17: Pesan

5.3K 850 142
                                    

100 votes + 45 comments

Jungkook memandang sekilas kearah Sooyoung. Dia terfikirkan sesuatu semalam gadis itu telah membeli satu coklat hazelnut kepada siapa Kang Sooyoung nak beri?

Waktu persekolahan hampir tamat dan Kang Sooyoung masih belum beri coklat itu kepada sesiapa.

Mujur sahaja sepanjang bulan ni kelas malam tidak diadakan atas sebab yang tertentu. Tentu sahaja pelajar tidak suka duduk lama-lama disekolah.

Akhirnya loceng berbunyi menandakan waktu balik, lantas Jungkook berdiri untuk mengucapkan terima kasih kepada cikgu sebagai tanda waktu pembelajaran sudah tamat.

"Terima kasih, cikgu" kata Jungkook bagi mengetuai seluruh murid kelasnya.

Cikgu mula berjalan keluar dari kelas itu. Manakala, semua murid sedang mengemas barang mereka untuk pulang ke rumah.

Jeon Jungkook mendekati meja Kang Sooyoung.

"Kau nak bagi coklat tu dekat siapa?" soal Jungkook sambil matanya diarahkan ke coklat yang terdapat diatas meja Sooyoung itu.

"Sibuklah kau ni" balas Sooyoung sambil memasukkan bukunya ke dalam beg sekolahnya.

"Biar aku teka, Kim Namjoon? budak kelas sebelah yang menaruh perasaan terhadap kau tu?" Jungkook meneka.

"None of your business" balas Sooyoung lalu dia memberikan jelingan tajam kepada Jungkook.

Sempat Kang Sooyoung memandang ke arah Park Jimin.

"Jimin-shi, sabtu ni jangan lupa!" laung Sooyoung kepada Jimin.

Jimin hanya mengangguk dan dia mula berjalan keluar dari kelas.

Jeon Jungkook mendengus nafas kasar lalu dia berjalan kembali ke mejanya.

"Yah, Jeon Jungkook" Kang Sooyoung memanggil jejaka itu.

Jungkook berpaling kearah Sooyoung.

"Aku beli untuk diri aku sendiri. I love myself" kata Sooyoung lalu dia memakan hazelnut chocolate itu.

Jungkook tersenyum kecil, sejujurnya dia lega yang Sooyoung tidak memberikan coklat kepada mana-mana lelaki.

"Aku dah agak" balas Jungkook sambil ketawa.

☆☆☆☆

Sooyoung berjalan ke arah pintu pagar sekolah bersama dengan dua orang sahabatnya itu.

"Yah,Song Haesoo, sabtu ni jangan lupa datang rumah aku untuk belajar" pesan Sooyoung.

Ya, memang Kang Sooyoung mahu membantu Haesoo untuk mendapat keputusan yang baik. Rakannya yang sorang itu amat sibuk dengan sukan sepanjang dia bersekolah di sekolah tinggi ini.

Sehingga menyebabkan Haesoo mendapat tempat kedua terakhir dalam kelas.

Hal itu amat membimbangkan Sooyoung. Oleh kerana itu, tahun terakhir ni, Kang Sooyoung inginkan Haesoo untuk dapat keputusan yang bagus supaya dia dapat menyambung pelajaran nanti.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now