Bab 2 - Yes Or No?

3.9K 195 5
                                    

"What?! Are you kidding me?! No way, mama!" Bentak Eryn. Kuih pau yang dikunyah, Eryn keluar kan dan buang dalam tong sampah. Pau yang lebih di tangannya juga di buang. Terasa hati Ryan. Dia bertekad ingin membuat Eryn tidak menyesal menjadi isterinya.

"Nur Eryn Elisa! Behave yourself! Don't make a scene here!", Marah Dato' Ahmad tidak percaya dengan perangai anaknya.

"Eryn tak nak papa! Eryn muda lagi! Jangan paksa Eryn!" Balas Eryn lalu keluar dari office ayah nya untuk pulang ke rumah dengan menaiki teksi.

"Ryan macam mana?" Tanya Datin Arina. Ryan memandang muka ibubapanya, Rashid dan Rina. Rasyid dan Rina membuat jelingan maut terhadap Ryan.

"Ryan, setuju." Jawab Ryan tanpa ragu ragu. Ini semua pun sebab ugutan mama papa nya dan sesuatu.

"Alhamdulillah.... Nampak nya, kita boleh teruskan." Kata Datin Arina. Namun Dato' Ahmad berasa pelik dengan tindakan Ryan selepas merenung ke luar tingkap. Dia bangun dengan tergesa gesa.

"Kenapa kamu ni Ryan?" Tanya Dato' Ahmad sambil membuat muka kerutnya.

"Eryn. Saya kena cari Eryn." Jawab Ryan lalu keluar. Dia ternampak Eryn yang hampir di ragut.

"Eryn!" Jerit Ryan lalu menarik Eryn ke dalam pelukannya. Lalu orang yang menunggang motosikal itu cepat cepat lari kan diri. Sekarang, mata bertentang mata. Tiba tiba Eryn tersedar lalu berdehem. Ryan terus menanyakan soalan,

"Awak ok?"

"Hmm.. ok. Terima kasih." Jawab Eryn.

"Biar saya hantar awak balik." Kata Ryan lalu menuju ke keretanya sambil memegang tangan Eryn.

"Tak apa. Saya boleh balik sendiri. Saya tak kenal awak. Mana tahu awak nak buat benda tak senonoh ke." Eryn menjeling Ryan.

"Tak adalah. Saya takkan buat benda tak senonoh dekat orang yang saya sayang." Ryan mengenyitkan matanya lalu senyum. Sungguh comel senyuman nya. Tambahan lagi dia mempunyai lesung pipit apabila dia senyum. Sungguh menggoda.

"Eryn? Eryn?" Ryan melambai tangan nya di depan mata Eryn yang sedang termenung.

"Hah? Ye?" Eryn terkejut lalu bertanya.

"Nak ikut tak?" Tanya Ryan.

"Hmm.. boleh lah." Jawab Eryn.

Semasa perjalanan, telefon Ryan berbunyi,

"Hello, ma. Waalaikumussalam. Oh pasal tu. Nanti Ryan bagitahu Eryn. Eryn dengan Ryan. Ryan hantar dia balik. Eh, tak delah. Takkan Ryan nak buat benda tak senonoh dekat Eryn pula. Ok bai." Ryan meletak telefon.

"Kenapa?" Tanya Eryn yang pelik. Apa yang Ryan ia iakan sangat tu?

"Mama saya kata, perkahwinan kita akan dilangsungkan pada minggu hadapan. Terus kahwin takde majlis pertunangan. Katanya lagi cepat lagi bagus. So, awak rehat dulu, petang nanti kita keluar cari barang kahwin ok?" Jawab Ryan.

*************************

Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now