Bab 21 - Mimpi

3.2K 117 13
                                    

Di suatu tempat yang gelap dan hanya ada Eryn dan Ryan. Eryn takut lalu memeluk Ryan. Tetapi Ryan tidak menyambut malah menolak.

"Awak saya takut." Kata Eryn dengan sayu lalu cuba untuk memeluk Ryan lagi sekali tetapi ditolak sehingga Eryn terjatuh. Ryan tidak langsung berasa bersalah.

"Awak, kenapa ni?" Tanya Eryn.

"Saya tak rasa saya boleh hidup dengan awak lagi. Awak terlalu pentingkan diri sendiri. Mungkin ini masanya untuk saya tinggalkan awak!" Kata Ryan dengan tegas.

"Awak, jangan tinggalkan saya awak dah janji kan." Rayu Eryn. Ryan pergi Eryn kejar. Sehingga tiada lagi bayangan Ryan.

"Aku benci kau Ryan! Aku benci kau!!"

Di atas kapal terbang. Ryan pelik mengapa Eryn tiba-tiba menjerit.

"Eryn! Eryn!" Panggil Ryan. Eryn terjaga.

"Awak jahat! Awak tinggalkan saya!" Jerit Eryn lalu pukul Ryan. Semua orang yang ada di atas kapal terbang memandang mereka dengan muka yang pelik.

"Eryn, please lah! Stop it! Orang tengoklah!" Kata Ryan sambil mengelak pukulan Eryn. Eryn pun berhenti.

"Nanti kita bincang pasal ni!" Kata Ryan.

Mereka pun membuat hal masing-masing.

Beberapa jam kemudian, kapal terbang mendarat di bumi Jepun.

"Sakitnya badan." Rungut Eryn.

"Nanti saya urut." Kata Ryan sambil mengheret dua beg roda keluar dari kapal terbang.

Mereka pun terus ke hotel yang terdekat.

******************************

"Ya mama, ya. Eryn ingat. Ryan? Kat dalam bilik air. Ok. Mama. Ok bai." Kata Eryn kepada Datin Arina yang berada di hujung talian. Eryn di sebelah sliding door. Melihat bumi Jepun yang sibuk di kala hujan di Osaka. Eryn mematikan telefonnya.

Ryan keluar dari bilik air dengan tuala paras pinggang dan tuala kecilnya mengelap rambutnya. Ryan mendekati Eryn. Tangannya melingkari pinggang Eryn.               

"Awak nak apa?" Tanya Eryn dingin.

"Kenapa ni?" Tanya Ryan dengan suara yang menggoda.

"Saya mimpi awak tinggalkan saya." Jawab Eryn. Ryan tersentak.

"Mimpi. Hanya mainan tidurlah. Tapi jika satu hari, saya ditakdirkan pergi. Awak carilah orang yang lebih baik dari saya." Kata Ryan. Eryn pusing manghadap Ryan.

"Kenapa cakap macam tu? Awakkan dah janji takkan tinggalkan saya. Awak nak mungkir janji eh?" Tanya Eryn. Ryan hanya tersenyum.

"Tak. Saya bukan nak tinggalkan awak. Tapi siapa tahu rancangan Allah." Jawab Ryan.

"Dah. Pergi pakai baju." Kata Eryn sengaja menukar topik lalu pusing kembali. Mula-mula terkejut melihat six packs dan badannya yang sado. Dah lah pakai tuala je.

"Kalau saya kata tak nak? Tanya Ryan lalu menarik tangan Eryn langsir kembali tertutup dan terdengar gelak tawa Ryan dan Eryn. Inilah malam yang bahagia bagi Eryn dan Ryan.

*****************************

Keesokan harinya, Ryan keluar dari bilik air lalu memakai baju. Eryn pun terjaga dengan selimut yang menutupi badan. Sejukk! Musim sejuk kott. Dingin je.

"Morning, sayang." Ucap Ryan. Eryn senyum. Ryan mencampakkan tuala dan terkena tepat pada muka Eryn.

"Mandi cepat. Nak pergi jalan-jalan ni." Kata Ryan sambil menyikat rambutnya ke tepi sambil menghadap cermin.

"Alaaa.... Penatnya." rungut Eryn.

"Kalau tak nak, saya keluar pergi beli makanan je. Lepas tu, kita spend time kat dalam bilik. Nak tak?" Tanya Ryan sambil tersengih.

"Tak payah gataii sangat naa..." Kata Eryn lalu bangun bersama tuala yang diberi Ryan tadi dan pergi ke bilik air. 

Mereka mempunyai masa yang baik. Sangat romantik.

_________________________________________________________________________

Beberapa minggu kemudian. Akhirnya sampai juga mereka di KLIA2. Mereka pun pulang ke rumah baharu mereka. Sebuah banglo yang Ryan hadiahkan buat Eryn.

"Wahh.... besarnya siapa je nak duduk sini?" Tanya Eryn teruja.

 Ryan tidak menjawab apabila seseorang mengetuk kepalanya dengan kuat membuatkan Ryan pengsan. Eryn tidak perasan kerana masih melihat rumah yang dia kagumi sampai tidak sedar seseorang menarik Ryan ketepi.

"Rumah ni untuk kita lah, sayang." Jawab seorang lelaki. Eryn sungguh pasti itu bukan Ryan kerana suara Ryan tegas dan manja. Tetapi........ ni suara lelaki miang. Eryn berpaling ke arah suara itu. Aniq! Di sebelahnya ada Alya bersama RYan yang sudah pengsan tapi pura-pura peluk Alya. 

_________________________________________________________________________

You guysss!!!! Laptop pulih, bab di belanja. What happen next? Hahaha. Kasi suspens sikittt..... Well, ni nak promote:

@nursyaza17 - SIAPA? 

@NassAqilah - KILL  

@fashabatrisya30 - Aku benci abang ipar aku

@Iyaqeelah - Teddy Killer(cite Malay)

Tu je. Kalau boleh follow sekali dan baca semua citer diorang.

Keep voting★

Keep comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now