Bab 33 - Tak Nak!

2K 89 9
                                    

"Ok, sayang. Mama dan papa balik dulu ya." Kata Datin Arina. Memandang hari sudah senja mereka pun ingin pulang ke rumah.

"Tak nak. Sampai hati mama dan papa tinggalkan Eryn." Eryn mula membuat gaya sedih.

"Bukan kami tak nak jaga. Ryan kan ada. Ryan boleh jaga Eryn. Ok. Dah tak payah mengada sangat. Dia orang baik-baik sahaja." Kata Dato' Ahmad pula.

"Betul tu sayang. Honey boleh jaga sayang. Sayang jangan risau ya." Ryan mula menyampuk.

"Mama." Panggil Eryn. Datin Arina dan Dato' Ahmad serentak memandang Eryn. Eryn menggelengkan kepalanya.

Ryan menggigit bibir bawahnya kerana terfikir patut atau tidak dia beritahu tentang keguguran anaknya.

"Ermm... Mama, papa. Ada sesuatu yang Ryan nak bagitahu. Tapi, first of all. Ryan minta maaf." Ryan memulakan perbicaraan. Memandangkan ada Tengku Rina dan Tengku Rashid di situ, lebih baik beritahu terus. Aniq yang berada di situ sudah menggosok leher belakangnya.

"Ada buat salah lah tu." Kata Aniq berbisik memerli. Farish di sebelah Aniq memandang Aniq dengan pandangan tajam untuk menyatakan 'siap kau lepas ni'. Aniq mula rasa gentar tetapi dikawalnya. Ryan juga menghadiahkan jelingan kepada Aniq. Aniq pura-pura melihat Tengku Arrys yang comel di matanya. Tengku Arrys duduk bersebelahan Tengku Rina.

"Apa dia? Cakaplah." Soal Tengku Rina. Dia semakin curiga dengan Ryan. Tetapi semasa dia melawat Eryn, terkejut juga apabila terjumpa Ryan.

"Sebenarnya, Eryn keguguran." Lutut Ryan menjadi lemah saat ucapkan kata-kata itu. Air matanya berlinangan. Semua yang ada di situ terkejut. Yang tidak terkejut hanya Tengku Arrys dan Farish.

"Apa yang Ryan cakap ini, mama?" Tanya Eryn. Dia kaku. Eryn mengusap perutnya yang sudah kempis. Patutlah dia rasa sakit di bahagian perutnya.

"Awak cakap apa ni?" Soal Eryn lagi. Geram juga apabila soalannya tidak dijawab.

"Eryn, I am so sorry." Ucap Ryan.

"Apa Ryan cakap ni? Mama tak tahu apa-apa pun. Perut Eryn pun kempis je sepanjang masa." Soal Tengku Rina. Bukan apa, Ryan tidak pernah rahsiakan apa-apa darinya. Masa muda-muda dulu, kalau ada orang ajak hisap rokok pun dia nak cerita.

"Ian pun tak tahu. Semuanya jadi lepas accident. Doktor sahkan Eryn gugur. Bayi yang dikandung Eryn berusia sebulan. Maaf Ian rahsiakan. Ian dah selesaikan semua tentang mayat tu." Jawab Ryan.

Eryn menahan air mata yang bertakung.

"Betul ke?" Tanya Eryn dengan suara serak. Ryan hanya mampu mengangguk. Aniq mulaserabut di fikiran. Entahlah. Dia suka Alya tetapi tidak boleh lupakan Eryn.

"I'm sorry. Kepala awak terhentak kuat bila awak jatuh. Keguguran juga sebab jatuh di bahagian pinggang. Doktor terpaksa bedah perut Eryn untuk keluarkan bayi." Jujur Ryan.

"Allah." Selepas Eryn ucapkan perkataan tersebut, dia pengsan.

"Eryn!" Panggil Ryan sebelum tergesa-gesa ke katil Eryn dan menekan butang untuk memanggil jururawat dan doktor. Semua di situ kalut.

________________________________________

"Dia stress ke sampai pengsan?" Tanya Doktor Irfan.

"Dia agak terkejut dan sedih atas kematian anak kami." Jawab Ryan.

"Ohh... Saya nasihatkan supaya awak jaga dia elok-elok. Dia tak boleh terlampau stress. Kalau boleh jangan paksa dia. Takut effect kat kepala. Setakat ni, alhamdulillah dia tak apa-apa." Pesan Doktor Irfan.

"Saya cuba, doktor. Terima kasih atas pesanan. Saya nak tanya, bila isteri saya boleh discharge?" Tanya Ryan.

"Kemungkinan minggu depan atau minggu satu lagi. Saya risau nak lepaskan dia sebab dia baru sedar dari koma. Keadaannya masih tidak stabil. Saya masih perlu pantau isteri encik." Terang Doktor Irfan.

"Terima kasih, doktor. Kalau tak ada apa-apa, saya dah boleh pergi, kan?" Tanya Ryan. Mereka berdua bangun untuk bersalaman.

"Terima kasih." Ucap Ryan lalu keluar dari bilik doktor itu.

_________________________________________

"You dari mana?" Tanya Alya kepada Aniq. Mereka terserempak di hospital.

"I baru lepas lawat Eryn." Jawab Aniq dengan gugup.

"You ni suka mainkan perasaan orang! You kata suka I, tapi you masih menaruh harapan dengan Eryn. Buang masa betul lah." Terus Alya mengangkat kaki pergi dari Aniq. Sangkaannya Aniq akan mengejarnya. Apabila dia menoleh, ternyata sangkaannya meleset.

"Ya, itu salah I. I ngaku. Tapi I tak ada niat nak sakitkan hati you." Kata Aniq sendiri. Aniq mengeluarkan telefonnya lalu menghantar mesej kepada Alya.

I ada surprise untuk you. Tonight 8:30 p.m. Don't be late, darling.

Send!

Alya membalas:

What for?! Go to your Eryn! I tak rasa you perlukan I. Keep your surprise.

Aniq tidak berhenti memujuk.

Please, just wait for me. I don't ask for your agreement and I don't take no for an answer.😏

Send!

"Tonight, all gonna change!" Kata Aniq sendiri dengan senyuman sinis.

_______________________________________

"Ry..an." Panggil Eryn perlahan. Dia melihat Ryan tunggu di sebelahnya sampai tertidur.

"Sorry." Ucap Ryan sepatah.

"Doktor ada cakap tak bila saya boleh keluar?" Tanya Eryn lalu duduk.

"Maybe next week. Kenapa?" Tanya Ryan yang masih mamai. Eryn menggelengkan kepalanya.

"Awak, betul ke awak suami saya?" Kali ini pertanyaan Eryn buat Ryan tersentak. Dia merenung tepat ke dalam mata Eryn. Air matanya mula bertakung. Terkenang sebelum Eryn accident. Betapa Ryan sukanya melihat mata isterinya. Tetapi kini hanya tinggal kenangan. Kenangan yang tidak diingati Eryn.

"Awak nangis ke?" Soal Eryn secara rawak.

"Tak lah. Mata masuk habuk." Jawab Ryan.

"Actually, kita kahwin paksa saja. Tapi cinta tu perlahan berputik. Sikit demi sedikit. Dulu, awak selalu kata saya ni romantik. Lagi-lagi pada hari kedua kita kahwin." Terang Ryan.

"Wait, awak ni terang laju sangat. Nasib baik saya cepat catch up." Kata Eryn manja.

"Saya tak nak jadi macam dalam drama tu. Terhegeh-hegeh lelaki dia nak cerita, last-last isteri dia salah faham. Baik cerita teruskan?" Kata Ryan. Eryn tergelak.

"Betul ke saya kata awak romantik? Bukan comedy?" Soal Eryn dengan sisa tawanya.

"Satu package lah. Romantik comedy." Kata Ryan.

"Assalamualaikum...."

_______________________________________

Waalaikumsalam 👆author tolong jawab😂😂😂😂😂..... Bila homework siap, hidup pun bebas. Nak panjangkan lagi tak cerita ni?? Bagi cadangan sikit eh. Kalau rajin.

Vote ★
Comment ~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now