1: Lambat

9.2K 1.2K 255
                                    

20 votes + 20 comments

Seorang gadis bernama Kang Sooyoung berlari menuju ke pintu pagar belakang sekolah.

Dia mencampakkan beg sekolahnya melepasi pagar sekolah itu.

Sooyoung mengerling jam tangannya, sudah pukul 9 pagi. Aduh, lama sungguh dia terlajak tidur tadi.

Kalau dia masuk dari pintu utama sudah tentu dia kena denda dengan guru yang bertugas.

Tinggal lagi beberapa minit sebelum ketua kelas melaporkan kedatangan hari ini kepada guru kelas.

Dengan sepantas yang mungkin, Sooyoung berlari menaiki tangga menuju ke kelasnya.

☆☆☆☆

"Siapa tak datang hari ini?" Cikgu Soo Ahn selaku guru kelas itu.

"Park Jimin dengan Kang--" belum sempat Si Ketua kelas ingin menghabiskan ayatnya.

Tiba-tiba pintu kelas dibuka.

"M-maaf saya lambat" tercungap-cungap Kang Sooyoung mencari nafas.

"Termasuk hari ni, dah 52 hari kau lambat dalam tahun ni" kata Jungkook selaku ketua kelas.

"Kang Sooyoung, duduk ditempat duduk kamu" arah Cikgu Soo Ahn.

Sempat Sooyoung menjeling tajam kearah Jungkook. Lalu dia menjelir lidah kearah Jungkook.

Jungkook hanya menggulingkan matanya keatas, malas nak layan kerenah gadis itu.

☆☆☆☆

"Kau tahu tak Tom and Jerry couple?" Lee Eunbi selaku pelajar junior disekolah itu.

"Hah?" rakannya memandang pelik. Dia lebih dikenali dengan namanya Goo Eunbyul.

"Senior kita tu, yang paling ramai peminat tu. Kenal tak?" Lee Eunbi menyoal.

"Ha, kenal. Jeon Jungkook Sunbaenim" kata Goo Eunbyul.

"Kenal tak, gadis yang paling nakal dalam sekolah ni?" soal Eunbi lagi.

"Kang Sooyoung unnie" Ujar Eunbyul sambil mengangguk perlahan.

Siapa sahaja yang tidak kenal gadis itu? Setiap hari didenda berdiri di padang sekolah atas sebab melakukan pelbagai kesalahan. Satu sekolah kenalnya.

"Orang kata, kalau ternampak mereka berdua bergaduh. Jangan tegur" ujar Eunbi.

"Kenapa?" Eunbyul menyoal.

Mereka berdua berjalan menghampir kantin sekolah.

"Nanti perang dunia ketiga akan berlaku" ujar Eunbi.

"Tak akanlah teruk sampai macam tu" kata Eunbyul lalu ketawa kecil.

Mereka berdua melangkah masuk kedalam kantin itu.

Tiba-tiba bunyi riuh-rendah menghiasi seluruh kantin yang luas itu.

Terus mereka berdua berlari mendekati dimana murid-murid lain berkumpul di tengah-tengah kantin itu.

"Aku dah cakap kan jangan potong barisan!" marah Jungkook.

"Aku dah cakap kan! memang aku punya tempat dekat situ, orang lain yang potong barisan! bukan aku!" Sooyoung menafikan.

Jungkook menggenggam penumbuknya "kau ingat aku tak nampak ke?!" marah Jungkook lagi.

"Kau salah fahamlah, sial!" marah Sooyoung pula.

"Ok, fine kau tak nak mengaku, bukan?" Jungkook mula memperlahankan nadanya.

"Memang bukan salah aku!" Sooyoung masih lagi tidak mahu mengalah.

"Aku report dekat pengetua" ujar Jungkook lalu beredar dari situ.

"Yah! Jeon Jungkook!" Kang Sooyoung memanggil deras nama itu.

Jungkook berpaling kebelakang bagi memandang wajah Kang Sooyoung.

Lantas Sooyoung berlari mendekati Jungkook, dan satu tumbukan kuat di hadiahkan pada perut Jungkook.

Terus tersungkur Jungkook dilantai akibat tindakkan Sooyoung tanpa diramal itu.

"k-kau ni" Jungkook cuba menahan rasa senak diperutnya.

Lantas, perlahan-lahan dia berdiri dan memandang tepat kearah anak mata Kang Sooyoung.

Tangannya bertindak pantas menarik rambut Sooyoung.

Memang selalunya Jeon Jungkook berlembut dengan wanita, tetapi, Kang Sooyoung dikecualikan dari senarai.

"Argh!" Sooyoung menjerit kasar lalu mencubit kuat lengan Jungkook.

Maka, mula lah pergaduhan seperti dalam cerita Tom and jerry.

☆☆☆☆

"Termasuk hari ini, sudah hampir lima tahun kamu berdua bergaduh. Sejak dari hari pertama masuk sekolah sampailah tahun terakhir ini" kata pengetua.

Jungkook dan Sooyoung hanya menunduk kebawah, dengan kesan lebam kecil pada wajah Jungkook dan luka halus pada wajah Sooyoung.

"kalau saya laporkan ini pada ibu bapa kamu. Agaknya apa akan jadi" ujar pengetua seakan-akan mengugut.

Lantas Jungkook dan Sooyoung menggeleng laju.

"Saya bagi kamu berdua, peluang. Yang terakhir" ujar Pengetua.

"Kalau tidak, saya akan kena kan denda paling teruk yang kamu pernah rasa seumur hidup kamu berdua" ujar Pengetua.

Jungkook dan Sooyoung menelan kesat air liur mereka.

"B-baik" kata mereka serentak.

TBC

Sebenarnya, aku ambil nama watak dalam cerita ni, berdasarkan k-drama Who are you? School 2015 😂
















✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now