Bab 26 - Sejenis?

2.7K 109 18
                                    

"Akak, akak ok tak ni?" Tanya gadis itu.

"Akak ok. Kamu tu. Ok tak? Akak minta maaf lah. Atas kelakuan lelaki tadi." Jawab Eryn.

"Lelaki tadi tu siapa? Boyfriend akak eh??" Teka gadis itu.

"Taklah. Dia driver plus bodyguard akak." Jawab Eryn. "Ni akak nak tanya nama kamu siapa?" Tanya Eryn.

"Nama saya Farah Atikah." Jawab Farah. "Akak ni susahkan diri je. Belanja saya makan. Nama akak?" Kata Farah.

"Not a big deal." Balas Eryn dengan ringkas. Makanan pun sampai. "Nama akak Nur Eryn Elisa." Balas Eryn.

"You have a beautiful name!" Ujar Farah ikhlas.

"Yes, you too!"

"Akak saya tanya ni jangan marah eh?" Kata Farah.

"Hmm." Itu sahaja yang keluar kerana Eryn sedang minum air waktu itu.

"Akak memang suka sejenis eh?" Pertanyaan Farah membuatkan Eryn tersembur air lalu tersedak. Nasib tidak kena Farah.

"Uhuk! Uhuk!" Batuk Eryn.

"Akak ok tak ni?" Tanya Farah. Eryn mengangguk.

"Terkejut je. Dah duduk." Kata Eryn. Farah duduk kembali di tempatnya.

"Mana ada! Akak bukan les lah." Kata Eryn dengan lagak berbisik. "Akak nak number phone boleh?" Tanya Eryn. Farah angguk. Nombor telefon bertukar tangan

"Akak memang bukan les. Dah ada suami dah kot adik oii." Kata Eryn. "Tapi...."

"Tapi, apa kak?"

"Tapi lelaki tadi tak tahu." Tiba tiba sahaja Farah gelak mendengar kata kata Eryn itu.

"Teruk betul dia cemburu sampai tuduh akak suka sejenis." Mendengar kata - kata Farah juga membuatkan Eryn ketawa.

"Okay. Dah dah. Makan. Lepasni akak nak balik."

___________________________________

"Awak buat apa kat tasik tadi? Apa yang sebenarnya berlaku tadi?" Tanya Ryan dengan nada tegas. Dia membelakangi Eryn.

"Apa yang jadi?" Kepala Eryn juga masuk air.

"Saya tanya awak, awak tanya saya balik?" Ryan pusing menghadap Eryn. "Haikal cerita awak jatuh. Lepastu..."

"Lepastu dia tuduh saya suka sejenis kan?" Tanya Eryn lalu gelak.

"Yang awak gelak kenapa? Saya serius tau." Kata Ryan.

"Gelak lah. Sebab cara dia cakap tu cemburu!" Eryn masih lagi dengab sisa tawanya.

"Now what?" Tanya Ryan.

"What, what?" Tanya Eryn kembali.

"Is it true?" Tanya Ryan dia duduk di atas katil berdepan dengan Eryn.

"Of couse not! How dare you said that is true!" Jawab Eryn.

"Tok! Tok! Tok!" Kedengaran ketukan pintu. "Boss, cik. Turun makan. Dinner dah siap." Kata Kak Lyn.

"Ya, Kak Lyn. Nanti kami turun." Balas Eryn.

"Baiklah. Saya pergi dulu."

"Awak jom makan. Saya laparlah." Kata Eryn sambil menarik manja lengan sasa Ryan.

"Tadi awak dah makan. Ni nak makan lagi. Saya baru nak manja - manja dengan awak. Ke awak dah berisi?" Straight to the point. Ryan nenanya.

"Mana ada! Jom. Tadi makan dengan Farah. Ni nak makan dengan awak pula." Jawab Eryn. "Jomlah." Pujuk Eryn lagi. Dia menayangkan muka comel.

"Yelah. Jom." Kata Ryan lalu bangun. Mereka pun turun. Eryn sudah turun sebelum Ryan. Lapar sangat katanya. Tiba - tiba, Haikal mahu bercakap dengannya di tepi kolam ikan di luar.

"Eryn." Panggil Haikal.

"Hm." Itu saja yang Eryn katakan sambil mencampakkan makanan ikan.

"Saya minta maaf pasal tadi. Saya nak tanya ni. Boleh tak?" Tanya Haikal.

' Mamat ni dah buang tebiat ke apa? Selalunya kalau nak tanya, tanya je. Aku ni marah tu masih bersisa. Ada dia marah budak tak bersalah tu. Dah lah tuduh aku suka sejenis! Kalau aku suka sejenis tak ada maknanya aku nak kahwin lah! Kacau hidup aku je! ' Eryn bermain kata di dalam hati.

"Betul ke awak ni suka sejenis?" Tanya Haikal.

____________________________________

Sorry bab kali ni pendek. Jangan jadi ghost reader ya.

Keep voting★
Keep coment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now