11 : Tolong

5K 864 73
                                    

105 votes + 25 comments

"ala, bolehlah" pinta Sooyoung dengan suara yang sengaja dia kecilkan.


Jungkook memandang kearah gadis itu dengan pandangan yang pelik. Kenapa Kang Sooyoung terlalu menginginkan dia menyertai sleepover tersebut.


"Apahal kau terdesak sangat ni?" Jungkook menyoal.


"Mak aku kata kalau nak ajak Park Jimin tidur dirumah aku, kena ada kau dan Haesoo sekali" balas Sooyoung.


"Alahai Jungkook, lagipun aku dah tarik diri dalam semua sukan semata-mata nak belajar untuk peperiksaan CSAT . Kau kan partner study aku, kenalah bantu aku belajar" Song Haesoo menyampuk perbualan mereka.


Jungkook mendengus kecil lalu memandang ke arah Park Jimin yang sedang duduk ditempat duduknya.


"Jimin dah tahu ke pasal ni?" Jungkook menyoal.


Kang Sooyoung menggeleng. Laju sahaja tangan Jungkook membaling kotak penselnya kearah Sooyoung. Nasib baik dia sempat mengelak.


"Oi gila! kau ajak aku semata-mata nak ajar dia! Tapi apahal dia masih belum tahu lagi" marah Jungkook.


Kang Sooyoung mengutip semula kotak pensel milik Jungkook itu lalu meletakkannya kembali diatas meja lelaki itu.

"Park Jimin tu, aku boleh paksa. Janganlah risau" balas Sooyoung lalu menampar bahu Jungkook.

Song Haesoo hanya mampu tersenyum apabila dia dapat merasakan bahawa Jungkook dan Sooyoung itu terlalu comel. Hubungan mereka berdua rapat dengan cara yang unik.

Satu hubungan yang penuh dengan kejujuran, tiada langsung hipokrit dalam perangai mereka.

"Korang tengah borak pasal apa?" Jaehee yang baru sahaja menyertai perbualan itu menegur mereka.

"Ni ha, aku nak buat sleepover untuk study dekat rumah aku" balas Sooyoung.

"Alahai, aku nak join, tapi macamlah mak aku bagi" balas Jaehee semula.

"sebab tu aku tak ajak kau dari awal, aku tahu kau akan kecewa" ujar Sooyoung sambil mengusap bahu Nam Jaehee.

Secara tiba-tiba Jaehee memeluk Sooyoung.

"Kalaulah mak aku tu nampak bertapa bertuahnya aku ada kawan macam kau" bisik Jaehee ditelinga Sooyoung.

"Sudahlah, memang perangai aku ni teruk. Mestilah mak kau tak bagi berkawan dengan aku" balas Sooyoung.

"Kau tahu, perangai kau langsung tak macam orang lain. Kau jujur dalam hubungan persahabatan. Tak pernah walaupun sekali kau khianat aku" kata Jaehee.

"Mulut kau tu, haih. Jujur sangat! sampai kadang-kadang aku terasa. Tapi nak buat macam mana, sebab mulut kau yang suka buat teguran jujur, aku dapat ubah perangai aku" sambung Jaehee lagi.

Entah mengapa dia rasa semakin pantas masa berjalan dan semakin hampir hilang harapan untuk hidup. Sekarang dia hanya mampu berdiri disebabkan kawan-kawannya yang sentiasa memahaminya.

"Eish, korang ni tiba-tiba je emo" Haesoo menyampuk perbualan itu.

Memang dia kenal sangat dengan Jaehee yang sentiasa berasa kecewa dengan hidupnya. Jadi, sebagai seorang teman. Haesoo tahu yang dia perlu menceriakan gadis itu.

"Dah, shuh shuh, duduk tempat masing-masing. Cikgu dah sampai" ujar Jeon Jungkook.

"Baiklah wahai ketua kelas" balas Sooyoung seakan memerli Jeon Jungkook yang selaku ketua kelas itu.

☆☆☆☆

"Yah! Park Jimin. Esok jangan lupa" pesan Sooyoung kepada Jimin sambil tangannya mengemas barang untuk pulang ke rumah.

"Wae? korang nak pergi mana?" Jungkook menyampuk perbualan itu.

Laju sahaja tangan Sooyoung membaling kotak penselnya kearah Jungkook. Sebenarnya, Sooyoung ingin menyimpan kotak penselnya ke dalam beg tetapi soalan bodoh Jungkook itu membuatkan dia naik angin.

Nasib baik sahaja Jungkook sempat mengelak.

"Esok kan kita nak pergi majlis khawin tu" ujar Sooyoung dengan penuh kesabaran.

"aku akan pergi, tapi ada satu syarat" ujar Jimin lalu berjalan mendekati meja Jungkook dan Sooyoung itu.

"hari ni korang berdua kena balik rumah lambat" kata Jimin.

"Kenapa?" Jungkook menyoal.

"Kita nak pergi mana?" Sooyoung menyoal pula.

"Korang berdua kena tolong aku siapkan kerja sambilan aku. Jadi, esok aku boleh ambil cuti dan boleh pergi ke majlis khawin tu" jawab Jimin.

"Kitorang, what?!"

TBC

Siapa masih disini??

Aku tahu semua macam dah fed up ngan cerita ni. Like
"apahal author ni update lambat sangat"
iye duh, aku pun rasa bersalah sebab update lambat. Kekadang rasa nak unpublish pun ada T-T.

Dah lah cerita ni semakin pelik dan bosan  uhuk




✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now