Bab 27 - Terlambat

2.5K 96 15
                                    

' Soalan tu lagii! Berapa kali aku kena hadap?! Hish! ' kata Eryn di dalam hatinya. Sungguh dirinya penat nak jawab.

"Dahlah malas nak layan awak!" Kata Eryn lalu meletakkan makanan ikan di tepi dan bangun. Tetapi tangannya di tarik oleh Haikal.

"Eryn! Saya tanya ni." Jerit Haikal. Eryn cepat-cepat menarik lengan Eryn yang berlapik. Langkah Eryn terhenti.

"Awak dengar sini eh. Awak jangan sentuh saya macam perempuan yang awak pernah sentuh dulu!" Sedas ayat yang keluar sangat membuatkan Haikal marah sehingga mengangkat tangan. Baru sahaja Haikal ingin menampar Eryn,

"Haikal!" Satu suara garau, tegas dan kuat telah menghentikan segalanya.

"Saya yang dah lama kenal dengan Eryn belum pernah lagi angkat tangan dengan dia! Seteruk mana pun pergaduhan! Awak kenal dia tak sampai sebulan! Berani awak ya!" Ryan terus menumbuk muka Haikal dengan kuat sehingga Haikal terjatuh.

Samad iaitu pengawal keselamatan rumah ini menahan bossnya itu.

"Now, kalau kau rasa kau nak kerja, kerja. Kalau kau rasa kau nak angkat tangan, boleh blah lah wey!" Kata Ryan.

"Okay! Okay! I am sorry, ok?" Haikal mula gentar. Dia kerja situ, bukan atas harta atau duit bossnya. Bukan. Tapi sebab Eryn. Sebab ibubapanya terdesak mahukan menantu dan cucu. Dia mahu bersama dengan Eryn sehingga waktunya tiba untuk melamar Eryn. Tetapi waktu sekarang memang tak baik!

Disebabkan tiada tindak balas dari Eryn, membuatkan Haikal bertindak lebih drastik. Dia terus menarik Eryn dan suruh Eryn masuk dalam kereta. Haikal keluar dari rumah dengan memakai kereta Ryan dan membawa Eryn bersama.

"Haikal, apa yang awak nak buat ni?!" Tanya Eryn dengan nada risau dan marah. Mana tak marah dah lah dia lapar. Malam malam buta pula tu bawa dia lari.

Haikal memberhentikan kereta di depan sebuah rumah banglo. Dinding diperbuat dari batu. Banglo ini macam pernah nampak. Haikal menarik Eryn masuk. Dia tidak lupa juga untuk menyembunyikan kereta Ryan.

Entah mengapa kali ini Eryn mengikut saja. Eryn ternampak seorang lelaki dan seorang perempuan yang sudah lanjut usia. Tetapi tidak berkedut.

"Assalamualaikum... Mama, papa!" Teruja Haikal. Dia menyalam ibubapanya.

"Waalaikumussalam.... Haikal. Tak cakap nak balik. Ni dah pukul 9 dah. Ni anak dara siapa lah yang kau kebas malam malam ni!" Mula sudah Puan Nora untuk membebel. Suaminya yang sibuk membelek surat khabar hanya menggeleng.

"Anak dara ni lah bakal menantu mama!" Jawab Haikal. Semua suka.

"Kal. Saya nak jumpa awak dekat luar rumah." Eryn dan Haikal terus keluar.

"Apa ni?!" Tanya Eryn marah tetapi dalam kadar berbisik.

"Saya dah lama suka awak sebenarnya. Saya tak tahu bila nak luahkan. Mulut saya selalu terkunci bila nak cakap dengan awak. Saya sayang awak. Saya kerja bukan sebab harta. Tetapi sebab... Awak!" Haikal terus berterus terang.

"Awak dah terlambat." Itu saja perkataan yang mampu keluar.

"Maksud?"

"Eh, Eryn! Kau buat apa kat sini?" Tanya Batrisya yang baru saja keluar dari kereta di depan rumah.

"Hantar aku balik!" Terus dia masuk dalam kereta. Batrisya pun masuk. Sebelum apa-apa terjadi, semua pintu kereta termasuk bonet telah pun kunci.

"Aku balik rumah aku dan Ryan tau."

"Eh, kenapa pula?"

"Ryan dengan aku dah kahwin la."

Kereta dibrek lalu masuk ke lorong kecemasan untuk berhenti.

"Se..ejak bbila?"

"Hampir satu bulan."

"Kau! Aku rasa nak bunuh kau!"

"Kau apesal?"

"Aku suka Ryan, la ngek!"

Kereta terus dipandu dengan laju. Mereka berdua hanya menyepi. Eryn kehilangan kata. Selepas menghantar Eryn balik, cepat-cepat Batrisya balik.

Di dalam biliknya dia mencarut.

"Kawan baik tak baik, kau rampas dia dan aku akan balas!" Batrisya tersenyum sinis.

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now