Bab 8 - Tumpang

2.9K 129 0
                                    

"Papa mana berani buat macam ni dengan Eryn." Kata Eryn.

Dan akhirnya Eryn berakhir diluar rumah Dato' Ahmad bersama beg baju. Yang dia tahu adalah alamat rumah Ryan. Itu saja.

Di rumah Ryan semasa Maghrib.

"Assalamualaikum!" Eryn memberi salam.

"Waalaikumussalam! Kejap." Kata Tengku Rina. Lalu menjemput Eryn masuk.

"Kenapa Eryn datang sini? Dengan beg beg bagai." Tanya Tengku Rina. Tengku Rashid disebelahnya. Ryan tiada.

"Mana Ryan?" Tanya Eryn.

"Dia tak nak jumpa kamu." Jawab Tengku Rashid tegas.

"Yang pertama, saya nak minta maaf. Yang kedua, saya kena halau dari rumah. Yang ketiga, saya nak minta tolong. Boleh tak saya tumpang sini sementara. Saya akan bekerja untuk cari rumah sendiri." Kata Eryn.

"Apa kamu cakap tadi?" Terbeliak mata Tengku Rashid.

"Atas apa yang kamu dah buat, tempat ni juga kamu cari!" Kata Tengku Rashid.

"Abang. Sabar. Bawa mengucap." Tengku Rina menenangkan suami nya yang sedang marah. Tambahan pula, suami nya menghidap sakit jantung.

"Boleh tak?" Tanya Eryn.

"TAK BOLEH!! Atas apa yang kamu buat. Ryan, pun mesti tak suka kamu duduk rumah ni. Mesti lama. Ye la. Nak cari rumah lain lagi." Marah Tengku Rashid.

"Abang... Kita bincang dulu. Eryn pergi duduk dalam bilik bawah dulu." Arah Tengku Rina. Apabila Eryn masuk Tengku Rashid mula tanya,

"Nak bincang apa lagi?"

"Abang takkan nak biarkan." Timbul rasa kasihan di hati Tengku Rina.

"Biar je la. Nak kesian? Dia tu tak kesian ke buat Ryan macam tu?" Mereka masih tak sependapat.

"Abang...." Tengku Rina cuba memujuk Tengku Rashid yang keras kepala.

"Fine!" Tengku Rashid memberi kata putus.

"Terima kasih." Kata Tengku Rina lalu bangun menuju ke bilik bawah.

"Eryn boleh duduk sini cuma kalau nak keluar, cakap. Dan, jangan tunjuk muka depan Ryan. Because he can not take it. Langgar salah satu peraturan ni. Aunty tak boleh buat apa. Eryn kena keluar dari rumah ni. So, ni bilik Eryn." Kata Tengku Rina lalu naik atas. Kelihatan Ryan mahu turun.

"Ryan nak pergi mana?" Tanya Tengku Rina.

"Minum air kejap mama. Kenapa?" Jawab Ryan.

"Tak ada apa apa. Ok lah." Kata Tengku Rina lalu sambung menaiki tangga.

Ryan turun lalu ternampak wajah wanita yang dia cintai. Eryn yang ternampak Ryan melihatnya. Terus dia lari. Ryan mengejar hingga ke luar rumah. Tetapi Eryn terus hilang.

**********************

Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now