tadi membisu.

"Eh, Ryan bagilah." Jawab Ryan.

"Betul tu, aunty. Dah Eryn tidur dulu lah." Kata Eryn lalu baring dan mencapai selimut kerana penghawa dingin di dalam bilik itu terpasang. Ryan juga menolong selimutkan badan Eryn.

1 bulan kemudian...

Hari penting bagi Ryan dan Eryn telah pun tiba. Kelihatan ramai orang yang datang. Datin Arina dan Datuk Ahmad bersetuju atas perkahwinan mereka. Akad nikah dibuat di rumah pengantin perempuan iaitu Eryn. 

"Muhammad Ryan Idham Bin Muhammad Rasyid,"

"Saya." 

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Eryn Elisa Binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM500 tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Eryn Elisa Binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM500 tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

Dengan sekali lafaz, Eryn sudah menjadi isteri Ryan yang sah. Tidak tahu mengapa kepala Eryn pening dan semasa akad nikah juga dia dengar samar - samar. Eryn tetap kuatkan diri apabila melihat Datin Arina dan Dato' Ahmad gembira. Dengan sekelip mata jugalah mereka terima Eryn kembali. Saat yang menggembirakan buat semua orang pada masa itu. Tetapi, tidak kepada Alya dan Aniq yang memerhati rumah ibubapa Eryn dari jauh sambil berbincang sesuatu.

"Sekarang macam mana ni? Diorang dah kahwin. Kenapa kau tak buat kerja betul-betul?" Tanya Alya sambil menahan marah.

"Macam mana? Eryn tangkap kita berdua kan. Kau tengok dengan mata kepala kau. Tapi aku rasa kita masih ada peluang sebab aku percaya Eryn tak boleh lupakan aku macam tu saja dan aku tahu yang Eryn belum pernah dan takkan pernah cintakan Ryan." Terus Aniq bercerita pula disitu.

"Aku harap apa yang kau cakap betul. Tapi kita kena juga buat sesuatu. Kita tak boleh berdiam diri sahaja." Kata Alya.

"Ok." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Aniq. Aniq pun berlalu pergi.

Dirumah Aniq, hampir semua benda rosak. Kerana marah. Aniq menolak segala benda yang ada si atas meja dibiliknya dengan marah.

Di rumah Datin Arina dan Dato' Ahmad pula, masih meriah. Pengantin telah pun masuk ke dalam bilik kerana penat. Di dalam bilik, Ryan duduk di sebelah Eryn di atas katil sambil cuba melihat muka Eryn walaupun Eryn memandang lantai. Gaya Eryn seperti menyesal atas apa yang berlaku hari ini. Menyesal berkahwin dengan Ryan.

"Eryn, saya janji dengan awak. Saya akan jaga awak sampai hujung hayat saya. Saya akan bahagiakan awak. Saya akan pastikan awak bahagia selama awak hidup dengan saya. Saya takkan lukakan awak. I love you, Eryn. Itu janji saya." Kata Ryan. Dengan perlahan Eryn memandang Ryan dengan air mata yang sudah membasahi pipi dan air mata yang berbaki di kelopak mata.

********************
Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now