Bab 15 - Restu Ibubapa Eryn

2.5K 135 2
                                    

"Awak jangan risau, saya pasti diorang masih sayangkan awak dan rindukan awak. Dia marah sebab awak tak kahwin dengan saya. Mungkin lepas ni hubungan awak dengan mereka akan pulih." Ryan cuba untuk sedapkan hati Eryn.

"Saya harap sangat. Tapi boleh tak awak singgah rumah mereka sekejap. I miss them so much." Pinta Eryn.

"Ok." Kata Ryan.

Setelah sampai di rumah Datin Arina dan Datuk Ahmad, mereka menekan loceng dan memberi salam. Datuk Ahmad diberitahu oleh Mak Jah bahawa Eryn dan Ryan yang datang ke sini. Datuk Ahmad pun keluar ke pintu pagar. Dia tidak mahu menjemput anaknya masuk biarpun cuaca panas terik. Melihat anaknya yang bershawl ditengah panas memang akan menyejukkan hati seorang bapa tetapi Datuk Ahmad tetap dengan keputusannya.

"Nak apa?" Tanya Datuk Ahmad.

"Kita masuk, papa. Please, panas ni." Kata Eryn.

"No! cakap je dekat sini." Datuk Ahmad berkeras.

"Uncle, please. Kesian Eryn." Ryan masih memujuk.

"Eh, Ryan. Apasal nak bela sangat perempuan tak sedar diri ni. Dia letak maruah keluarga dekat tapak kaki dia sambil pijak-pijak. Dah kira ok. Uncle berdiri di sini. Walau pagar tak bukak. We still can talk! Then, just tell me what you need to tell me!" Kata Datuk Ahmad.

"Uncle, perempuan tak sedar diri ni jugalah anak uncle dan bakal isteri saya. Saya merayu untuk uncle terima dia balik. Seburuk mana perangai dia, she still your daughter."Kata Ryan dengan riak tenang. 

Tiba-tiba, Eryn pengsan. muka Datuk Ahmad dan Eryn mula cemas.

"Dah, dah bawa dia balik. Dia tu tak boleh kena panas." Kata Datuk Ahmad. Ryan terus mengangguk dan membawa Eryn masuk ke dalam kerete untuk membawanya pulang ke rumah. Semarah-marah Datuk Ahmad, sayangnya pada Eryn masih bersisa.

"Eh, Ryan. Kenapa dengan Eryn ni?" Tanya Tengku Rina dengan cemas apabila melihat muka lemah Eryn. Berjalan pun sudah tidak larat. Cepat-cepat Eryn terbaing di katil biliknya.

"Eryn pengsan sebab duduk bawah cahaya matahari lama sangat." Jawab Ryan apabila Eryn sedang tidur di atas katil dan ada sapu tangan basah di atas dahinya bagi mengurangkan haba dalam badan.

"Dah tu. Yang Ryan biar dia lama-lama bawah cahaya matahari kenapa? Patutlah panas semacam badan dia." Tanya Tengku Rina.

"Bukan Ryan. Tapi Datuk Ahmad. Eryn bukan main merayu untuk berjumpa dengan dia. Tetapi, Datuk Ahmad masih marah. Tapi, bila Ryan tegok muka cemas Dauk Ahmad apabila Eryn pengsan. Ternyata dia masih sayangkan Eryn." Terang Ryan

"Kesian mama tengok Eryn. Lepas tu, apa jadi?" Tanya Tengku Rina.

 "Dia cakap Eryn tak boleh lama-lama bawah matahari. Dia suruh Ryan bawa Eryn balik dengan segera. Terkejut juga Datuk Ahmad bila dapat tahu, Ryan bakal kahwin dengan Eryn. Tapi, so far, dia tak marah sangat dah." Cerita Ryan.

"What is his reaction?" Tanya Tengku Rina.

"Tenang. Tapi tak ada tanda-tanda gembira atau tidak percaya. Mukanya sangat susah ditafsir." Ryan menjawab dengan muka sedih.

******************

Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now