Bab 44 - Tunang

1.1K 53 5
                                    

Hal semalam masih lagi bermain dalam pikiran Ryan.

Flashback

"Betul ke apa yang kau cakap ni?" Ryan berasa was-was untuk percayakan Haikal.

"Ya! DIA MATI SEBAB KAU!" Haikal mengheret Ryan ke tempat yang tiada orang lalu mula menumbuknya di bahagian muka dan perut. Ryan tidak membalas kerana masih terkejut dengan pernyataan Haikal. Akhirnya, Ryan rebah tanpa dapat membalas perbuatan Haikal.

End Flashback

Dirinya terasa bersalah. Tiga kali ganda rasa bersalah. Dia rasa bahawa dirinya sudah tidak tentu arah. Ryan berjalan ke hulu ke hilir. Nasib baik keluarganya tiada di rumah. Ryan terasa geram. Ruang tamu rumahnya, dia sepahkan.

Kemarahannya memuncak. Apabila tersedar dengan perbuatannya, Ryan melihat sekeliling dan terus keluar rumah. Entah hilang ke mana.

_________________________

"Ryan," panggil Tengku Rina. Ryan yang sedang duduk termenung itu hanya memandang mamanya.

"Tadi Puan Sri Mariyah call. Betul ke Ryan nak kahwin dengan Khayla? Diorang kata Ryan cakap nak tunang dulu." Tengku Rina memandang Ryan. Ryan hanya mengangkat bahu.

"Tapi memang Ryan ada cakap nak kahwin dengan Eryn, right?" Soal Tengku Rina. Ryan memandang Tengku Rina dengan pandangan kosong.

"Oh, sorry. I mean Khayla." Ryan hanya menunduk. Memikirkan kesalahan.

"Ryan, talk to me." Ryan still dengan keadaannya.

"Ok, fine. Kalau Ryan tak balas apa-apa. Mama sendiri akan menganggap jawapan Ryan tu yes. Mama akan uruskan majlis pertunangan Ryan.", Tengku Rina terus meninggalkan Ryan di dalam biliknya sendiri.

___________________________

"Kalau macam tu. Majlis pertunangan tu minggu depan, ya." Kata Puan Sri Mariyah menetapkan tarikh pertunangan Ryan dan Khayla.

"Ha iyalah. Memandangkan barang tunang semua dah lengkap. Termasuk cincin. Kami balik dululah , ya. Apa-apa info baru nanti kami maklumkan." Tengku Rina meminta diri manakala Tengku Rashid hanya berdiam diri dan mengiakan saja kata Tengku Rina.

Puan Sri Mariyah dan Tan Sri Fazril menghantar Tengku Rashid dan Tengku Rina ke muka pintu.

"Ni... saya nak tanyalah. Betul ke Ryan tu nak tunang dengan Khayla?" Soal Tan Sri Fazril untuk memastikan. Tengku Rina dan Tengku Rashid saling berpandangan dan terdiam.

"Apa abang punya soalan ni?" Puan Sri Mariyah memukul lembut lengan suaminya.

"Sorrylah. Tan Sri excited tu akhirnya nak kahwin juga walau tunang dulu." Tengku Rina dan Tengku Rashid hanya tersenyum.

"Kami minta diri dulu lah ya." Tan Sri Fazril dan Puan Sri Mariyah menganggukkan kepala.

"Iyalah. Kita jumpa waktu tunang jelah. Lagi 2,3 hari je."

___________________________

"Weyh. Betul ke kau nak tunang dengan adik aku tu. Kau ada tiga hari je tau nak buat keputusan." Farish menyoal tentang kepastian Ryan.

"Kalau aku tunang dengan adik kau pun. Aku boleh putuskan bila-bila masa je." Kata Ryan selamba.

"Nanti keluarga aku dapat malu." Farish menyedarkan Ryan yang dirinya being selfish.

"Entah lah, Far. Apa pun keputusan mak aku, aku ikut. Aku dah fed up. Biarlah mak aku tentukan segalanya untuk aku. Kau sendiri cakap. Mom always knows the best." Ryan masih memandang tingkap biliknya. Melihat orang ramai yang sibuk di jalan raya.

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now