Bab 12-Jatuh Cinta

3K 132 0
                                    

"Alasan kau dah lapok lah wey... Aku tahu korang mana pernah janji nak kahwin korang tipu je kan? Haha, aku takkan percaya. Lagi lagi dengan kau, lelaki dayus!" Kata Aniq. Dia hampir percaya tetapi dia menahan dirinya dari percaya.

"Terpulanglah nak cakap apa, aku tak halang. Tapi sekali lagi kau kacau Eryn ni, siap kau. Dah, jom Eryn." Ajak Ryan.

"Woi! Dia aku punya lah!" Marah Aniq.

"Aku tak pernah nampak ada nama kau kat badan dia." Kata Ryan lalu tersenyum dan mengajak Eryn ke keretanya diikuti Batrisya. Aniq di situ melihat orang ramai yang melihatnya.

"Apa tengok tengok?!" Marah Aniq.

Ryan, Eryn dan Batrisya yang sudah sampai di kereta Ryan. Yang mahal lagi besar lagi berjenama terkenal.

"Abang ni siapa?" Tanya Batrisya tergedik. Gaya seperti baru jatuh cinta.

"Saya Ryan. Saya rapat dengan Eryn." Jawab Ryan. "Ni lepas ni nak pergi mana?" Sambung Ryan.

"Shopping!" Jawab Batrisya. Walaupun soalan itu ditujukan kepada Eryn.

"Shopping? Nak ikut boleh?" Tanya Ryan.

"Boleh, boleh, boleh!" Jawab Batrisya.

Mereka pun pergi ke pusat beli belah. Semasa Eryn dan Batrisya sedang memilih baju, Batrisya berbual dengan Eryn tentang Ryan.

"Weyh, Eryn. Kau dengan Ryan tu ada hubungan ke?" Tanya Batrisya. Disaat itu, Eryn terpaku.

"Dia? Mana ada. Kitaorang just kawan je. Kenapa?" Jawab Eryn dan tanya. Kawan baiknya itu jarang bertanya soalan pelik kepadanya. Lagi-lagi tentang lelaki. Batrisya yang dia kenal susah jatuh cinta dengan lelaki, tapi sekarang macam angau pula.

"Bagus lah tu. Sebab, aku dah jatuh cinta dengan dia. Aku dah angau tentang dia. Dah lah hensem, baik, badan sado, smart dan kaya. Aku harap sangat dapat kahwin dengan dia." Jawab Batrisya. Jawapan Batrisya betul-betul membuatkan Eryn berasa cemburu. Kenapa? Sebab Eryn sayang Ryan. Tapi ego sangat.

"Eh, mana boleh!" Bentak Eryn.

"Kenapa pula tak boleh?" Tanya Batrisya. Eryn terkejut dengan apa yang baru dia katakan tadi.

"Err.. sebab... haa... aku dengar dia dah ada girlfriend." Jawab Eryn.

"Setakat girlfriend. Apa aku kesah? Aku lagi menggoda dari girlfriend dia tu. No matter what, I will try to get him! Dah lah aku nak pergi kat kaunter dan tanya pasal kain ni." Kata Batrisya lalu pergi sambil membawa sehelai kain berwarna kuning langsat.

'Tu lah kau, Eryn! Ego sangat! Melepaslah kau kali ni. Kenapa lah kau tak cakap je yang kau bakal isteri dia. Ni tak, kau tahu tak betapa kecewnya Batrisya tu kalau tahu kau pilih untuk kahwin dengan Ryan tu? Asal lah bengap sangat?' Kata Eryn dalam hati. 

Sedang Eryn leka bercakap sendirian, Ryan datang secara tiba-tiba dan bertanya, "Kenapa lah awak tak terus terang je dengan dia? Settle masalah. Ni nak rahsia juga."

"Terus terang apa?" Tanya Eryn, pura-pura tak faham.

"Eleh, saya tahulah. Saya dengar semuanya." Kata Ryan selamba.

"Habistu? Awak nak saya berterus terang? Dia dah jatuh cinta dengan awak. Saya tak sanggup kecewakan dia." Luah Eryn.

"Kecewakan siapa?" Tanya Batisya tiba-tiba. Entah dari mana muncul.

"Tak, Eryn ni dapat surat tawaran belajar luar negara. Tapi dia tak tahu nak pergi tak. Kalau pergi, kecewakan saya. Kalau tak pergi, kecewakan mak bapak dia." Senang saja Ryan mereka alasan.

"dah lah. Apa-apalah. Tapi aku nasihatkan kau pergi tau." Batrisya mula memberi pendapat. 

"Dah jom keluar makan." Ryan menukar topik.

Apabila Ryan dan Eryn berjalan bersama, Batrisya selalu sempit di tengah. Sungguh dia angau dengan lelaki yang bernama Ryan. Actually, Tengku Ryan.

************************

Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now