Bab 39 - I Miss You

1.1K 48 3
                                    

Hari demi hari berlalu. Perasaan rindu semakin bersarang di dalam hati. Ryan berdiri di balkoni. Merenung suasana di bumi Jepun. Dari apartment yang tinggi. Teringat reaksi Eryn apabila Ryan mengajaknya ke sini untuk first honeymoon. Tempat ini menyimpan banyak memorinya bersama Eryn. Memori paling manis. Ryan tahu pemergiannya ini dibantah keras oleh Eryn.

Flashback

"Sayang, tak nak tidur ke?" Soal Ryan.

Memandangkan sudah pukul 4 pagi. Flightnya pada pukul 6 pagi. Jika Eryn tidak tidur, susahlah dia.

"Kenapa awak pujuk saya tidur?" Eryn menanyakan soalan.

Sengaja Eryn mahu tidur lambat. Dia tahu suaminya akan tinggalkan dia pagi ini.

"Doktor kata, awak kena rest. Kalau awak tak rest, nanti awak keluar hospital lambat." Jawab Ryan lembut lalu duduk di atas katil di sebelah Eryn.

"Tak guna kalau saya keluar hospital dan awak tak ada kat sisi saya." Eryn terlepas cakap.

"Apa awak merepek ni?" Ryan terkejut tetapi dia coverline.

"Saya tak nak awak tinggalkan saya. Saya sebenarnya dah mula sayang awak. Saya tahu awak akan tinggalkan saya pagi ni. Saya tahu juga yang awak dah rasa lain terhadap saya. Saya tak nak paksa awak tapi saya juga tak nak kehilangan awak." Kata Eryn. Kata-katanya membuatkan Ryan terkejut. Sebak rasanya meninggalkan isterinya dalam keadaan begini.

"Saya tetap akan pergi tapi saya takkan tinggalkan awak. Saya harap awak setia menunggu saya. Saya pun sayang awak tapi......." Kata-kata Ryan tergantung. Ryan melepaskan nafas berat.

"Kalau awak sayang saya, awak tak akan tinggalkan saya!" Kata Eryn lalu baring mengiring membelakangkan Ryan.

"I am so sorry." Balas Ryan. Ryan terdengar tangisan Eryn. Ini yang melemahkannya.

"Memandangkan awak dah tahu, saya kena gerak sekarang jarak airport dengan hospital mengambil masa 1 jam. Saya harap awak tunggu saya." Ryan mula mengambil semua barangnya. Eryn mengintainya sedikit. Ryan berdiri di muka pintu wad.

"Assalamualaikum." Ryan keluar dan menutup semula pintu. Tangisan Eryn semakin deras. Tangan Ryan masih memegang tombol pintu yang memisahkan dia dan Eryn. Mata dipejam rapat. Hati semakin sebak. Ryan cepat-cepat menolak rasa sebak dan mempercepatkan langkah ke kereta.

Beg yang sudah dikemas itu diratap lama. Akhirnya Ryan memulakan perjalanan ke airport. Ryan melepaskan nafas berat. Hatinya mengeluh. Rasa bersalah menebal di dalam hati. Semua memori manis bersama Eryn terkenang.

Apabila semakin hampir dengan airport, Ryan hampir membuat pusingan untuk berpatah balik tetapi dia tetap teruskan perjalanannya.

Sampai di airport, dia mengetuk stereng keretanya dan meraup muka. Kesal. Tetapi tidak mungkin dia akan berpatah balik. Setiap langkah yang dibuat Ryan menggagahkan diri, menguatkan semangat walau perasaannya terseksa.

Ryan menarik nafas sedalam-dalamnya. Lagi beberapa tapak, kakinya akan berhenti tepat di hadapan kaunter untuk check in.

'Kuatkah aku?' Bisik hati kecil Ryan.

End Flashback

Walaupun hati Ryan ragu-ragu untuk meninggalkan Eryn, namun dia berjaya memijakkan kakinya di bumi Jepun buat kali kedua. Hatinya tertanya-tanya apa yang cinta hatinya sedang lakukan di sana.

'Sayang, I miss you so much.'

_________________________

"Argh!" Semua barang di atas meja solek dicampak ke bawah.

"Eryn!" Tengku Arrys berlari mendapatkan Eryn di bilik. Alangkah terkejutnya bilik Eryn amat bersepah. Diibaratkan seperti orang yang tidak tentu arah.

"Sudah, Eryn! Jangan! Tolonglah!" Tengku Arrys merampas pisau lipat daripada Eryn. Tiada cara lain untuk menghalang. Bukan kali pertama Eryn membuat kerja gila seperti itu. Disebabkan itu jugalah Eryn terpaksa duduk di rumah mertuanya sambil di jaga oleh Tengku Arrys dan Farish.

Eryn tersedar dari perkara yang dilakukannya lalu dia rebah. Jatuh ke pangkuan Tengku Arrys.

"It's almost three years, along. Eryn tak boleh tahan dah." Eryn menangis.

"Sabar, Eryn. Percayakan along nanti Ryan pasti balik. Dia sayang Eryn. Dia takkan tinggalkan Eryn." Tengku Arrys mengusap kepala Eryn.

"Along. Janji dengan Eryn satu benda." Eryn seakan merayu. Tengku Arrys membuat muka pelik.

"Kalau apa yang along cakap ni betul, tolong cakap kat Ryan bila dia dah balik, cakap Eryn dah tak ada." Mata Tengku Arrys terbeliak. Kerja gila apa pula selepas ini. Dari posisi baring, Eryn duduk.

"Eryn tak bunuh diri betul-betul tapi Eryn tak nak dia tahu Eryn hidup lagi. Eryn penat tunggu dia. Eryn tahu memang tak patut. But I'm tired please help me." Rayu Eryn. Tengku Arrys mendiamkan diri. Patutkah dia berbuat begitu? Nak tipu adik sendiri kott. Bukan senang.

Melihat Tengku Arrys mendiamkan diri. Muncul satu idea yang akan buatkan Tengku Arrys setuju dengannya.

"Kalau along tak nak tolong, Eryn bunuh diri betul-betul." Eryn merampas kembali pisau lipat di tangan Tengku Arrys. Tengku Arrys terkejut apabila Eryn meletakkan pisau tersebut di pergelangan tangan sebelah kiri.

Tengku Arrys cuba untuk merampas.

"Eh, Eryn, lepaslah! Gila ke?!" Tengking Tengku Arrys membuatkan Eryn tersentak.

"Tak ingat Allah dah?!" Eryn semakin berkasar. Akhirnya pisau tersebut terhiris di lengan Eryn. Bajunya menampakkan kesan. Darah berlumba-lumba keluar.

"Ya, Allah, Eryn!" Tengku Arrys gelisah. Tidak tahu mahu buat apa. Mata Eryn semakin kabur dan akhirnya tertutup.

"Mama!"

____________________________________________________

Hi, guys!! Sorry lama tak update. In shaa Allah sis update dua bab hari ni.Tak janji au! Apa jadi tu? Teruskan menunggu dan membaca. Korang, sis ingat nak buat ending dia tergantung. Amacam? Ok tak? Comment pendapat korang. Kalau salah or typo, mohon maaf!

Vote#

Comment~










Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now