▪︎Epilogue▪︎

5.5K 737 333
                                    

7 tahun kemudian...

Kang Sooyoung tersenyum manis sambil memandang kearah skrin telefon miliknya.

Kelihatan wajah teman lelaki Sooyoung sedang duduk di meja belajar.

Itulah rutin mereka setiap hari, selama 7 tahun ini mereka hanya berhubung melalui video call untuk melepaskan rindu masing-masing.

"Jungkook, bertahanlah, lagi setahun je. Lepas tu kita graduate" ujar Sooyoung dengan nada lembut.

"Sooyoung, aku rasa aku akan kena extend lagi setahun. Aku tak yakin yang aku boleh lulus ujian akhir ni" kata Jungkook, wajah tertekan ditayangkan.

Jeon Jungkook sedang membuat latihan sambil meneruskan video call bersama teman wanitanya.

"Jungkook, jangan kata macam tu" Sooyoung memujuknya.

Jeon Jungkook meraup rambutnya kebelakang sambil memandang kearah bukunya.

Kang Sooyoung mengeluh kecil apabila melihat teman lelakinya yang tidak memberikan responds yang baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kang Sooyoung mengeluh kecil apabila melihat teman lelakinya yang tidak memberikan responds yang baik.

"Sooyoung, kalau aku kena extend nanti. Kau akan tunggu aku kan?" Jungkook menyoal sambil memandang kearah skrin telefonnya.

"Mestilah!" balas Sooyoung.

Jungkook memberikan senyuman tawar kepada Sooyoung.

"Tapi Jungkook, kita dah 26 tahun!" kata Sooyoung lagi.

Dia tidak mahu berkahwin pada umur 30 lebih!

"Iya sayang, aku tahu tu" balas Jungkook lalu dia mengeluh berat.

Sooyoung memandang kearah jam dinding di bilik sewanya lalu dia mengeluh perlahan.

"Jungkook, aku kena tidur awal. Esok class aku, awal pagi" ujar Sooyoung.

Jungkook mengucapkan selamat tinggal kepada Sooyoung sebelum panggilan itu diputuskan.

Setelah panggilan ditamatkan, Jeon Jungkook melepaskan keluhan berat. Sejujurnya, bidang perubatan yang dipilihnya itu, memang sukar untuk lulus dengan cemerlang.

Jungkook takut yang dia terpaksa menambah lagi setahun atau lebih! kalau dia tidak lulus ujian akhir ini.

☆☆☆☆

Setahun kemudian....

Kang Sooyoung berjalan sambil menarik beg rodanya. Rambut panjang hitam miliknya dibiarkan terlepas bebas. Baju denim biru dan seluar jeans hitam digayakan oleh Sooyoung.

Kang Sooyoung tercari-cari dimana ibunya, sungguh lama tidak berjumpa dengan ibu kesayangannya. Rindu!

"Sooyoung!" bunyi suara teriakkan lelaki memanngil namanya.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now