Bab 19 - Pangkat

2.9K 130 18
                                    

Apabila mereka di rumah ibubapa Eryn, di dalam bilik.

"Kenapa awak nak cepat-cepat pergi dari Adam? Awak kenal dia ke? Tapi macam mana? Apa hubungan awak dengan dia?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Ryan. Seorang perempuan bernama Eryn itu mempunyai banyak sejarah gelap.

"Dia ex saya masa saya umur 15 tahun!" Hanya itu sahaja jawapan yang keluar. Sudah hampir 3 tahun dia cuba melupakan semua itu bersama Aniq. Ya! Aniq adalah lelaki yang membantunya melupakan semua itu dulu. Malah, Aniq juga menjadi sejarah hitamnya!

"Ohh... Nama sebenar awak adalah Tengku Ryan. Kenapa masa akad nikah nama awak tak ada tengku?! Kenapa awak rahsiakan? Kenapa awak... Kenapa?" Eryn yang mulanya marah, suaranya semakin perlahan. Dengan perlahan juga dia menitiskan air mata.

"Ya. Saya Tengku Ryan. Awak tu yang kenapa tiba-tiba nak marah?! Benda boleh bincang. Sengaja saya nak tengok awak ikhlas tak terima saya. Mungkin kalau saya kata saya tengku, mesti awak terima saya kan?! Saya nak tengok sejauh mana keikhlasan awak." Ryan terpaksa meninggikan suaranya kerana marahnya yang tidak lagi boleh disembunyikan. Eryn jatuh tersungkur bersama air mata. Mereka memang tahu ibubapa Eryn dengar, akan tetapi ibubapa Eryn hanya diam.

"Eryn, saya bukan nak rahsiakan semua ni, tapi saya tak layak dengan gelaran tengku tu. Eryn, saya minta maaf. Saya tak berniat nak marah awak. Tapi saya tak boleh kawal perasaan marah saya." Ryan mula mendapatkan Eryn yang jatuh. Ryan memegang lengan Eryn tetapi Eryn menarik. Eryn bangun dan terus masuk bilik air.

Ryan tahu dia perlu memberi masa kepada isterinya, dia meninggalkan sekeping nota di atas meja lalu dia keluar. Eryn yang sedar Ryan sudah pergi, dia pun mengunci pintu untuk tidak memberi Ryan masuk dalam bilik. Dia ternampak sehelai sticky note yang dilekatkan di atas meja dia membaca,:

Sorry, sayang. Saya tahu saya salah. Saya akan bagi awak space. Take your time. Mungkin apa salah yang saya buat terlalu berat. Ambil lah berapa banyak masa, saya tetap menunggu. Sorry, again.

Eryn menangis lagi apabila membaca semua itu. Dia baring di atas katil dengan berselimut walau kipas atau aircond tidak dipasang. Lama-kelamaan, Eryn tertidur.

Ryan diruang tamu ditemani oleh kedua ibubapa mertua nya.

"Ryan, Eryn mana? Dah pukul 3 petang tak keluar bilik." Tanya Dato' Ahmad.

"Tadi gaduh sikit." Ryan sedikit ragu untuk memberitahu.

"Tahu. Pergi panggil dia." Arah Dato' Ahmad. Tanpa banyak alasan, Ryan pergi. Terkejutnya apabila pintu bilik dikunci. Ryan bertanya kepada Dato' Ahmad,

"Papa, ada kunci tak untuk bilik Eryn dan Ryan. Dia kunci pintu. Ryan risau lah pula." Kata Ryan.

"Ada. Ambil lah dekat sebelah bilik mama dan papa ada tempat gantung kunci. Ambil yang tempat gantung kedua." Orang lain yang ditanya, orang lain yang menjawab. Datin Arina terus menjawab.

"Ok. Terima kasih." Ucap Ryan lalu mengambil kunci tersebut dan buka pintu biliknya. Dia pergi ke katil dan membelai rambut Eryn. Dalam masa yang sama dia terasa suhu badan Eryn yang sangat panas.

"Allahu akbar!" Ryan tergesa-gesa mencari sapu tangan lalu dibasahkan dan lap seluruh muka Eryn bagi mengurangkan haba. Ryan keluar untuk memasak bubur buat isteri tercinta.

Setelah masak, Ryan masuk ke dalam bilik dan mengejut Eryn.

"Eryn, bangun. Makan sikit. Tadi awak tak makan pun. Awak demam ni." Kejut Ryan perlahan. Eryn membuka mata dan duduk. Muka nampak pucat. Ryan menyuap Eryn makan bubur nasi.

Setelah makan ubat, Eryn terus baring dan memejamkan matanya. Ryan meletakkan bubur dan penadol di meja di tepi katil. Ryan membelai rambut Eryn perlahan.

"Saya nak awak tahu saya sayang awak. Saya tak bermakna sakitkan hati awak. Saya minta maaf sangat-sangat. Kalau awak nak tahu, saya anak angkat je. Saya bukan betul-betul berasal dari keluarga tu. Saya tak patut marah awak. Saya tahu hati awak terluka sebab saya. Tapi, saya tak nak awak benci saya.... Tapi, janji tetap janji. Terpulanglah apa awak nak rasa terhadap saya. Tapi, saya tetap sayang awak." Ucap Ryan dengan perlahan seperti berbisik sambil membelai rambut Eryn. Setelah habis bercakap Ryan mengambil makanan untuk menghantar ke dapur.

Dalam diam, Eryn terdengar. Dia.... membisu, terkelu, terharu. Tidak pernah dia mengenali lelaki seromantik Ryan. Bersabar dengan dirinya. Dia takut kehilangan Ryan. Apabila Ryan berkata begitu, air matanya turun. Dia sudah sayang dengan Ryan. Dia tidak mahu Ryan tinggalkan dia.

************************

Hai guyzz, okay. Sorry dah lama tak update. Laptop buat hal. Geram pulak. Ni saya belanja bab panjang. Sorry hambar. Lepasni nak apa pulak? Sedih? Gaduh? Sweet? Atau macam mana? Hehe.... Okay tu je!

Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now