Bab 29 - Kau?!

2.1K 94 9
                                    

Terbayang kata - kata Doktor Irfan yang menerangkan tentang keadaan Eryn di kepala Ryan.

Flashback

"Keadaan isteri encik agak serius. Kepalanya terhentak kuat di bahagian belakang. Apa yang saya nak cakap ni, saya harap encik tabah." Doktor Irfan berasa serba salah untuk meneruskan bicara mereka.

"Kenapa doktor?" Ryan mula berasa tidak sedap hati.

"Buat waktu sekarang, isteri encik dalam keadaan koma. Bayi yang berusia 1 bulan yang dikandungkan oleh Puan Eryn tidak dapat diselamatkan." Doktor Irfan tidak mampu meneruskan kata - kata apabila Ryan kaku, terkejut, sedih, semua ada. Mata Ryan juga mula berkaca. Ryan menundukkan kepalanya.

"Dan..." Ohh.. tak habis lagi seorang doktor ni bercakap. Ryan memandang Doktor Irfan dengan air mata yang penuh di kelopak mata.

"Dan kemungkinan.... amnesia. Dia akan mengalami amnesia. Semua memori di kotak ingatannya, mula... hilang. Akibat hentakan yang amat kuat." Air mata seorang insan lelaki bernama Ryan mula jatuh.

End Flashback

Pedih hatinya. Sungguh dia menyesal. Dia gagal. Gagal sebagai seorang suami dan seorang ayah. Dia rasa terlalu bodoh. Isteri mengandung pun dia tak tahu. Dia rasa serba salah. Apa yang dia nak jawab dengan mama, papa. Apa?

Sedang dia berfikir, seorang lelaki datang menyapa.

"Encik." Panggil seorang lelaki. Ryan melihat lelaki itu dengan muka marah dan terkejut.

"Kau?! Kau buat apa kat sini?" Tanya Ryan.

"Maaf, encik. Saya yang terlanggar Puan Eryn tadi." Lelaki itu mula terketar - ketar.

"Ohh... Kau langgar dia? Dulu kau bawak lari dia. Sekarang? Kau langgar dia! Kau nak dia mati ke?! Dia isteri aku. Kau ingat aku ni tembok tak ada perasaan ke?!" Ryan mula menengking lelaki tadi.

"Saya minta maaf, encik. Untuk semalam. Tapi saya betul-betul tak sengaja." Lelaki itu masih merayu.

"Kau cakap senang! Kau tahu tak apa aku hadapi, Kal. Haikal, Haikal kau seorang lelaki yang...." Suara Ryan mula perlahan.

"Yang tak guna!" Terus Ryan meninggikan suara lalu menumbuk Haikal walaupun sudah merayu. Tumbuk dengan sekuat hati menarik perhatian pengawal keselamatan.

"Encik, ada apa-apa masalah di sini?" Tanya pengawal keselamatan dengan prihatin.

"Tak-" Ryan memotong kata - kata Haikal.

"Encik, tolong bawa dia pergi saya tak nak besarkan hal." Ryan menunjuk ke arah Haikal yang terduduk di atas lantau dengan memegang tepi bibirnya yang berdarah. Ryan terus masuk ke wad yang menempatkan Eryn.

"Encik, sila beri kerjasama." Pengawal keselamatan menghulurkan bantuan dan memujuk agar Haikal pergi demi ketenteraman pesakit di hospital tersebut. Haikal tidak mengamuk. Dia hanya menurut. Dia juga terpaku pada mulanya apabila dapati dia melanggar crushnya sendiri. Ops.. ex-crush.

_______________________________________

Ryan mengambil tangan Eryn lalu menggenggamnya.

"Sayang, honey tahu. Honey salah. Nanti sayang bangun, sayang mesti tak kenal honey. Walaupun sayang tak kenal honey, honey doa supaya sayang cepat bangun. Honey rindu sayang. Honey rindu anak kita. Sayang sebenarnya mengandung. Tapi honey cuai. Honey salah. Honey tak sepatutnya buat sayang macam tu. Honey jahat. Suami dan ayah jenis apa lah honey ni? Sanggup bunuh anak sendiri." Ryan asyik menyalahkan dirinya. Air matanya perlahan jatuh.

"Suami yang baik." Satu suara yang amat dirinduinya didengar. Ryan menoleh. Kelihatan Along sedang senyum di hadapan pintu wad.

"Along. Tengku Nurul Arrys." Seorang perempuan mendekati Ryan. Sungguh rindunya pada wajah ini.

"Along rindu adik along." Kata Rys.

"Adik along banyak berubah. Dah ada isteri. Cantik pula tu." Katanya lagi.

"Along, lama along tak jenguk sini. Sibuk sangat ke duduk Jepun tu." Kata Ryan. Arrys membetulkan tudungnya.

"Along tak sengaja. Along tahu mama, papa dah buang along. Mereka anggap along tak wujud lepas along...." Tak sanggup Arrys ingin meneruskan kata - kata. Sungguh sakit dan peritnya terkenang perkara lepas.

"Along tak payah cakap Ryan tahu. Ni along balik dengan siapa?" Ryan seakan faham. Terus menukar topik.

"Dengan F... Farish."

"Assalamualaikum..." Kedengaran suara seorang lelaki. Ryan mendekatinya.

"Waalaikumussalam.." Ryan menjawab.

"Kau?!"

____________________________________

Ryan ada kakak? Arrys? Haaaa... Farish tu pehal pulak?? Siapa sedih Eryn koma? Hehehe.... Sementara masa lapang bolehlah update. Petang nanti saya dah mula sibuk. Sorry lama tunggu enn.

Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now