Bab 32 - Sedar

1.9K 89 2
                                    

"Okay, Alya. I nasihatkan you untuk take care. Aniq tu sebenarnya suka dengan you. Oklah. I pergi dulu. Nak pergi wad Eryn." Kata Ryan meminta diri. Sebelum Ryan bergerak, Alya tiba-tiba memanggilnya.

"Ryan! I simpati atas apa yang berlaku dekat Eryn. And sorry sebab I pernah rosakkan hubungan you dengan dia. I doa supaya Eryn cepat sembuh." Kata Alya sambil senyum. Ryan terpaku juga. Tetapi dia lega kerana semua dah berubah.

"And you jangan sedih bila kita tak kahwin. Maybe ada lebih baik dari I yang sedang tunggu you. I doa yang terbaik. Anggap saja yang kita tiada jodoh." Balas Ryan.

"Thanks! Maybe after this we can just be friends, right?" Tanya Alya. Ryan menganggukkan kepalanya sambil senyum sebelum berlalu pergi meninggalkan Alya.

Baru sahaja Alya berjalan menuju ke tempat letak kereta. Seseorang datang menggenggam tangannya sambil menarik Alya ke tempat terpencil yang tidak diketahui sesiapa.

"Hey! Kau nak apa?!" Tanya Alya. Lelaki itu menunjukkan mukanya.

"Perempuan! Kau ni tahu menggatal saja kan!" Kata lelaki itu. Dia mencengkam rambut Alya yang perang itu sehingga menjadi kusut.

"Menggatal apanya?! Aniq, stop it!" Kata Alya. Alya menolak dada bidang Aniq.

"Kau tahu tak aku suka kau! Kau menggatal dengan mamat di restoran lepastu kau menggatal lagi dengan Ryan. Kau ni ada maruah ke tak? Ke kau ni perempuan MURAHAN!!" Tengking Aniq.

"Sebab aku ada maruah aku tak kejar lagi Ryan. Kau yang sibuk kejar Eryn! Kau nak kata aku perempuan murahan, kau tu lelaki murahan! Kau yang buta tak nampak aku sebab kau kejar Eryn! Aku depan mata kau yang suka dengan kau, kau tak nampak! Aku selalu kata dengan diri aku yang kau anggap aku kawan tak lebih!" Kata Alya. Aniq lepaskan Alya. Kini, Aniq menjadi kusut! Ahh!!

"Kalau betul kau sukakan aku, buktikan. Bukan menggatal!" Balas Aniq.

"Aku tak tahu nak buktikan macam mana. Sebab aku rasa dah tak guna. Kau tuduh aku macam-macam. Kau kata aku murahan. Kau kata aku tak ada maruah." Kata Alya. Kini suaranya mengendur. Dia menangis. Aniq sudah seperti orang gila.

"Alya, I am sorry, okay? Please, stop crying. I minta maaf okay." Kata Aniq.

"Please, I need time alone." Kata Alya lalu meninggalkan Aniq.

"Alya, I didn't mean to. Alya!" Panggil Aniq. Alya pergi sambil mengesat air matanya.

"Hey, Alya!" Panggil seorang lelaki. Tetapi Alya tidak layan. Dia lagi kusut memikirkan tentang Aniq. Aniq berasa selesa apabila Alya faham perasaannya.

_____________________________________

Ryan memasuki wad Eryn. Terkejutnya apabila melihat Farish dan Eryn. Eryn juga sudah sedar.

"Kenapa ni?" Tanya Ryan menghentikan pergaduhan mereka. Farish berjalan mendekati Ryan.

"Ryan, isteri kau." Kata Ryan. Ryan menuju ke arah Eryn.

"Kenapa ni, Eryn?" Tanya Ryan.

"Siapa Eryn? Awak siapa? Dia siapa? Saya dekat mana?" Tanya Eryn.

"Allah." Perkataan itu keluar dari mukut Ryan.

"Okay. Kita mula dari awal. Nama saya Ryan. Saya suami awak. Yang tu, Farish. Kawan baik saya." Terang Ryan.

"Saya dah kahwin?" Tanya Eryn. Ryan mengangguk.

"Mana Aniq? Saya nak Aniq. Saya nak mama, papa." Eryn mula tak terkawal.

"Okay, okay. Nanti saya call mama dan papa ya. Sekarang awak rehat. Nanti diorang datang, okay?" Kata Ryan dengan lembut. Ryan mula menyelimutkan badan Eryn dan mengeluarkan telefonnya untuk menghubungi mama dan papa Eryn.

Semasa ibubapa Eryn berjumpa dengan Eryn, Ryan dan Farish hanya menunggu di luar. Farish bersandar di dinding bersebelahan pintu wad Eryn manakala Ryan di depan Farish.

"Weyh, aku nak tanya kau. Siapa Aniq?" Tanya Farish.

"Aniq tu ex dia. Sebelum aku kahwin dengan dia." Jawab Ryan. Tiba-tiba, dia ternampak Aniq.

"Weyh!" Panggil Ryan dengan muka terkejut.

"Apasal?" Tanya Farish.

"Itu Aniq!" Kata Ryan.

"Yang sado tu eh?" Tanya Farish. Ryan menjeling Farish.

"Sorry, sorry. Tapi betullah. Dia sado. Kalah kau!" Saat-saat begini, sempat dia mengutuk Ryan.

Aniq mendekati Ryan.

"Kenapa kau datang?" Tanya Ryan.

"Aku datang nak melawat ex aku. Bukan nak lawat suami dia yang tak bertanggungjawab langsung. Aku nak tanya kau, macam mana kau jaga Eryn eh?" Sengaja Aniq menaikkan api kemarahan Ryan. Aniq tersenyum sinis apabila melihat muka Ryan yang menahan geram.

"Dia isteri aku. Kau jangan nak persoalkan macam mana aku jaga dia. Aku tak macam kau lah!" Balas Ryan. Ryan tidak tahu macam mana nak balas kata-kata Aniq.

"Kau tak pandai jaga isteri! Kau biar dia kena langgar! Kalau dia mati macam mana?! Kau ingat, kalau dia mati, aku bunuh kau!" Aniq memberi amaran. Aniq mula menggenggam kolar baju Ryan.

"Bro, relaks bro. Jangan macam ni." Farish mula campur tangan.

"Kau jangan masuk campur. Kau bukan sesiapa dalam hal ini!" Marah Aniq.

"Dan kau bukan sesiapa nak tumbuk adik aku! Kau bukan sesiapa nak bunuh dia! Dan yang paling tepat, kau bukan sesiapa bagi Ryan dan Eryn!" Balas Farish. Aniq mula melepaskan kolar baju Ryan.

"Kau jangan masuk campur, aku katakan!" Tengking Aniq.

"Haha. Aku nak tanya kau, kau ada abang tak? Contoh, kau kena buli. Kau suka kalau abang kau tengok je kau kena buli?" Tanya Farish.

"Abang aku dah mati! Aku tak ada abang! Abang aku sendiri yang pernah buli aku!" Balas Aniq lalu masuk ke dalam wad Eryn.

"Apasal dia tu?" Soal Farish.

"Entah. Gangguan mental kot." Jawab Ryan sambil membetulkan kolar bajunya dan menggosok lehernya.

________________________________________

Okay!! Siap. Hari ni rasa terlampau rajin nak buat bab 32.

Vote ⭐
Comment 🌈

Suamiku Mr. RomanticTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang